• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Lancar Gixxer SF 250 (2019) Serba Baharu di India, Harga RM10,100

Suzuki Lancar Gixxer SF 250 (2019) Serba Baharu di India, Harga RM10,100

May 21, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SERENTAK pelancaran sportbike aras mula, Gixxer SF 155 (2019), Suzuki Motorcycle India turut memperkenalkan model serba baharu Gixxer SF 250 sebagai tambahan kepada siri Gixxer sedia ada, dan dijual pada harga Rs1.70 lakh (RM10,100). Model ini dijangka merancakkan lagi pasaran sportbike suku liter di pasaran negara Asia Selatan itu.

Sama seperti model adik, Gixxer SF 250 ialah sportbike fairing penuh yang tampil dengan bahasa rekabentuk bersegi dan tajam, tetapi pada masa sama mengetengah elemen 'aliran lancar' pada bahagian fairing. Motosikal ini turut menampilkan ciri tipikal Gixxer, iaitu pelana terpisah, bar hendal clip-on, dan ekzos dwi-barel dengan kemasan krom.

BACA >>> Bocor Foto Rasmi Suzuki Gixxer SF 250 (2019)

suzuki-gixxer-sf-250-india-2019-11
suzuki-gixxer-sf-250-india-2019-10
suzuki-gixxer-sf-250-india-2019-15

Juga dilengkapkan rel genggam terpisah, lampu utama LED, lampu belakang LED dan panel instrumen digital penuh. Trenkuasa dijana enjin 4-injap silinder tunggal 249cc SOHC penyejukan minyak berkuasa 26.1hp @ 9,000rpm dan tork 22.6Nm @ 7,500rpm. Sistem transmisi menggunakan kotak gear sirat malar klac manual 6-kelajuan bersama penjimatan bahan api 38.5km per liter.

Sistem suspensi dipasangkan fork teleskopik di depan dan monoshock pautan swingarm di belakang. Bahagian roda menggunakan rim aloi 5 jejari 17 inci dengan tayar 110/70 di depan dan 150/60 di belakang. Kuasa henti digalas brek cakera di roda depan dan belakang dengan ABS dual-saluran.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Raider Ini Mampu Pecut Lebih 150kmj, Kos Belanja Cecah RM18k!

Suzuki menawarkan dua pilihan warna untuk Gixxer SF 250, Metallic Matte Platinum Silver (perak) dan Metallic Matte Black (hitam). Atas kertas, model ini akan berentap dengan KTM RC 200 dan Honda CBR250R.

GALERI

KREDIT FOTO: IndianAutosBlog

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki, suzuki gixxer, Suzuki Gixxer SF 250 (2019), Suzuki India, Suzuki Motorcycle India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my