Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max 1.9L Single Cab Lengkap Cabaran 1,000km dengan Muatan 1 Tan
Roda4

Isuzu D-Max 1.9L Single Cab Lengkap Cabaran 1,000km dengan Muatan 1 Tan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU D-Max 4×4 Single Cab
 dengan enjin 1.9L Ddi Blue Power membuktikan kemampuan meredah kawasan tanah tinggi Banjaran Titiwangsa dengan jarak perjalanan lebih 1,000km bersama muatan maksimum 1 tan dalam cabaran ‘D-Max 1.9 Blue Power Dura Challenge’.

D-Max Single Cab memaksimumkan prestasi melalui inovasi teknologi termasuk rekaan baharu kebuk pembakaran, manifold ambilan, dan sistem injektor baharu yang mampu menyuntik  bahan api lebih tepat dan optimum. Ini termasuk unit pengecasturbo Sistem Geometri Variabel (Variable Geometry System, VGS) yang menjadikan enjin lebih responsif dalam julat lebih luas.

BACA >>> Isuzu D-Max (2020) Generasi Ketiga Serba Baharu Debut di Thailand

D-Max 1.9L Blue Power sebelum ini membuktikan kemampuan dalam ‘Dura Miles Challenge’ apabila melengkapkan sesi pemanduan dari Bangkok ke Singapura dengan berbekalkan setangki penuh bahan api sahaja.

Gabungan komponen enjin kurang geseran yang disaluti molibdenum dan grafit, enjin 1.9L Blue Power menawarkan lebih daya tahan dan mengurangkan stres ke atas komponen. Ini menyumbang kepada pengurangan berat enjin hingga 56kg, sekali gus menjadikan model ini sebagai trak pikap paling reliabel dan mampu milik di pasaran tempatan dengan kos selenggara dan cukai jalan rendah.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, penjimatan D-Max 1.9L BluePower berada pada tahap membanggakan. Malah, walaupun cuma berenjin paling kecil dalam pasaran, tetapi trak pikap ini mampu menyelesaikan segala cabaran diberikan dengan mudah dan meyakinkan.

BACA >>> #BikinKereta: Isuzu D-Max dengan Lima Pengecas Turbo Mengalahkan Bugatti Chiron

CABARAN: D-MAX 1.9 BLUEPOWER DURA CHALLENGE

Cabaran bermula dari kilang Isuzu-Hicom Malaysia di Pekan, Pahang. Pemeriksaan menyeluruh dilakukan Puspakom bagi memastikan unit D-Max 1.9L Single Cab yang dipandu ialah unit standard, sama seperti di bilik pameran dengan jumlah bebanan dibawa lebih 1,000kg.

Perjalanan ke Utara perlu melalui Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Jeli, Kelantan dan Gerik, Perak dengan laluan mendaki berketinggian 1,052m sebelum menuju Ipoh untuk menamatkan cabaran hari pertama.

Perjalanan hari kedua lebih sukar apabila trak pikap kabin tunggal itu sekali lagi perlu menempuh laluan berbukit berketinggian 1,112m ke Tanah Rata, Cameron Highlands sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser (1,222m) melalui Raub.

Perjalanan semakin ekstrem apabila pemandu perlu melalui laluan mendaki berketinggian 1,604m ke Genting Highlands sebelum menamatkan perjalanan di Pusat Servis Isuzu di Shah Alam dengan rekod jarak perjalanan keseluruhan 1,145km. Purata penggunaan bahan api D-Max 1.9L Single Cab mencatatkan 7.2 liter per 100 km (13.7km per liter) dan bahan api masih banyak berbaki tangki berkapasiti 76 liter.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata;

Dengan teknologi maju, unit enjin 1.9L RZ4E-TC adalah paling cekap pernah dihasilkan Isuzu Motors. Ini jelas dibuktikan dalam percubaan ini.

“Memang ada kenderaan lain boleh menjelajah jarak jauh dengan hanya satu tangki bahan api, sesetengah lain pula boleh bawa beban 1 tan dan melalui jalan mendaki di pergunungan. Tetapi, bagi sebuah kenderaan yang mampu melakukan ketiga-tiga pemanduan itu dengan cemerlang, ia sesuatu yang menakjubkan.”

Semua model D-Max termasuk 1.9L Single Cab didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu). Keterangan lanjut mengenai model D-Max lain boleh layari Isuzu.net.my atau laman Instagram, IsuzuMalaysia

BACA >>> Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari

GALERI
Auto Terkini Banjaran Titiwangsa D-Max 1.9 Blue Power Dura Challenge D-Max 1.9L BluePower Enjin 1.9L Isuzu Isuzu D-Max 1.9L Isuzu Malaysia Koji Nakamura Mayasuki Suzuki pikap trak Roda 4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Lampu isyarat biru di jalan raya
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.