Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik
Auto Terkini

What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik

Abang HirataBy Abang Hirata18/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH satu trend teknologi kereta masa kini ialah sistem infotainment dan interaksi antara manusia dan objek, seiring perkembangan telefon pintar dan aplikasi mobil.

Namun, tidak seperti telefon pintar yang secara umum dibangunkan berasaskan dua sistem operasi (OS) standard, iaitu iOS dan Android, sebaliknya pengeluar kereta masih bebas berkarya. Jadi, tidak hairan jika anda terkial-kial mencari fungsi kawalan tertentu apabila meminjam kereta rakan atau memandu model jenama lain.

BACA >>> Pioneer Smart Unit Receiver – Peranti Pintar Mudah Alih Paling Sesuai untuk Kereta

What Car?, iaitu platform jual beli kereta atas talian yang juga portal kepenggunaan di Britain, membuat survei mengenai sistem infotainment dan penyaman udara paling menyenangkan. Ada 20 unit model kereta diuji dengan pelbagai jenis sistem infotainment dan bentangan papan pemuka.

Pasukan penguji What Car? membuat penilaian terhadap enam perlakuan yang kerap dibuat pemandu seperti mengubah suhu penyaman udara, mengecilkan pemetaan laluan navigasi satelit, menukar saluran stesen radio dengan setiap perlakuan tersebut  mengambil kira masa operasi.

Kenapa kajian itu penting dan perlu diberikan perhatian?

Pemanduan yang mengalami gangguan ketika memandu berisiko terbabit kemalangan. Jadi sangat penting untuk seseorang pemandu sentiasa fokus pada pemanduan, iaitu mata mesti sentiasa memandang hadapan kereta.

Paparan dengan butang kawalan fizikal.
Paparan skrin sentuh penuh.

Berdasarkan kajian, sistem infotainment yang memiliki butang kawalan fizikal didapati kurang mengganggu pemanduan pemandu berbanding butang kawalan jenis skrin sentuh (touch screen) sepenuhnya. Masa diambil untuk menetapkan kawalan suhu pula adalah dua kali ganda untuk kereta dengan butang skrin sesentuh berbanding butang fizikal.

Contoh lain, bagi fungsi mengecilkan peta navigasi untuk melihat laluan ditetapkan, masa diperlukan untuk skrin sentuh adalah empat kali lebih lama berbanding kawalan mengunakan tombol rotari. Bagaimanapun, tidak semua mendatangkan masalah atau sukar dioperasikan.

Kajian What Car? juga mendapati sistem infotainment paling mudah untuk menetapkan peta navigasi satelit ialah Audi Virtual Cockpit Plus dan BMW iDrive. Paling banyak tetapan ialah paparan multimedia Lexus bersaiz 12.3 inci.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

Ujian turut mendedahkan kelebihan sistem infotainment yang mempunyai fungsi interaksi dengan pemandu. Ini memberikan pilihan kepada pemandu untuk cara praktik paling mudah mengikut situasi yang sesuai. Jadi, sistem infotainment terbaik adalah unit yang menggabungkan tiga ciri kawalan, iaitu butang fizikal, skrin sentuh atau arahan suara untuk pelbagai jenis fungsi.

Daripada tiga ciri kawalan itu, sistem kawalan suara canggih adalah cara paling tidak mengganggu pemandu yang juga bagus untuk melakukan banyak arahan pada kereta.

Sistem digunakan Audi, BMW, dan Mercedes-Benz dapat mengecam suara natural yang membolehkan pemandu membuat arahan atau ‘bercakap’ tanpa perlu mengalihkan pandangan melihat unit infotainment. Namun, tidak semua sistem arahan suara menawarkan fungsi yang intuitif dan responsif.

Sebagai contoh, pasukan penguji What Car? mendakwa perlu mengalihkan pandangan lebih dua kali dalam kereta yang mempunyai sistem paling lemah. Ini sesuatu yang perlu pengeluar dan pembangun sistem berikan perhatian.

SENARAI MODEL DAN SISTEM YANG DIUJI MENGIKUT RATING WHAT CAR? (markah penuh 30):

    1. BMW 3 Series with Live Cockpit Professional – 30
    2. Mercedes-Benz CLA dengan skrin sesentuh 10.25 inci – 27
    3. Porsche Panamera E-Hybrid dengan Connect Plus dan Porsche Communication Management – 27
    4. Audi Q3 Sportback dengan Virtual Cockpit Plus – 26
    5. Mazda 3 dengan paparan skrin berwarna 8.8 inci dan Mazda Connect – 25
    6. Volkswagen Passat GTE dengan sistem 8 inci Composition Media – 24
    7. Ford Fiesta dengan navigasi Sync 3 dan FordPass Connect – 23
    8. Hyundai Ioniq dengan skrin sesentuh 10.25 inci dan sambungan Bluelink – 22
    9. Vauxhall Corsa with 10.0in Multimedia Navi Pro – 22
    10. Skoda Kamiq dengan skrin sesentuh 9.2 inci, kawalan suara dan navigasi satelit Amundsen – 21
    11. Jaguar XE dengan sistem 10.0in Touch Pro Duo system – 21
    12. Volvo S60 dengan Sensus – 20
    13. Toyota Corolla dengan sistem media Touch 2 media dan Apple CarPlay dan Android Auto – 20
    14. Nissan Juke dengan Nissan Connect – 19
    15. Honda CR-V dengan skrin sesentuh 7.0 inci, Honda Connect dan navigasi Garmin – 18
    16. Lexus RX dengan paparan multimedia 12.3 inci – 18
    17. Peugeot 508 SW dengan 10.0in Connected 3D Navigation dan pengecaman suara – 17
    18. Skoda Citigo-e iV dengan skrin berwarna dan pemegang telefon – 16
    19. Fiat 500X dengan skrin sesentuh 7.0 inci dan Uconnect Live – 14
    20. MG ZS dengan skrin sesentuh 8 inci – 12

Berdasarkan senarai di atas, perlu diingatkan semua sistem infotainment berkenaan tidak boleh dikaitkan terus dengan sesebuah model. Sebaliknya ia perlu dibaca bersama pakej sistem infotainment kerana ia berbeza mengikut negara.

BACA >>> Kajian: Pembeli UK Suka Volkswagen Golf Hitam, Paling Popular 2019

aksesori Audi Virtual Cockpit Plus Auto Terkini BMW iDrive infotainment Sistem Infotainment Unit Infotainment What Car?
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.