Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai IONIQ 5 (2023) Diperkenal untuk Pasaran Eropah dengan Lapan Varian
Roda4

Hyundai IONIQ 5 (2023) Diperkenal untuk Pasaran Eropah dengan Lapan Varian

Abang HirataBy Abang Hirata23/05/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA elektrik hangat masa kini, Hyundai IONIQ 5 menerima beberapa perubahan untuk model tahun depan bagi pasaran Eropah.

IONIQ 5 kali pertama dilancarkan pada Februari 2021 dengan menerima banyak pengiktirafan, termasuk diisytiharkan sebagai Kereta Terbaik Tahunan (WCOTY) 2022 pada pertengahan April lalu. IONIQ 5 juga boleh dimiliki pengguna tempatan dalam tiga varian ditawarkan pada harga permulaan RM200,000-RM260,000.

BACA >>> Isu Brek Parkir Tiba-Tiba Bebas: Hyundai Panggil Balik Ioniq 5, Kia EV6
BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!

Terima kasih kepada Kerajaan kerana memberikan pengecualian cukai yang membolehkan kenderaan elektrik (EV) dinikmati lebih ramai pembeli. Ini kerana tanpa pengecualian tersebut, harga EV pasti lebih tinggi.

Walaupun tempoh masa pelancaran masih lagi baharu mengikut standard industri, tetapi Hyundai memperkenalkan pula IONIQ 5 (2023).

Apa baharu kali ini? Paling utama, bateri 77.4kWh seperti IONIQ 5 versi Amerika Syarikat (AS) dan Namsan Edition. Bateri berkapasiti lebih tinggi memberikan lebih jarak gerak hingga 507km mengikut prosedur pengangkutan ringan sedunia (WLTP) dan peningkatan 9hp berbanding model 72.6kWH sebelum ini.

BACA >>> Hyundai Palisade (2023) Diperkenal di AS, Model Facelift yang Nampak Macam Baharu!

Di Britain, IONIQ 5 dibahagikan kepada lapan varian seperti berikut:

  • SE Connect 58 kWh RWD
  • Premium 58 kWh RWD
  • Premium 77.4 kWh RWD
  • Premium 77.4 kWh AWD
  • Ultimate 77.4 kWh RWD
  • Ultimate 77.4 kWh AWD
  • Namsan Edition 77.4 kWh RWD
  • Namsan Edition 77.4 kWh AWD

Berikut fakta mengenai IONIQ 5(2023):

  • Selain bateri baharu, IONIQ 5 (2023) ditawarkan dengan cermin dalaman dan luaran digital berasaskan video.
  • Cermin Pusat Digital (Digital Centre Mirror, DCM) dipasangkan pada spoiler untuk mengoptimumkan kejelasan pandangan panoramik belakang (rear facing) kereta.
  • Fungsi pemanas dan penyaman bateri pula didatangkan standard untuk semua varian IONIQ 5.
  • Jika kereta biasa memerlukan radiator untuk penyejukan, EV pula walaupun tanpa komponen piston dan sebagainya, tetapi tetap perlu mengawal suhu komponen bateri untuk kecekapan operasi. IONIQ 5 (2023)  dapat berfungsi menyesuaikan suhu bateri ketika memandu untuk pengecasan optimum ketika berhenti mengecas.
  • Fungsi tersebut turut meningkatkan prestasi pengecasan dalam kondisi cuaca panas atau sejuk.
  • Menariknya, ciri berkenaan diaktifkan secara automatik apabila pusat pengecasan (charging point) berkuasa tinggi dimasukkan dalam sistem navigasi kenderaan.
  • Dari senarai lapan varian di atas, IONIQ 5 Namsan Edition ialah model paling premium dalam aspek kelengkapan dan prestasi.
  • Seperti namanya, ia merujuk kepada Gunung Namsan di ibu kota Seoul dengan pandangan langit luas merentasi kota metropolitan itu dan Taman Negara berkeluasan lebih 3.3 juta meter persegi.
  • Hyundai turut memasang bumbung panoramik penuh dengan balutan kulit dan ruang dalaman luas.
  • Namsan Edition dilengkapi DSM dengan kamera menggantikan cermin sisi yang sebelum ini ditawarkan pada model pasaran Korea.
  • Tidak hanya memberikan pandangan belakang lebih baik termasuk dalam cuaca buruk, DSM turut mengurangkan rintangan angin.
  • Satu lagi ciri menarik ialah pam pemanas (heat pump) sebagai ciri standard untuk Namsan Edition dan pilihan bagi varian Premium. Fungsinya memanaskan kabin tanpa menggunakan bateri kenderaan untuk sistem pemanasan.
  • Caranya menggunakan radiator untuk mengekstrak haba dari udara luar yang dimampatkan dan turut memanfaatkan haba bateri.
  • Dari segi rekabentuk, IONIQ 5 (2023) nampak sama seperti model terdahulu yang sudah sedia kemas dan futuristik.
  • Sebagai model canggih, tidak rekabentuk luar biasa diketengahkan, cukup dengan gaya hatchback.
  • Namun, IONIQ 5 (2023) dibuat besar dan Hyundai sendiri memanggil model itu sebagai Kenderaan Utiliti Crossover (CUV).
  • Mengenai harga, varian paling asas, SE Connect 58kWh RWD dengan jarak pandu 383km ditawarkan pada harga £39,400 (RM218,260).
  • Varian paling premium, Namsan Edition 77.4kWh AWD pula dijual pada harga £56,400.00 (RM312,430).

BACA >>> Betul Ke Kos Servis Hyundai Mahal?
BACA >>> Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!

Hyundai IONIQ 5 Ultimate
CUV EV hyundai Hyundai Ioniq 5 Hyundai IONIQ 5 2023 Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Crossover (CUV) kereta elektrik Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.