Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu, Honda Perkenal GIGA FUEL CELL, Lori Hidrogen dengan Jarak Pandu Lebih 800km!
Auto Terkini

Isuzu, Honda Perkenal GIGA FUEL CELL, Lori Hidrogen dengan Jarak Pandu Lebih 800km!

Abang HirataBy Abang Hirata17/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN kenderaan elektrik bateri (BEV), pengeluar Jepun nampaknya bersungguh mahu mengetengahkan kenderaan sel bahan api (FCEV) berasaskan hidrogen.

Toyota dan Honda misalnya mempunyai Mirai dan Clarity yang ditawarkan kepada umum. Model FCEV hidrogen bukan saja melibatkan kereta penumpang, tetapi juga kenderaan komersial.

Isuzu Motors Limited dan Honda Motor Co Ltd mempamerkan GIGA FUEL CELL, iaitu lori FCEV yang dibangunkan secara bersama di reruai pameran Isuzu sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2023.

Isuzu dan Honda yakin teknologi FCEV menggunakan hidrogen sebagai bahan api dan tidak mengeluarkan emisi karbon dioksida (CO2) yang memainkan peranan berkesan ke arah neutral karbon untuk lori tugas berat.

Kedua-dua pengeluar juga merancang memulakan demonstrasi ujian model prototaip di jalan raya awam sebelum tahun fiskal 2024 dengan pengenalan ke pasaran dirancang pada 2027.

GIGA FUEL CELL yang dibawa ke JMS adalah daripada Isuzu Lowdeck 8×4 dan biasa digunakan untuk pengangkutan antara bandar. Lori ini mempunyai jarak pemanduan lebih 800km dengan kapasiti hidrogen 56kg.

Selain jarak jauh, GIGA FUEL CELL boleh berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik dalam situasi memerlukan seperti bencana alam dan sebagainya.

Kereta penumpang FC mungkin sukar menembusi pasaran, tetapi lori komersial sebegini mempunyai peluang kerana menawarkan ciri yang lebih khusus kepada syarikat dan perniagaan.

Spesifikasi GIGA FUEL CELL

Model Asas: Isuzu CYJ77C-WX Lowdeck 8×4 rigid truck
Dimensi: Panjang 11,980mm x Lebar 2,490mm x Tinggi 3,770mm
Berat: 25 tan
Susunan FC (FC Stack): Solid polymer (Honda FC Stack)
Output kuasa: 103kW x 4
Sistem Hidrogen Tekanan Tinggi: Tekanan isian 70MPa
Kapasiti hidrogen: 56kg
Motor: Motor elektrik AC segerak 320kW
Bateri: Litium-ion
Jarak: Lebih 800km (mod penilaian Isuzu)
Ciri lain: Output port kuasa luar – 2 port (penyambung CHAdeMO )
Bekalan Kuasa maksimum: 530kWj

GIGA FUEL CELL Honda Isuzu kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) Lori Hidrogen Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.