• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / India Lancar Suzuki Gixxer 155 Baharu, RM6,010

India Lancar Suzuki Gixxer 155 Baharu, RM6,010

July 12, 2019 By Aryon Leave a Comment

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI melancarkan Gixxer 155 di India pada harga 100,212 rupee (RM6,010), meningkat kira-kira 12,000 rupee (RM720) daripada model terdahulu.

Streetbike baharu ini menampilkan kemas kini kosmetik major untuk rupa lebih agresif dan moden. Lampu utama direka semula dan tangki minyak lebih bersegi untuk penampilan lebih segar. Bahagian belakang diberikan gaya sama seperti saudaranya versi fairing penuh, Gixxer SF 155, iaitu pelana terpisah dan seksyen ekor langsing.

BACA >>> India Lancar Suzuki Gixxer SF 155 (2019), Harga RM6,500

Gixxer 155 turut diberikan ciri LED pada lampu depan dan belakang langsing, manakala kluster instrumen latar jingga digantikan dengan latar putih.

Masih dikuasakan enjin sama 155cc SOHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI), Gixxer 155 mampu meledakkan kuasa 13.9hp dan tork 14Nm. Suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Sistem henti pula dikawal brek cakera untuk kedua-dua roda dengan ABS saluran tunggal sebagai ciri standard.

Ada tiga warna pilihan ditawarkan Gixxer 155, iaitu metallic sonic silver dan glass sparkle black, glass sparkle black dengan metallic triton blue, dan glass sparkle black.

Di pasaran India, Gixxer 155 akan berentap dengan Honda CB Hornet 160R, Yamaha FZ-S V3.0 dan TVS Apache RTR 1604V. Di Malaysia pula, Suzuki pula lebih selesa duduk di dalam kubur.

BACA >>> Suzuki Lancar Gixxer SF 250 (2019) Serba Baharu di India, Harga RM10,100

GALERI

Artikel Berkaitan

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: India, roda2, sportbike, Suzuki, suzuki gixxer, Suzuki Gixxer 155, Suzuki India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
    7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my