Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Auto Terkini

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval

Abang GYLBy Abang GYL15/02/201813 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HavalHAVAL ialah pengeluar automotif dari China yang terkenal dengan kepakaran dalam pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium. Mungkin ramai yang keliru antara Haval dan satu lagi jenama gergasi automotif China, Great Wall Motors (GWM).

Begini, Haval sebenarnya ialah divisi khas di bawah GWM, tetapi status Haval tidak sama seperti Daihatsu di bawah Toyota, atau Kia di bawah Hyundai sebagai anak syarikat di bawah induk masing-masing. Sebaliknya, Haval boleh disamakan seperti status Lexus (Toyota) atau AMG (Mercedes).

Bezanya, Haval bukan divisi prestasi tinggi, sebaliknya menumpukan kepada pembangunan kenderaan jenis SUV dan sudah mula mengeluarkan produk-produknya sejak 2002 lagi yang mencetus fenomena SUV di Negara Tembok Besar itu.

Jadi apa yang anda perlu tahu tentang Haval?

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval1. SUV PALING LARIS DI CHINA

Jualan tahunan Haval pada 2014, iaitu sebanyak 519,418 unit berjaya mengekalkan reputasi jenama itu sebagai jenama SUV nombor satu di China selama 12 tahun berturut-turut! Dalam erti kata lain, sejak mula berada di pasaran, Haval sememangnya sudah menambat hati ramai pembeli kereta di republik itu. Haval sudah pun mencapai jualan sebanyak 1 juta unit pada 2016 dah masih kekal antara jenama SUV paling laris di China.

2. OPERASI BEBAS, BAWA NAMA SENDIRI

Dengan membentuk imej jenama yang baharu, Haval didedikasikan untuk segmen SUV dengan matlamat menjadi jenama SUV bertaraf dunia.

3. DIPASARKAN PELBAGAI NEGARA

Pemasaran model-model Haval bukan sekadar peringkat domestik sahaja, tetapi turut dipasarkan ke luar negara. Antara negara yang menjadi destinasi persinggahan Haval ialah:

  • Malaysia
  • Rusia
  • Chile
  • Ecuador
  • Azerbaijan
  • Georgia
  • Bolivia
  • Australia
  • Benin
  • Oman
  • Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
  • Uruguay
  • Iraq

BACA >>> Go Auto Makin Mengganas, Tembus Pasaran Batam – Eksport Haval H1, H2 & H8

Haval Batam4. BUKAN CALANG-CALANG DALAM SUKAN PERMOTORAN

Sukan permotoran ialah medan paling sesuai untuk membuktikan tahap kualiti, realibiliti dan kekuatan sesebuah jenama automobil. Haval memang tidak terkecuali dengan menyertai pelbagai siri sukan perlumbaan peringkat antarabangsa seperti:

  • Rali Taklimakan 2008 – Juara Diesel dan Pengeluar
  • Rali Dakar 2012 – Tempat ke-6 keseluruhan
  • Rali Dakar 2013- Tempat ke-6 keseluruhan
  • China Grand Rally 2014 – Juara
  • Rali Dakar 2014 – Tempat ke-8 keseluruhan

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval5. DAPAT PELBAGAI ANUGERAH

Ya, Haval turut meraih pelbagai anugerah hebat sama ada peringkat tempatan atau antarabangsa.

  • SUV Independen Terbaik CCTV (2005)
  • Jenama SUV Independen Terbaik CCTV (2007)
  • Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Keseluruhan 2009
  • SUV China 2012
  • SUV Independen CCTV (2011)
  • SUV Independen CCTV (2012)
  • Anugerah Emas Paten Rekabentuk China ke-15 (2013)
  • SUV Terbaik XCAR – Haval H9 (2015)
  • Jenama SUV Paling Berkuasa – Brand Finance (2017)
  • Juara Prestasi Komprehensif SUV Bersaiz Medium dan Besar – CATARC (2017)
  • SUV (H6 & H2) Tempat Pertama Keputusan Penilaian CACSI (2017)

BACA >>> Haval H2 CKD Kini di Malaysia – Enjin 1.5L Turbo, Tampil 2 Warna Baharu

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval6. RATING 5 BINTANG

Pada April 2012, Haval H6 mendapat rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran C-NCAP.

Pada Ogos 2017, Haval H2 mendapat rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Australasian New Car Assessment Program (ANCAP)

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval7. SAMBUTAN POSITIF DI MALAYSIA

Di Malaysia, Haval dipasarkan di bawah pengedar rasmi jenama itu, Go Auto yang sudah bertapak sejak 4 tahun lalu. Setakat Disember tahun lalu, hampir 4,500 unit Haval sudah dijual seluruh negara.

Go Auto turut mengeksport sejumlah 1,544 unit model Haval ke negara-negara Asean lain seperti Kemboja, Brunei dan Indonesia.

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval

8. PEMASANGAN TEMPATAN

Tahukah anda, semua model Haval dapat dijual pada harga mampu milik kerana sudah melalui proses pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Gurun. Menurut Go Auto, kapasiti kilang tersebut mampu mengeluarkan sejumlah 25,000 unit setahun atau lebih 2,000 unit sebulan.

Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval9. KUALITI DIAKUI

Sebagai pemain besar dalam arena automotif di China, Haval adalah termasuk dalam senarai pengeluar yang menitik beratkan aspek kualiti dalam pembuatan kenderaan mereka. Anda boleh lihat sendiri tahap kualiti produk-produk yang dihasilkan. Malah, rekabentuk setiap kenderaan juga bercita rasa tinggi dan menepati selera antarabangsa.

BACA >>> Komited Tawan Hati Pembeli Malaysia, HAVAL M4 Kini Dikenali HAVAL H1

GALERI

Haval Batam
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval
Go Auto GWM HAVAL H1 Haval H2 Haval H6 Haval Malaysia Inilah 9 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Haval kilang haval
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026

    13 Comments

    1. azahariah on 11/06/2018 11:57

      macamana hendak memiliki haval,dimana pusat jualan kereta haval

      Reply
      • topinai on 23/01/2020 16:39

        Go Auto di Glenmarie, Shah Alam.. Ibupejabat dia

        Reply
    2. Anna susan on 22/06/2018 23:01

      HAVAL IS THE BEST SUV,,

      Reply
    3. ROSLAN on 28/08/2018 11:25

      DI MANA PUSAT SERCIVE HAVAL DI KELANTAN?

      Reply
    4. Aced on 15/09/2018 01:18

      Spare part susah ke senang dapat untuk haval H1.. Mohon pencerahan.. Ramai cakap risau spare parts mahal

      Reply
      • Dadyfiz on 28/01/2019 21:03

        Di mana ada tujuan di situ ada jalan,, mustahil x da,, susah tu mngkin la,, tapi ada tetap ada..

        Reply
      • topinai on 23/01/2020 16:41

        Sya ada pengalaman mencari side bar.. atau injak kaki sebelum naik ke dalam Haval H2.. dalam pasaran malaysia.. dalam sekitar rm700-1300 termasuk pasang.. sekali saya order terus ke China melalui edagang.. saya dapat dalam RM400 termasuk penghantaran.. tidak termasuk pemasangan.. kalau pasang.. kena tambah lagi dalam RM150..

        Reply
    5. ADRICK on 26/07/2019 15:48

      SAYA BELI KERETA H1 2018 BULAN AUGUST. RADIO SAYA SELALU ROSAK DAN ADA BANYAK BUNYI TERLAH MENGADUAN, DAN HANTAR KE WORKSHOP GLENMMARIE TELAH REPAIR PUN SAMA, DAPATI H1 ADALAH BANYAK MASALAH BAGI SAYA DAN ORANG LAIN.

      Reply
      • Hani on 24/10/2019 23:49

        Encik ADRICK,

        Saya baca Encik punya komen yang Encik dh pakai Haval lebih kurang setahun, saya plan nk beli Haval cuma risau jugak. Boleh saya tahu apa best dan apa yang x best pakai Haval selain isu radio? Maksud saya prestasi enjin, pengendalian kereta, ade senggut2 ke enjin die, atau apa2 isu berkaitan. Terima kasih

        Reply
    6. topinai on 23/01/2020 16:38

      Saya dah pakai haval h2 lebih setahun sejak januari 2019 lagi…
      So far, prestasi enjin baik, pengenadalian juga baik, pacutan juga baik.. cuma bila jalan banyak trafic light atau jalan slow.. ada kuat makan minyak sikit.. mungkin sebab saya terbiasa dengan kereta myvi sebelum itu.. jadi berbanding dengan myvi.. nampak kuat makan minyak bila jalan slow, selalu berhenti dan jalan (trafic light/jalan jem) dan bila berhenti tapi enjin hidup..

      Yang lain2 terbaik…

      Reply
    7. Han on 18/12/2021 12:21

      Tak de istimewa nya pun . Naik bukit selalu prob kena matikan enjin kereta baru bokeh jalan semula. Ni pakai tak sampai setengah tahun Aircon prob.. hantar claim spirpart tak de.. dahlah musim2 hujan ni… Memang sual lah. ..

      Reply
    8. Fernanda on 20/06/2022 07:18

      Plan nak beli Haval H1,, mengikut feedback customers macam tak ok je.

      Reply
      • AO on 10/08/2022 20:18

        Tepuk dada tanya selera

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.