Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max Arctic Trucks AT37 Tampil ‘Ganas’ yang Dibuat Sebuah Sahaja
Roda4

Isuzu D-Max Arctic Trucks AT37 Tampil ‘Ganas’ yang Dibuat Sebuah Sahaja

Abang HirataBy Abang Hirata15/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HUBUNGAN Isuzu dan Arctic Truck yang melibatkan modifikasi kenderaan untuk tujuan ekstrem sudah lama terjalin. Kami sendiri kerap membawa berita mengenai D-Max AT35 yang menyerlah dengan perkakasan khas.

Kini ada satu model lebih ‘ganas’, iaitu Isuzu D-Max Arctic Trucks AT37 yang mewakili kerjasama monumental antara Isuzu UK dan Arctic Trucks.

Malangnya, AT37 bukan lanjutan AT35 yang ditawarkan kepada orang ramai, tetapi projek khas sempena Pameran Kenderaan Komersial (CVS) 2024 di Britain. Berikut spesifikasi Isuzu D-Max Arctic Trucks AT37:

  • Rupa depan yang sudah sedia garang diserlahkan lagi dengan bar rempuh depan, tiga lampu LED, winc dan pelindung bonet.
  • Tidak cukup tiga lampu, atas bumbung dipasangkan sebaris lagi lampu LED. Ada perkakasan untuk barangan lengkap dengan rak dari depan hingga kanopi belakang yang tersimpan laci ARB.
  • Ruang tidur atau rehat dipasang khemah boleh buka atas kanopi. Selain sarat perkakasan kembara, AT37 juga sarat tayar ‘gemuk’ BFGoodrich KM3 Mud-Terrain 37 inci.
  • Absorber jenis Arctic Trucks Bilstein boleh laras 10-tetapan.
  • Lebih tinggi dengan tambahan 140mm berbanding D-Max biasa.
  • Diferensial depan dan belakang dinaik taraf yang meningkatkan daya kilas dan pemanduan untuk tugasan menjelajah permukaan muka bumi mencabar, manakala casis turut diperkukuh.
  • Tiada data kuasa enjin didedahkan, tetapi sebagai rujukan, enjin standard 1.9L turbodiesel AT35 memiliki output kuasa 161hp @ 3,600rpm dan tork 360Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 12.7 saat untuk model manual, dan tambahan 0.3 saat (13 saat) untuk automatik.
  • Kelajuan maksimum 180kmj.
D-Max Arctic Trucks AT37 Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max Arctic Trucks AT37 Isuzu UK Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.