Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 6 Helmet Pilihan Penunggang Motosikal Sedunia
Autotainment

Inilah 6 Helmet Pilihan Penunggang Motosikal Sedunia

ZYBy ZY30/09/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOR dah power, takkan pakai helmet cap ayam?

Selain berfungsi sebagai aksesori perlindungan kepala dan muka, helmet yang baik mempunyai kualiti pembuatan kemas, dan selesa selain penting juga dalam meningkatkan kekacakan si penunggang.

Jenama helmet di bawah adalah antara pilihan penunggang serata dunia tanpa mengira kategori sama ada amatur ataupun pelumba profesional. Walaupun anda mungkin merasakan harga helmet ditawarkan itu lebih mahal, tetapi bak kata pepatah, biar alah membeli, menang memakai!

* Senarai di bawah dipilih secara rawak tanpa meletakkan jenama tersebut pada ranking tertentu.

1. SHOEI

Jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan penunggang Malaysia. Dikenali sebagai pelopor inovasi dalam industri helmet, Shoei Co Ltd adalah antara pengeluar helmet berkelas premium. Itu tidaklah menghairankan jika mengimbil kira pengalaman pengeluar itu dalam industri pembuatan helmet sejak 57 tahun lalu.

Shoei ditubuhkan pada 17 Mac 1959 di Tokyo, Jepun, dan antara kejayaan pengeluar berprestij itu ialah menghasilkan helmet gentian karbon pada 1976. Shoei juga antara pengeluar helmet pertama menggunakan kevlar sebagai material pembuatan yang biasa digunakan dalam penghasilan baju kalis peluru.

Walaupun jumlah tenaga kerja (cuma di bawah 500 orang) boleh dianggap kecil jika dibandingkan kapasiti syarikat itu berstatus antarabangsa, Shoei tetap mampu mengekalkan keunggulan pembuatan produknya. Aspek keselamatan dan keselesaan ditawarkan meletakkan Shoei sebagai jenama helmet dengan kelompok peminat setia paling ramai di dunia, dan pelumba sensasi MotoGP, Marc Marquez adalah salah seorang daripada mereka.

Menurut satu kaji selidik, Shoei RF-1200 ialah helmet pilihan pertama penunggang motosikal seluruh dunia. Dengan lapisan luar atau shell ringan dan kukuh, berserta pelapik EPS liner duaan  (iaitu lapisan kusyen dalam), helmet itu menawarkan struktur pembinaan terbaik.

MODEL POPULAR: Shoei RF, Shoei GT AIR, Shoei Marquez


2. NOLAN

Nolan Helmet SpA ialah pengeluar helmet dari Itali yang ditubuhkan sejak 1972 oleh Lander Nocci, iaitu seorang usahawan dalam sektor aksesori kereta dan motosikal.

Sama seperti tradisi jentera lumba Itali, Nolan turut menawarkan kualiti tinggi pada setiap produk jenama itu yang bukan sahaja menepati standard DOT, tetapi memiliki aura premium dari segi rupa dan rasa. Malah, dijual pada harga munasabah. Ini dapat dilakukan kerana Nolan menghasilkan sendiri komponen pembuatan tanpa bergantung pembekal luar.

Nolan juga ialah pengeluar helmet jenama X-Lite dan Grex yang menumpukan kepada penunggang baharu atau muda dan berharga mampu milik. Helmet Nolan turut menjadi pilihan pelumba bertaraf dunia seperti Marco Melandri dan Casey Stoner, serta juga pelumba legenda Itali, Ricardo Tormo.

MODEL POPULAR: Nolan N44, Nolan N86


3. ARAI

Arai Helmet Ltd berasal dari Saitama, Jepun dan juga antara pengeluar helmet tertua dan terbaik dunia. Diasaskan pada 1926 oleh Hirotake Arai yang pada awal penubuhan hanya menghasilkan topi (seperti topi dipakai ahli silap mata). Menarik tentang Arai, produk helmet itu dibikin menggunakan tangan. Lebih menarik lagi, setiap helmet mengharungi beberapa siri ujian berbeza seperti:

  • Selepas lapisan luar atau shell helmet disiapkan
  • Selepas helmet dicat
  • Selepas helmet siap dipasang

Perincian kualiti yang begitu tinggi menobatkan produk Arai sebagai juara kepuasan pengguna berdasarkan kajian J D Power dan Kajian Kepuasan Helmet Motosikal Bersekutu dengan 3/4 kategori dimemangi Arai, iaitu Kepuasan Keseluruhan (Overall Satisfaction), Pengudaraan (Ventilation) dan Penggayaan (Styling).

Selain disukai penunggang biasa, helmet Arai turut jadi pilihan pelumba terkenal, seperti Dani Pedrosa dan Nicky Hayden. Jenama Arai juga popular di kalangan pelumba Formula Satu (F1) kerana helmet Arai GP-6 RC adalah antara helmet yang lulus syarat ketat Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

MODEL POPULAR: Arai RX-7, Arai Corsair, Arai Vector


4. HJC

Jenama nombor satu di Amerika Syarikat (AS) sejak 1992 dan diiktiraf jenama helmet terlaris dunia pada 2002. HJC Helmets diasaskan di Korea pada 1971 dan sejak itu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembuatan helmet.

Selain faktor keselesaan, berkualiti tinggi dan ada gaya, helmet HJC turut menawarkan harga mampu milik kepada pembeli (jika dibandingkan pesaing lain seperti Shoei dan Arai). Malah, HJC turut menawarkan koleksi helmet dalam kategori pertengahan dan premium, sekali gus memberikan lebih pilihan kepada penunggang yang berbajet kecil.

HJC ada makmal ujian yang dilengkapi terowong angin bagi menguji ciri-ciri khas helmet seperti aliran udara, tahap kebisingan, aerodinamik dan sebagainya. HJC sehingga kini sentiasa menambah baik aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha menjamin keselamatan penunggang.

MODEL POPULAR: HJC CL-17, HJC RPHA, HJC FG-17


5. BELL

Bell Helmets ada sejarah panjang yang bermula sebagai Bell Auto Parts di bandar Bell dalam California, AS pada 1923. Kemudian, The Bell Helmet Company diasaskan pada 1956 yang menumpukan kepada pembuatan topi keledar untuk perlumbaan kereta. Tahukah anda, helmet muka penuh atau  full face pertama dunia yang diperkenalkan pada 1968 ialah hasil buah tangan syarikat Bell!

Selain full face, Bell turut menghasilkan pelbagai jenis helmet lain seperti helmet separuh (bahasa slanga: helmet steng), open face, off road dan lain-lain.

Bukan saja rekaan helmet yang cukup menarik, Bell juga tidak berkompromi dalam aspek keselesaan menerusi penghasilan aliran udara baik dan berat produk yang ringan apabila dipakai. Teknologi ClickRelease dihasilkan Bell juga memberikan pengalaman penukaran visor yang lebih cepat, sekali gus memudahkan penunggang menggantikan visor mengikut kesesuaian dan kehendak.

MODEL POPULAR: Bell Qualifier, Bell Vortex


6. AGV

AGV SpA (Amisano Gino Valenza) ialah pengeluar helmet dari Itali yang diasaskan Gino Amisano sejak 1946. Pada awal penubuhan, AGV cuma menumpukan kepada pembuatan kerusi kulit dan beg sisi sehinggalah pada 1947 apabila pengeluar itu mula mengorak langkah dalam penghasilan helmet motosikal.

Jika anda peminat Valentino Rossi, anda tentu perasan helmet AGV memang sudah jadi pilihan pelumba Itali itu sepanjang karier beliau dalam MotoGP. Itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana Rossi dan AGV memang berasal dari Itali. Jadi, ikatan kimia antara kedua-duanya sudah ada.

Walaupun disenaraikan sebagai pengeluar helmet premium, harga ditawarkan masih rendah. Ini membolehkan helmet AGV jadi pilihan pengguna motosikal marhaen yang juga mahu bergaya seakan pelumba kegemaran mereka itu tanpa perlu berbelanja besar.

MODEL POPULAR: AGV K3

agv aksesori arai autotainment bell helmet helmet fullface hjc nolan roda2 shoei topi keledar Valentino Rossi
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.