KENDERAAN utiliti sukan (SUV) mampu milik di Indonesia menyaksikan penurunan jumlah jualan untuk April tahun ini seperti dialami segmen EV di republik itu.
Menurut data Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO), jumlah SUV yang diagih dari kilang ke pengedar dan jualan borong mencatatkan 4,536 unit, turun 40.3 peratus berbanding bulan terdahulu.
Prestasi April 2025
- Toyota Rush mengekalkan dominasi SUV mampu milik nombor satu dengan jualan 2,019 unit walaupun merosot 5.08 peratus berbanding Mac 2025 (2,127 unit).
- Daihatsu Terios merosot mendadak daripada 2,027 unit pada Mac 2025 kepada 696 unit (April 2025), menurun 65.66 peratus.
- Mitsubishi Xpander Cross mencatat jualan 606 unit, turun 35.26 peratus berbanding Mac (936 unit).
- Suzuki XL7 turut mengalami penurunan mendadak daripada 1,600 unit kepada 562 unit pada April 2025, merosot 64.88 peratus.
- Honda BR-V merosot 31 peratus daripada 613 unit kepada 423 unit.
- Hyundai Stargazer X mencatat penyerahan 195 unit, susut 24.71 peratus berbanding 259 unit (April 2025).
SUMBER: Kompas
Leave a Reply