Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max (2019) UK Kini Lebih Selesa dan Mewah
Roda4

Isuzu D-Max (2019) UK Kini Lebih Selesa dan Mewah

Abang HirataBy Abang Hirata14/10/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM kategori trak pikap, Isuzu D-Max berada dalam kelas tersendiri. Pengeluar itu ibarat Mazda yang tidak terlampau peduli dengan trend, sebaliknya yakin dengan kebolehan sendiri. Walaupun bukan nama popular yang disebut-sebut pengguna massa, Isuzu terkenal di kalangan pengguna komersial. Lihat sahaja jumlah lori jenama Isuzu yang melata atas jalan.

Jadi, apabila Isuzu menghasilkan trak pikap, tidak hairan pun apabila dua ciri kegemaran industri itu turut dipakejkan bersama, iaitu cekap bahan api dan kos penyelenggaraan rendah. Inilah dua kelebihan D-Max kepada sesiapa yang cuba menyelidik dan membandingkan D-Max dengan pikap lain di pasaran.

BACA >>> 7 Fakta Pantas | Isuzu D-Max X-Series Edisi Terhad di Malaysia – RM118k, 210 Unit Sahaja

Awal tahun ini, Isuzu Malaysia melancarkan D-Max facelift dengan melakukan beberapa pengemaskinian supaya tampil lebih relevan dengan peredaran semasa.

Di rantau lain, di pasaran Britain misalnya turut menawarkan barisan D-Max (2019) dengan estetika sama, tetapi ada beberapa perbezaan. Dilancarkan 1 Oktober lalu, trak pikap itu dilengkapi teknologi Kawalan Ayunan Treler (Trailer Sway Control (TSC), standard untuk semua varian.

KAWALAN AYUNAN TRELER (TSC)


Teknologi itu menggunakan sensor untuk mengesan ayunan bahagian belakang (kargo) dan mengurangkan kelajuan apabila situasi tersebut berlaku. Kemudian, kelajuan jentera akan diperlahankan dengan mengurangkan tujahan enjin, manakala brek diaktifkan automatik tanpa sentuhan pemandu.

Pada masa sama, lampu brek dinyalakan sebagai isyarat trak pikap itu sedang membrek dan diperlahankan. Seperkara menarik yang diubah, ialah dedaun suspensi D-Max Double Cab dikurangkan daripada lima kepada tiga lapisan kepingan.

Secara tradisional, trak pikap bukan kenderaan yang mesra penumpang belakang dan perubahan ini dapat menambah baik tahap keselesaan dan mengurangkan kadar bunyi bising. Walaupun dedaun suspensi dikurangkan, tetapi kekuatan, ketahanan dan keupayaan menunda kekal sama seperti model lama.

Prestasi tersebut dapat dicapai kerana material digunakan diperbuat daripada bahan berkekuatan tinggi. Selain itu, ketahanan daripada karat juga lebih baik menerusi penggunaan besi baharu kalis hidrogen dengan tahap kakisan lebih perlahan. Berat D-Max Double Cab juga dikurangkan hingga 10kg, sekali gus membolehkan beban muatan ditambah dalam jumlah sama.

BACA >>> Isuzu D-Max (2018) Facelift Lebih Garang dan Umphh! – Harga Bermula RM105,811

DALAMAN PREMIUM

Ruang dalaman D-Max (2019) lebih mewah menerusi beberapa penaiktarafan seperti material lembut pada perehat lengan dan beberapa bahagian lain. Efek mewah lain diserlahkan dengan kemasan hitam kilat pada suis tingkap, ventilator udara dan kotak papan pemuka yang kini hadir dengan logo D-Max baharu.

Selain ciri atas, D-Max UK juga lebih istimewa apabila didatangkan dalam varian enjin kecil yang tidak ditawarkan di negara kita, iaitu 1.9L diesel turbo berkuasa 162hp dan tork 360Nm. Walaupun kecil, trak pikap itu mampu menunda beban hingga 3.5 tan.

D-Max (2019) versi UK dipasarkan pada harga bermula £16,799 (RM91,814) untuk 4×2 Single Cab dan £29,799 (RM162,864) untuk varian paling premium, Blade (automatik).

GALERI
Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max (2019) UK isuzu d-max 2018 Isuzu UK Kawalan Ayunan Treler (TSC) Roda4 Trailer Sway Control (TSC)
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

01/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.