Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Intermot2018: Kawasaki Z125, Ninja 125 Buka Selimut untuk Tontonan Ramai
Roda2

#Intermot2018: Kawasaki Z125, Ninja 125 Buka Selimut untuk Tontonan Ramai

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI rasmi membuka selimut model aras mula Ninja 125 dan Z125 untuk tontonan umum sempena Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018. Kehadiran jentera berkenaan disasarkan kepada penunggang muda Eropah dengan lesen A1. Walaupun memiliki trenkuasa bersesaran kecil penampilan kedua-dua jentera mirip abang besar masing-masing.

BACA >>> Kawasaki Bakal Perkenal Ninja Paling Bongsu Hujung Tahun Ini

Ninja 125 (2019) didatangkan dengan fairing penuh bersama padanan imej lebih tajam dari depan hingga belakang. Bermula tangki minyak, madgad depan, mufler dan roda jelas mirip Ninja 300. Bagaimanapun, kecerunan belakang jentera sama seperti Ninja 650 versi terkini.

Sementara itu Z125 (2019) tentunya meminjam penampilan barisan produk siri Z. Naked bike itu tampil dengan skema warna hitam dan putih dengan frem trellis hijau. Sekali pandang nampak seperti Z650 mini.

Kedua-dua model, Ninja 125 dan Z125 dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 14.8hp dan tork 11.6Nm.

BACA>>>Kawasaki 125 Baharu Sah Debut Bulan Depan Sempena Intermot 2019!

Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan melalui transmisi klac basah 6-kelajuan. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik 37mm dan monoshock prabeban boleh laras. Keupayaan membrek dikendalikan brek cakera 290mm (depan) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan brek cakera 220mm (belakang).

Bagi memenuhi kepelbagaian keperluan, Kawasaki menawarkan dua opsyen ketinggian pelana: 785mm atau 805mm untuk Ninja 125, dan Z125 (780mm atau 815mm). Berat jentera boleh dikatakan ringan, iaitu 148kg (Ninja 125) dan 146kg (Z125) yang memudahkan model ini dikendalikan penunggang baharu.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) – Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

MODEL 125cc LEBIH POPULAR DI EROPAH


Bakal bersaing dengan KTM 125 Duke dan RC 125 di Eropah, khabarnya kedua-dua produk Kawasaki berkenaan dikeluarkan dari kilang Indonesia. Adakah model ini bakal dibawa masuk oleh Kawasaki Motors Malaysia?. Secara peribadi,cukup mustahil!. Dan…mengapa Kawasaki hanya memilih pasaran Eropah untuk memasarkan produk di bawah 250cc tersebut?.

Ini kerana motosikal bersesaran kecil lebih laku di sana berbanding motosikal 150cc, 250cc atau 300cc. Di samping itu,  undang-undang pengangkutan hanya membenarkan remaja berusia 16 tahun mengambil lesen motor 125cc sahaja. Setelah berusia 18 tahun barulah mereka boleh mendapatkan lesen tingkat lanjutan untuk menunggang motosikal di atas 300cc. Maka tidak pelik jika motosikal 250cc atau 300cc tidak terlihat di Intermot. Motor yang berkapasiti 500cc lebih popular.

BACA>>>Bagaimanakah Cat Boleh Hilangkan Calar Seperti Kawasaki Ninja H2 (2019)?

VIDEO KAWASAKI Z125
19MY Z125
VIDEO KAWASAKI NINJA 125
19MY Ninja 125
GALERI
KAWASAKI Z125
KAWASAKI NINJA 125
Intermot 2018 Kawasaki Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Kawasaki Ninja 125 Kawasaki Z125 nakedbike Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT) roda2 sportnaked
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.