Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isi Minyak Guna Touch n’ Go RFID Kini di 88 Stesen Shell!
Auto Terkini

Isi Minyak Guna Touch n’ Go RFID Kini di 88 Stesen Shell!

Han OthmanBy Han Othman10/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOUCH ‘n Go Group
dan Shell Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan pengalaman tanpa tunai baharu yang membolehkan pemandu mengisi minyak menggunakan Touch ‘n Go RFID di 88 stesen minyak Shell seluruh negara.

Jumlah stesen minyak Shell dengan ciri tanpa tunai baharu itu  dijangka meningkat dua kali ganda menjelang akhir tahun ini.

BACA >>> Ketuk Kaunter, Bunyikan Ekzos Kuat Pun Tak Terjaga, Pak Cik Shell Tak Marah Staf Tidur Mati
BACA >>> Ala Comel… Penunggang Merajuk, Abang Shell Salah Set Pam Minyak

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid berkata;

Kami berbesar hati dapat meluaskan penggunaan RFID selain pembayaran tol. Pelanggan kini dapat membuat pembayaran di stesen minyak Shell tanpa perlu berinteraksi dengan sebarang aplikasi mudah alih, atau sistem titik jualan kerana pembayaran dibuat melalui aplikasi e-dompet Touch ‘n Go eWallet yang dipautkan kepada Touch ‘n Go RFID pengguna.

“Kami bernasib baik kerana menemui rakan kongsi seperti Shell yang berfikiran sama seperti kami, dan berkongsi cita-cita sama untuk menyediakan pengalaman pemanduan tanpa tunai dan tanpa sentuhan kepada pelanggan. Ini akan membantu kami membuka jalan ke arah menyampaikan tawaran lebih inovatif kepada dua set pelanggan kami.”

Beliau berkata lagi, Touch ‘n Go setakat ini memberikan tumpuan mempromosikan RFID sebagai kaedah pembayaran tol, tetapi sebenarnya gabungan infrastruktur RFID dan eWallet membolehkan Touch ‘n Go meluaskan penggunaan melangkaui tol.

Logo TNG eWallet

Touch ‘n Go RFID turut disepadukan dengan rakan kongsi BonusLink yang memudahkan pelanggan memperoleh mata ganjaran bagi setiap isian minyak.

Pengurus Besar Mobiliti untuk Shell di Malaysia dan Singapura, Seow Lee Ming berkata, sepanjang tahun lalu, Shell mendapat maklum balas positif lebih 10,000 pengguna rintis, yang mana kerjasama rapat dengan Touch ‘n Go dalam mengoptimumkan teknologi berkenaan dapat memberikan pengalaman lebih lancar kepada pengguna.

Kami yakin kolaborasi dengan Touch ‘n Go akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami di Shell,” katanya.

BAGAIMANAKAH GUNA TOUCH N’ GO RFID DI SHELL?

  • Pelanggan perlu pautkan tag RFID Touch ‘n Go kepada akaun Touch ‘n Go eWallet.
  • Pendaftaran dan pengaktifan perlu dibuat sekali saja melalui Touch ‘n Go eWallet.
  • Selepas berjaya, pelanggan hanya perlu meletakkan kenderaan dalam petak isi minyak dengan ciri RFID.
  • Kenderaan akan dikesan sepantas beberapa saat, dan pembayaran didebit automatik daripada Touch n’ Go eWallet dan minyak boleh terus diisi.
  • Jumlah yang tidak digunakan akan dikembalikan serta-merta ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet pelanggan.

DAPAT GANJARAN SEKARANG!

Bermula 10 Ogos hingga 16 September ini, Shell dan Touch ‘n Go akan memberi ganjaran kepada 25,000 pelanggan pertama mengisi minyak di stesen Shell menggunakan Touch ‘n Go RFID. Anda hanya perlu mengisi minyak minimum RM50 di Shell untuk transaksi Touch ‘n Go RFID pertama bagi mendapatkan pulangan tunai RM10.

Ganjaran ini hanya terhad kepada pelanggan perkhidmatan ini buat kali pertama.

Maklumat lanjut mengenai cari mengisi minyak dengan Touch ‘n Go RFID di Shell boleh layari: https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/rfid/rfid-petrol/ dan www.shell.com.my/rfid

BACA >>> Sudah Lama Ada, Tapi Ramai Tak Tahu Boleh Isi Minyak Guna RFID di Stesen Shell
BACA >>> Pembayaran Guna Touch n’ Go di PUSPAKOM

Auto Terkini Effendy Shahul Hamid isi minyak guna rfid Seow Lee Ming Shell Touch ‘n Go eWallet Touch ‘n Go Group Touch ‘n Go RFID
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

05/06/2026
Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
Auto Terkini

Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.