Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir
Auto Terkini

Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir

FarahBy Farah25/12/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DISEBABKAN Malaysia kini berdepan bencana banjir di beberapa negeri, ramai pemilik kenderaan mempersoalkan kenapa insurans tiada perlindungan jika berlaku bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan seumpamanya.

Persoalan itu dijawab ejen insurans dan cukai jalan (road tax), @Laiyyinah Muthalib menerusi video dalam akaun TikToknya.

@laiyyinahmuthalibDilaporkan hampir 80% kereta tidak boleh claims insurans & ada kemungkinan total loss 😭 ##learnontiktok♬ original sound – Laiyyinah Muthalib

Menurut Laiyyinah, sebelum mendapatkan cukai jalan, pemilik kenderaan perlu terlebih dahulu membeli insurans kenderaan mereka pada setiap tahun.

Bagaimanapun, kebanyakan orang itu hanya membeli ‘insurans asas’ hanya untuk tuntutan kemalangan, kehilangan dan kebakaran sahaja yang tiada perlindungan untuk kes bencana alam.

BACA >>> Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long

Bagaimanakah Hendak Dapatkan Perlindungan Bencana Alam?

Jelas Laiyyinah, pemilik perlu menambah perlindungan tambahan, dipanggil peril (perils) ketika memperbaharui cukai jalan. Peril itu pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  • Peril Terhad (limited perils): Hanya berikan perlindungan terhadap tiga jenis bencana alam, iaitu ribut, angin kencang, dan angin ribut.
  • Peril Khas (special perils):Berikan perlindungan terhadap semua bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi, puting-beliung, tanah runtuh dan lain-lain.

Jumlah perlindungan diberikan peril adalah sama seperti jumlah diinsuranskan (sum insured) untuk kenderaan. Misalnya, jika jumlah diinsuranskan RM100,000, maka peril memberikan perlindungan hingga RM100,000. Rasanya semua sedia maklum kenderaan berisiko mengalami rosak penuh (total lost) apabila berlaku bencana alam.

Maknanya, jika berlaku bencana alam, bukan bermakna insurans tidak memberikan perlindungan, tetapi pemilik sendiri yang tidak mengambil insurans tambahan dipanggil peril itu.

Bolehkah Tambah Insurans Peril?

Jika sudah membeli insurans dan masih aktif, tetapi kini mahu menambah perlindungan peril, anda sebenarnya boleh berbuat demikian dengan membawa kenderaan untuk diperiksaan di ibu pejabat insurans atau mana-mana cawangan berdekatan. Selepas lulus diperiksa pihak insurans, barulah boleh menambah polisi perlindungan peril tersebut.

Dahulu, mungkin ramai kalangan kita yang berpendapat insurans peril tidak diperlukan kerana kawasan kediaman kita tidak pernah dilanda sebarang bencana alam. Tambahan lagi Malaysia memang bebas daripada musibah besar seperti gempa bumi, dan puting beliung.

Namun melihat fenomena hujan berterusan di Lembah Klang tempoh hari, nampaknya perlindungan peril dalam insurans adalah sama penting seperti insurans asas. Lebih-lebih lagi, kerosakan disebabkan bencana alam bukan sikit kos diperlukan. Memang boleh menangis tidak berlagu apabila kereta sendiri ditenggelami banjir.

BACA >>> Senyum dalam Hiba, Bezza Baru Beli 3 Bulan Guna KWSP Musnah Dihanyut Banjir
BACA >>> Pemilik Mercedes Ini Guna Cara Paling Jimat, Pintar Selamatkan Keretanya daripada Banjir
BACA >>> Pemanasan Global Punca Ribut Lekukan Tropika, Hujan Lebat Berterusan di Semenanjung

SUMBER: TikTokLaiyyinahmuthalib

banjir Bencana Alam cara selamatkan kereta semasa banjir insuran cover banjir Insurans Bencana Alam insurans bila banjir insurans kereta Peril Perlindungan Insurans perlindungan perils
Farah

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026
Auto Terkini

Chery Serah Tiggo Cross HEV kepada Pemenang Cabutan Bertuah!

25/02/2026
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Terkorban Dihempap ‘Bucket’ Jengkaut

25/02/2026
Auto Terkini

F-16 Turkiye Terbabas Ketika Penerbangan Malam, Juruterbang Terkorban

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.