Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Jumpa Pemutar Skru, Syiling dan Sepana Vintaj dalam Kereta Atas Darat Terpantas Dunia 1927
Autotainment

Jumpa Pemutar Skru, Syiling dan Sepana Vintaj dalam Kereta Atas Darat Terpantas Dunia 1927

Abang HirataBy Abang Hirata03/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIREKA dan dibuat untuk memecahkan kelajuan 200 batu sejam (321.8kmj), Sunbeam 1000hp dikuasakan dua unit enjin pesawat udara Sunbeam Matabele 22.5L V12 yang setiap satu menghasilkan kuasa 435hp.

Pada 29 Mac 1927, kereta itu, yang juga dipanggil The Slug, berjaya mencatat rekod darat dengan kelajuan lebih 203.79bsj (327.97kmj) dan menjadi kereta pertama dengan kelajuan lebih 200bsj.

The Slug tidak dipandu sejak sebelum Perang Dunia Kedua selepas bahagian dalam mengalami kakisan.

Kereta bersejarah itu kini menjalani proses baik pulih melalui program Sunbeam 1000hp Restoration Campaign yang diusahakan National Motor Museum di Britain dan Brookspeed Automotive.

Menariknya, ketika memulakan kerja baik pulih, pasukan mekanik National Motor Museum menemui peralatan lama seperti pemutar skru, syiling dan sepana! Artifak tersebut ditemui ketika mekanik mengeluarkan enjin, perkakasan dan panel badan kereta berkenaan.

Sebatang pemutar skru era 20-an terjatuh ke dalam pengekang saluran tangki minyak ketika memeriksa tahap isian, dan kekal di dalam selama puluhan tahun selepas Mejar Henry Segrave (foto atas) berjaya mencipta rekod dunia.

Sekeping duit syiling dengan cetakan 1921 pula ditemui dalam minyak yang sudah menjadi pepejal atas suspensi belakang ketika panel badan ditanggalkan.

Satu lagi artifak ialah sepana yang ditemui melekat pada casis dengan minyak berasaskan sayuran, Castrol R. Penemuan itu dijelaskan Jurutera Kanan National Motor Museum, Ian Stanfield;

Ini pemutar skru 200bsj pertama yang mungkin tidak boleh dikeluarkan dari tangki minyak kerana kedudukannya di bawah enjin.

“Kami membersihkan tangki dan di dalamnya ada minyak yang sudah jadi pepejal dan menggunakan air panas dan bahan cucian serta selepas menggoncang tangki, pemukar skru vintaj itu terkeluar.”

Stanfield menunjukkan bagaimana pemutar skru boleh terjatuh dalam tangki minyak Sunbeam 1000hp.

Bagaimanakah Peralatan Lain?

Selepas pemanduan bersejarah tersebut, minyak kereta mungkin melekat seperti gam pada atas casis dan tempat penemuan peralatan lain.” katanya.

Bagi membuka komponen kereta, pasukan mekanik National Motor Museum perlu menghasilkan peralatan buatan khas yang sesuai.

Program Sunbeam 1000hp Restoration Campaign memerlukan dana £300,000 (RM174,580) untuk dibaik pulih dan dibawa kembali ke Pantai Daytona di Florida, Amerika Syarikat (AS)  pada 2027 sempena ulang tahun ke-100.

Ada juga rancangan membawa kereta itu ke Eropah dan muzium permotoran di AS. Juga ditawarkan peluang ke sekolah, kolej dan universiti terlibat dalam bengkel dan aktiviti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Tangki minyak Sunbeam 1000hp yang dijumpai pemutar skru di dalam.

Mereka yang berminat boleh melihat casis Sunbeam 1000hp dipamerkan di National Motor Museum, Beaulieu sebelum dibawa ke acara permotoran lain pada penghujung musim panas (September) ini.

Dengan kerja baik pulih rumit melibatkan pengetahuan pakar dan peralatan buatan khas, jurutera National Motor Museum akan mengembalikan semula jentera bersejarah itu dan dipelihara untuk generasi masa depan.

Ian Stanfield menunjukkan Bagaimana pemutar skru terjatuh ke dalam tangki minyak Sunbeam 1000 hp 01
Tangki minyak Sunbeam 1000 hp yang terdapat pemutar skru di dalamnya
National Motor Museum Sunbeam Sunbeam 1000 hp Sunbeam 1000hp Sunbeam 1000hp Restoration Campaign Sunbeam Matabele 22.5L V12 The Slug
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.