Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jelajah ‘HAVAL REIMAGINE’ Siri Ke-2 Di The Curve Hujung Minggu Ini – Dapatkan Diskaun Hingga RM7.3k
Auto Terkini

Jelajah ‘HAVAL REIMAGINE’ Siri Ke-2 Di The Curve Hujung Minggu Ini – Dapatkan Diskaun Hingga RM7.3k

Abang GYLBy Abang GYL12/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2HAVAL Malaysia terus mengadakan jelajah ‘HAVAL REIMAGINE’ siri ke-2 di pusat beli-belah The Curve, Damansara dengan menawarkan pelbagai promosi hebat dan aktiviti menarik.

Siri jelajah kedua yang bakal tamat pada 12 Ogos (esok) itu juga menjadi salah satu inisiatif HAVAL untuk memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama itu kepada orang awam dengan menawarkan pelbagai promosi jualan dan hadiah.

Pada siri jelajah kali ini, HAVAL Malaysia turut menampilkan selebriti tempatan yang juga duta rasmi Haval H1, Aedy Ashraf. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsung siri jelajah itu ialah peraduan Mewarna, HAVAL Kidz, peraduan foto dengan SUV HAVAL dan persembahan badut.

Menariknya, siri jelajah ‘HAVAL REIMAGINE’ kali ke-2 ini turut mempamerkan Van dan lori ‘Food Truck’ jenama Higer yang juga di bawah satu bumbung Go Auto Group. Malahan buat pertama kalinya, Haval Malaysia memperkenalkan BSMART Connected Car yang berfungsi sebagai peranti pengesan GPS selain memberi sambungan Wifi sehingga 120GB.

Tambahan ini ialah opsyen buat pembeli kenderaan Haval dan ianya juga menawarkan pelbagai ciri menarik seperti merekodkan perjalanan anda, bantuan khidmat pelanggan 24 jam, bantuan kecemasan jalan raya dan banyak lagi.

BACA >>> Kemalangan Temukan Jodoh – Pemilik Haval M4 Ini Kongsi Pengalaman Manisnya!

basikal elektrik
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Haval H2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
trak higer
van higer

DISKAUN HINGGA RM7,300

Sepanjang Ogos 2018, Haval juga sedang menjalankan promosi ‘Freedom from GST’ dengan menawarkan penjimatan hingga RM6,600 bagi model H1 dan RM7,300 untuk H2.

Bagi model Haval H1, harga model subkompak itu selepas GST ialah RM51,000, berbanding harga terdahulu RM55,000, iaitu penjimatan sebanyak RM4,000. pelanggan Haval H2 pula boleh memiliki crossover subkompak itu pada harga RM89,000 berbanding harga asal, RM98,000, yakni penjimatan sebanyak RM9,000.

Bukan itu saja, Haval H1 turut diberikan waranti 7 tahun tanpa had perbatuan, manakala H2 didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km perbatuan (mana tiba dahulu).

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian pelanggan pada 03-5569 7332 atau e mail customercare@goauto.com.my. Layari juga Haval.my atau laman Facebook.com/havalmy.

Tunggu apa lagi. Pastikan anda ajak rakan-rakan dan keluarga ke siri jelajah ‘HAVAL REIMAGINE’ di The Curve, Damansara. Macam-macam ada!

BACA >>> Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’ (Untunglah No. Plat Cantik)

GALERI

Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Haval H2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
van higer
van higer
basikal elektrik
trak higer
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2
Aedy Ashraf Food Truck Higer Freedom from GST Haval Go Auto Go Auto Group HAVAL H1 Haval H2 Haval Malaysia Jelajah HAVAL REIMAGINE siri ke-2 promosi haval 2018 promosi haval h1 promosi haval h2 trak higer Van Higer
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard dan Vellfire 2026 diperkenal di Jepun, Gaya Sama, Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard dan Vellfire 2026 diperkenal di Jepun, Gaya Sama, Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.