Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah Volkswagen Polo (2018) Paling Besar, Tampilkan Teknologi Termaju dan Jimat Minyak
Roda4

Inilah Volkswagen Polo (2018) Paling Besar, Tampilkan Teknologi Termaju dan Jimat Minyak

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FOTO rasmi dan spesifikasi asas Volkswagen (VW) Polo generasi ke-6 didedahkan sebentar tadi! Tetapi anda mungkin perlu menatap gambar di bawah ini berulang kali untuk memastikan model berkenaan benar-benar baharu kerana kelihatan agak mirip  dengan versi terdahulu.

Pendedahan rasmi baru diumumkan malam tadi (pagi di Jerman) di Berlin, manakala debut awam bersedia dilancarkan pada Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt (FIMS) September ini.

Mungkin ada yang masih ingat prototaip Polo (2018) yang dirakamkan tanpa sebarang penyamaran di Afrika Selatan pada bulan lalu, dan ada pembaca mempersoalkan sama ada model tersebut serba baharu atau sekadar facelift mengikut rantau tertentu. Foto-foto di bawah ini akan menceritakan segalanya.

BACA >>> Bocor, Foto Volkswagen Polo (2018) Tanpa Samaran! Bakal Tampil Rekabentuk ‘Boxy’

LEBIH LUAS, TEKNOLOGI TERKINI DAN JIMAT

Ya, memang sukar mahu mengecam pembaharuan drastik pada Polo generasi ke-6 kali ini, tetapi jika mengambil kira saudara-saudara lain seperti Audi dan Porsche, VW juga mengikut jejak sama. Segala pembaharuan digayakan semula secara lembut dengan ditambah beberapa perincian baharu yang diilhamkan daripada model Golf seperti penampilan lampu utama lebih dinamik dan tipis, dan lampu belakang tiga dimensi (3D).

Menerusi gambar di bawah, kita dapat lihat model sporty untuk versi R Line dan versi prestasi, GTI. Perbezaan ketara kedua-dua model dapat dilihat pada penampilan bampar dengan kemasan hitam berkilat, termasuk bumbung (hitam untuk R Line), tayar lebar, bibir bampar, skirt dan spoiler hitam. GTI menampilkan tayar dan rim lebih lebar bersama paten gril sarang lebah (honeycomb) dan elemen merah di depan.

PLATFORM BAHARU, POLO PALING BESAR

Imej rekabentuk mungkin nampak serupa, tetapi tidak bagi dimensi model hatchback ini. VW memutuskan menggugurkan platform PQ25, sebaliknya menggunakan platform MQB Ao yang turut digunakan model subsidiari, Seat Ibiza. Polo (2018) kini muncul lebih besar dengan panjang badan 4,053mm bersama jarak roda yang dipanjangkan sebanyak 94mm, sekali gus memberikan ruang penumpang lebih luas. Kapasiti but pula menawarkan keluasan 351 liter, yakni 25 peratus lebih besar berbanding generasi lama.

VW turut menambah aneka Sistem Bantuan termaju, yang biasanya ada pada segmen lebih atas, sebagai ciri standard Polo (2018). Antaranya Bantuan Depan (Front Assist) menerusi Pembrekan Kecemasan Bandar (CEB) dan Pemantauan Pejalan Kaki, termasuk pengehad kelajuan dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Polo (2018) juga didatangkan dengan opsyen Kawalan Jelajah Aktif (ACC), di mana model DSG disertakan fungsi Henti-Gerak (Stop&Go), Pengesan Titik Buta (BSD) dengan Amaran Trafik Belakang (RTA) dan Bantuan Parkir.

DALAMAN SERBA BAHARU

Pembaharuan paling mengejutkan ialah ruang dalaman yang lebih segar dengan rekabentuk papan pemuka direka baharu sepenuhnya yang memaparkan paparan dan kawalan digital buat pemandu. Sebagai makluman, Polo (2018) ialah model pertama Volkswagen yang menampilkan Paparan Info Aktif (AID) generasi ke-2 dengan opsyen instrumen digital untuk maklumat ekstra, kejelasan grafik dan banyak struktur logikal. Sistem infotainment baharu turut diberikan dengan model permulaan akan siap dimuatkan paparan skrin 6.5 inci sebagai standard.

Akhir sekali, paling dinanti-nanti ialah barisan enjin. Polo (2018) akhirnya membariskan sembilan varian enjin, bermula 1.0L petrol dalam versi aspirasi natural (NA) dan pengecas turbo, bermula 64hp hingga 113hp. Enjin baharu 1.5L TSI juga ditawarkan yang menampilkan sistem nyahaktif silinder berkuasa 148hp., manakala Polo GTI dikuasakan enjin 2.0L pengecas turbo petrol berkuasa 197hp dengan pecutan 0-100kmj sepantas 6.7 saat.

Model diesel pula terdiri daripada dua varian enjin, 1.6L TDI berkuasa 79hp dan 94hp. Model dengan 92hp akan menyusul dengan opsyen transmisi DSG. Buat pertama kali juga Polo (2018) menampilkan enjin gas asli yang baru dibangunkan, 1.0 TGI berkuasa 89hp.

Ada lima tahap trim, iaitu Trendline, Comfortline dan Highline serta dua pendatang baharu Beats dan R-Line. Pelanggan boleh memilih 14 warna luaran, 12 rekabentuk rim (daripada 14 hingga 18-inci), 13 dekorasi papan pemuka dan 11 pembalut kerusi.

VW bakal melancarkan Polo (2018) di pasaran Eropah menjelang penghujung tahun ini pada harga menarik, di mana di negara kelahirannya, Jerman akan dijual bermula €12,795 (RM61,152) berserta ciri Bantuan Depan sebagai standard.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

foto Volkswagen Polo 2018 Roda4 Volkswagen Volkswagen Polo (2018) Volkswagen Polo generasi ke-5 vw
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

GWM Wey 05 Malaysia
Autotainment

Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

06/07/2026
Auto Terkini

Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

06/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

06/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

04/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.