Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ini Sebab JPJ ‘Sibuk’ Umum Panggil Balik
Auto Terkini

Ini Sebab JPJ ‘Sibuk’ Umum Panggil Balik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK semalam, tular perkongsian Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai usaha panggil balik produk (product recall) yang membabitkan enam jenama automotif di Malaysia, termasuk dua motosikal.

Ada bertanya kenapa JPJ mahu memikul amanah dan tanggungjawab untuk membuat panggil balik kenderaan yang dipercayai bermasalah atau berisiko mengancam keselamatan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain. JPJ dalam perkongsian semalam menjelaskan beberapa perkara penting mengenai panggil balik produk.

Apa Itu ‘Panggil Balik’ (Product Recall)?

Dalam industri automotif, istilah product recall adalah merujuk kepada aktiviti panggil balik  dilakukan pengeluar apabila mengesan isu keselamatan, kecacatan komponen atau sistem kenderaan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pemandu, penumpang atau pengguna jalan raya lain.

JPJ Jadi ‘Supervisor’?

Aktiviti panggil balik kenderaan terjejas di Malaysia dilakukan pengeluar dan perlu dimaklumkan secara bertulis kepada JPJ sebagai pihak berkuasa berdasarkan peraturan Seksyen 66 (1)(pp) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JPJ akan merekodkan dan memantau perkembangan setiap aktiviti tersebut hingga semua unit untuk model kenderaan yang dipanggil balik selesai dibaik pulih.

Kalau Pengeluar Ada di Negara Luar?

Pihak prinsipal pengeluar kenderaan dari negara luar yang membuat notis panggil balik kenderaan juga perlu memaklumkan kepada JPJ jika model tersebut ada di Malaysia.

Maklumat kepada JPJ perlu dibuat wakil pengedar atau wakil pengeluar yang berpusat di Malaysia bagi memastikan model berkenaan dipanggil balik walaupun berada dalam negara.

Macam Mana Nak Tau Ada Recall?

Pengeluar biasanya akan membuat hebahan panggil balik kenderaan bermasalah melalui media massa seperti laman web, laman sosial, surat khabar selain menghubungi sendiri pemilik kenderaan.

Cara menghubungi pemilik kenderaan terlibat adalah menerusi panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat panggilan rasmi dan sebagainya.

Pemilik kenderaan terlibat yang menerima notifikasi panggil balik kenderaan perlu memberikan kerjasama penuh dengan menghantar kenderaan mereka ke pusat servis bertauliah dilantik untuk mendapatkan khidmat dan alat ganti secara percuma.

Kalau Pengguna Tak Nak Peduli?

Sikap tidak mempedulikan notis atau peringatan panggil balik akan meningkatkan risiko keselamatan kerana komponen kenderaan yang sepatutnya diganti mungkin mengalami kegagalan fungsi.

Ini mungkin menyebabkan komponen lain rosak, sekali gus meningkatkan lagi risiko seperti kenderaan hilang kawalan, kemalangan dan sebagainya.

Kempen panggil balik (diumumkan JPJ) masih lagi berterusan, dan pengeluar juga masih aktif menghubungi pemilik kenderaan terlibat untuk tujuan penukaran alat ganti secara PERCUMA.

Pemilik yang belum menghantar kenderaan untuk menukar alat ganti secara percuma mesti bertindak segera kerana kelalaian boleh menyebabkan risiko keselamatan ke atas diri dan juga orang tersayang.

JPJ berkata;

Untuk memastikan aktiviti product recall pihak pengeluar kenderaan mencapai sasaran ditetapkan, JPJ berbesar hati untuk membantu menjayakan aktiviti ini melalui hebahan di laman sosial dan juga di portal rasmi JPJ.

“Hebahan ini bertujuan bagi menarik perhatian umum, terutama pemilik kenderaan terlibat supaya segera menghubungi wakil pengedar sah.”

Kenapa Tiba-Tiba JPJ Umum Recall?

Jawapan JPJ;

Inisiatif dilaksanakan JPJ selaras hasrat Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Zailani Hashim melalui ucapan dasar dalam mesyuarat dua hala antara JPJ Malaysia dan juga delegasi Jepun yang terdiri daripada wakil Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan & Pelancongan (MLIT), Makmal Alam Sekitar dan Keselamatan Lalu Luntas Kebangsaan (NTSEL) serta Pusat  Antarabangsa Standard Automobil Japan (JASIC) pada 1 Mac lalu.

“Ia menekankan aktiviti menanda aras aktiviti panggil alif produk seperti dilaksanakan Jepun dengan menghebahkan aktiviti itu melalui laman web rasmi dan juga media massa.”

autoterkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kempen Panggil Balik Recall
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.