PEMINAT trak pikap sekali lagi menerima kahabar gembira apabila Isuzu Malaysia memperkenalkan Isuzu D-Max BEAST edisi terhad dengan menampilkan rekaan lebih garang.
Terhad kepada 360 unit, Isuzu D-Max BEAST hadir dalam dua pilihan enjin iaitu 2.5L dan 3.0L.
HARGA: (Atas jalan tidak termasuk insurans)
- Isuzu D-Max BEAST 2.5L - RM116,040.20
- Isuzu D-Max BEAST 3.0L - RM123,835.40
2 PILIHAN WARNA:
- Magnum White Solid - Putih
- Titan Silver Metallic - Perak
Dengan menampilkan gaya yang menarik dan unik, Isuzu D-Max BEAST dipadankan dengan lampu projektor dengan lampu nyalaan siang LED.
Dari pandangan hadapan, ia menampilkan bampar berwarna hitam matte bersama plat kemasan perak. Ia juga hadir dengan hendal pintu, roof rail, perumah cermin sisi dan pemijak tepi yang dipadankan dengan warna hitam.
Lebih tampak garang, trak pikap edisi terhad ini menampilkan rim aloi bersaiz 17-inci bersama tayar 255/65 R17.
Untuk tampak kelainan, tubuh badan trak pikap ini turut dilekatkan dengan pelekat eksklusif BEAST. Tidak cukup dengan itu, bahagian belakang juga menampilkan spoiler dan bar belakang bertutup.
DALAMAN:
Memasuki ruang kabin, trak pikap BEAST menerima beberapa penambahbaikan berbanding D-Max sedia ada. Antaranya, logo BEAST disulamkan pada bahagian penyandar tempat duduk, karpet eksklusif dan panel besi pemijak kaki tahan karat.
Bahagian audio turut menerima peningkatan. Ia dipadankan dengan skrin audio sesentuh bersaiz 6.2-inci bersama kamera undur. Dari aspek prestasi pula, ia masih kekal sama seperti varian D-Max sedia ada.
Menarik? Kunjungi bilik pameran Isuzu terdekat. Jangan lupa pandu uji sekali. Kalau berkenan, bayar deposit cepat sebab terhad kepada 360 unit sahaja.
Leave a Reply