Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018
Autotainment

Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/03/20189 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN MotoGP ialah acara kemuncak perlumbaan dan teknologi motosikal berkelas dunia. Segala apa yang terlibat sama ada jentera, pelumba, pasukan dan kejuruteraan, ia diiktiraf umum sebagai sukan permotoran antara terbaik di planet Bumi sejak 1949.

Jadi, kenapa peminat dan bukan peminat sukan permotoran kena layan MotoGP 2018? Kenapa musim ini khabarnya lain daripada yang lain?

1. FAKTOR MARC MARQUEZ

Pelumba jentera Repsol Honda Team nombor 93 ini sudah cukup dijadikan alasan utama kenapa kita perlu mengikuti perlumbaan MotoGP 2018. Juara bertahan yang  berjaya meraih 4 daripada 5 takhta kejuaraan sepanjang 5 tahun lalu, Marc Marquez terkenal dengan gaya meleper pada sudut belokan hampir mencecah 70°.

Teknik meleper jatuhan siku Marquez menjadi sensasi perlumbaan baharu yang cukup mengujakan untuk ditonton. Menariknya, jentera RC213V yang ditunggang ‘Semut Cervera’ itu dikatakan tidak menunjukkan kemampuan sebenar sepanjang dua musim lalu, tetapi kini diatasi bagi musim 2018.

Ini bermakna, kehebatan sebenar juara dunia bertahan ini akan dapat disaksikan musim ini. Walaupun tidak berjaya memperoleh masa terpantas pada sesi ujian lalu, Marquez terbukti mempunyai kelajuan yang konsisten dan sentiasa berada di kelompok pelumba teratas. Ramai menjangka banyak kemenangan yang mampu dimenanginya, termasuk kemampuannya mengelak kemalangan yang tidak masuk akal.

2. LITAR BAHARU DI THAILAND

Tambahan litar di Thailand, bermula musim ini, menjadikan jumlah sirkit perlumbaan meningkat kepada 19 pusingan, menjadikan kejuaraan kali ini sebagai episod perlumbaan terpanjang sepanjang 69 tahun penganjuran MotoGP. Litar baharu dalam mana-mana jadual perlumbaan sentiasa menarik untuk ditonton kerana belum ada sebarang rekod penanda aras dibuat mana-mana pelumba.

Masing-masing pelumba tidak biasa dengan litar baharu, apatah lagi jika baru saja dibina dan disiapkan. Elemen ketidakpastian itu mampu memberikan kejutan dan menobatkan pemenang tidak dijangka. Litar Antarabangsa Buriram, Thailand siap sedia menanti penakluk baharu MotoGP.

3. MAVERICK VINALES – PELUMBA MUDA PALING MENYINAR

Keputusan musim lalu – 2017 – agak baik buat pelumba baharu pasukan Movistar Yamaha MotoGP itu, tetapi Maverick Vinales (25) bergelut dengan masalah jentera YZR-M1. Namun, pelumba asal Sepanyol itu masih mampu mengungguli carta musim lalu di kedudukan ketiga keseluruhan.

Musim ini, prestasi Maverick cukup meyakinkan dengan catatan masa pantas pada sesi ujian, tetapi pelumba itu masih perlu memperbaiki konsistensi pencapaian masa dalam aksi setiap litar. Jika pasukan factory Yamaha berjaya menyelesaikan segala masalah dialami jentera milik Vinales itu, tidak mustahil 2018 menjadi tahun yang mampu menyaksikan kebangkitan pelumba muda itu mengatasi Marquez dan Repsol Honda Team.

4. BARISAN PELUMBA TERBAIK


Saingan MotoGP musim lalu menyaksikan kehadiran ramai barisan pelumba berbakat yang masih mentah dan liar. Tetapi tahun ini, masing-masing mula menunjukkan kematangan. Jadi, saingan dijangka hebat dan kompetitif. Ada ramai pelumba berpotensi menaiki podium dan menjadi juara MotoGP 2018.

Peminat boleh saja menjangka Marquez, Andrea Doviozioso, Vinales, Dani Pedrosa, Valentino Rossi, dan Johann Zarco sebagai bakal juara. Keseluruhan barisan disebutkan itu secara realistik memang mampu meraih gelaran juara dunia.

5. PELUMBA MUDA PERANCIS

Ketika Johann Zarco (5) memasuki kategori MotoGP pada saingan MotoGP 2017, rata-rata peminat dan pemerhati tidak memberi harapan tinggi terhadap pelumba Monster Yamaha Tech2 berusia 27 tahun itu. Namun, Zarco menunjukkan potensi sebenarnya, sama seperti dimiliki juara dunia, dengan meraih 6 kali podium tahun lalu walaupun turun sebagai pasukan berstatus satelit.

Tanpa sebarang gangguan dan kerisauan, Zarco jelas bekerja keras dan berjaya mengungguli beberapa perlumbaan, walaupun tidak pernah berakhir di kedudukan teratas podium. Pengalaman musim lalu menjadikan dia lebih berpengalaman dan berkemampuan untuk membuat kejutan pada perlumbaan MotoGP musim ini.

Zarco juga pelumba Perancis paling berjaya dalam kelas MotoGP!

6. LEBIH BERSEDIA UNTUK BERLUMBA

Tahun 2017 turut menyaksikan pasukan KTM buat kali pertama menyertai kategori paling premier dalam kejuaraan MotoGP. Walaupun tanpa keputusan memberangsangkan, tetapi jenama dari Austria itu menganggap musim rookie dalam siri kejuaraan lalu itu sebagai pencapaian membanggakan.

KTM meraih pengalaman dan pengetahuan berguna selain berjaya melengkapkan musim 2017 di tangga ke-5 bagi kategori pengeluar. Dengan menunggang jentera RC16 pada keseluruhan musim, pelumba Pol Espargaro (44) dan Bradley Smith (38) kembali kepada pasukan Red Bull KTM Factory Racing, bersama pelumba ujian, Mika Kallio yang bakal berlumba secara wildcard dalam 5 perlumbaan.

KTM juga melakukan pelaburan tinggi bagi program MotoGP, dan peminat kelak pasti mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada pengeluar itu sebaik saja selesa dalam kelas MotoGP.

7. PROTEGE HONDA

Musim 2018 bakal menyaksikan kemunculan 5 pelumba baharu dalam kelas MotoGP. Mereka ialah Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS), Tom Luthi (EG 0,0 Marc VDS), Xavier Simeon (Reale Avintia Racing), dan Hafizh Syahrin (Monster Yamaha Tech 3), termasuk Takaaki Nakagami yang akan menyertai Cal Crutchlow bagi pasukan LCR Honda.

Ramai menaruhkan harapan tinggi buat Nakagami yang dikhabarkan sebagai protege Honda yang laju. Dia juga pelumba pertama Jepun yang bersaing dalam kategori MotoGP selepas negara Samurai itu tidak menghantar mana-mana pelumba sejak 4 tahun lalu. Malah, jentera RC213V yang pernah membawa Marquez mengecap kejuaraan dunia, berpotensi melakukan impak sama pada Nakagami.

Seperti Johann Zarco pada musim 2017, Nakagami tidak mengalami tekanan untuk memungut mata dan memenangi perlumbaan berbanding Marquez atau Dovi. Ini memberikan banyak peluang kepada dia untuk menguji jentera RC213V ke tahap maksimu, sekali gus merebut tempat sebagai pelumba utama musim depan – 2019.

8. SASARAN PELUMBA LEGENDA

Valentino Rossi (46), juga kekanda MotoGP, ialah pelumba ketiga paling berjaya dalam sejarah kejuaraan grand prix dunia. Pelumba legenda itu berada di bawah dua lagi legenda, Angel Nieto (13 kejuaraan) dan Giacomo Agostini (15 kejuaraan). Rossi memegang 9 kali kejuaraan dunia dan cuma memerlukan satu lagi gelaran juara MotoGP untuk menyamai rekod Agostini dalam kelas MotoGP.

BACA >>> #2018MotoGP: Rossi Sah Berlumba Lagi Dua Tahun Hingga Umur 41 Tahun

Rossi baru saja memperbaharui kontrak dengan pasukan Yamaha hingga musim 2020. Pada usia 39 tahun, beliau dilihat mampu menyamai rekod pelumba MotoGP yang masih aktif berlumba pada usia 40-an seperti Colin ‘The Texas Tornado’ Edwards.

9. JENTERA YANG SANGAT LAJU DAN MENGUJAKAN

Seperti melihat sukan rodeo, elemen berbahaya yang dikaitkan dengan sukan perlumbaan mamang sukar diketepikan. Jentera kelas MotoGP mampu memecut lebih laju daripada kereta lumba Formula Satu (F1), dan mencapai kelajuan hingga 354kmj dengan sudut belokan serendah 70°.

MotoGP musim ini menyaksikan pelumba terbaik dunia menunggang jentera terbaik dunia. Lebih menarik, menonton aksi perlumbaan motosikal memberi lebih nilai hiburan dan aksi dramatik kepada peminat sukan permotoran.

10. DUCATI: ANTARA YAKIN DAN TIDAK PASTI

Beberapa tahun kebelakangan ini, jentera MotoGP milik Ducati Team mengalami kemajuan memberangsangkan, sekali gus memberikan peluang realistik kepada pengeluar motosikal Itali itu untuk meraih gelaran juara dunia. Namun, jika ramalan itu berlaku musim ini, ia hampir pasti menjadi milik Andrea Dovizioso (04) atau Dovi, dan bukan Jorge Lorenzo (99).

Dovi meraih keputusan membanggakan sepanjang 2017 dan menjadi pesaing utama untuk gelaran juara dunia. Walaupun tidak merekodkan masa terpantas ketika sesi ujian lalu, dia tidak pernah menamatkan sesi catatan masa lebih separuh saat daripada masa terpantas.

Pencapaian Lorenzo sepanjang 2017 pula tidak konsisten. Dia bermasalah mengekalkan prestasi konsisten seperti tahun sebelumnya. Lorenzo berjaya mendapatkan masa terpantas ketika sesi ujian, tetapi berakhir di tempat ke-21 pada ujian masa tersebut. Pada aksi pusingan pertama MotoGP 2018 di GP Qatar lalu, dia tersungkur.

11. SI IKAN DARI MALAYSIA


Jika anda rakyat Malaysia, inilah faktor paling utama untuk menonton MotoGP 2018 – Hafizh Syahrin, juga dipanggil Pescao yang membawa maksud ‘ikan’. Seperti kata bidalan, status Hafizh dalam MotoGP  ialah pelumba ‘bidan terjun’ yang langsung tidak pernah menyentuh jentera MotoGP. Dia dibawa masuk menyertai Monster Yamaha Tech 3 selepas pelumba kedua pasukan itu Jonas Folger menarik diri kerana masalah kesihatan.

Kalau Folger sihat, Hafizh mungkin masih di Moto2. Tetapi tidak perlulah kita berkalau-kalau, kerana memang itu ketentuan Ilahi. Dalam sekian banyak pelumba dunia, kenapa Hafizh terpilih? Tahun lalu, Hafizh cuma menamatkan saingan Moto2 di kedudukan ke-10 daripada 38 pelumba yang mengumpul mata, dan hanya sempat dua kali menaiki podium di tempat kedua (GP San Marino) dan ketiga (GP Jepun). Soalannya, kenapa bukan sembilan lagi pelumba di atasnya?

Faktanya, keputusan tahun lalu bukanlah apa yang memikat hati bos Yamaha Tech 3, Hervel Poncharal, tetapi aksi Pescao ketika berlumba di Sepang pada 2012 sebagai pelumba Wildcard untuk Moto2. Hafizh yang bermula di petak ke-27 dilihat berlumba tanpa takut meredah trek basah dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-3! Ingat, Hafizh ketika itu belum lagi berlumba secara rasmi dalam Moto2 dan dia baru berusia 17 tahun!

Selain menjadi pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama berlumba dalam MotoGP, apa dimiliki Hafizh turut mengundang perhatian pemerhati sukan permotoran di Barat. Sudah tentu semuanya kerana keputusan Poncharal, yang terkenal sebagai pencari bakat muda dalam sukan permotoran MotoGP. Masing-masing bertanya, siapa (Hafizh) Syahrin dan kenapa dia?

Dan di litar Qatar, Pescao tiba-tiba memungut mata.

SUMBER: RideApart

2018 MotoGP Hafizh Syahrin Marc Marquez MotoGP MotoGP 2018 pescao roda2 Valentino Rossi
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Morbidelli N125V, 125cc V-twin, Rangka Trellis, Lengan Ayun Tunggal!

03/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

03/02/2026
Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.