Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Iklan Motosikal [Siri 2]: Dekad 1950-an dan Milenia yang Penuh Kreativiti, Keberanian
Autotainment

Iklan Motosikal [Siri 2]: Dekad 1950-an dan Milenia yang Penuh Kreativiti, Keberanian

ZYBy ZY02/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGIKLANAN motosikal era 1920-1940-an lebih banyak menumpukan kepada konsep seni artistik dan penuh simbolik yang menggambarkan motosikal sebagai jentera berkuasa dan serba lasak.

Bagaimanapun, dekad 1950-an hingga hari ini menyaksikan permulaan medium pengiklanan baharu  yang bukan hanya media cetak, tetapi media elektronik dengan visual bergerak. Malah pengiklanan masa kini menjadi semakin kreatif dan sofistikated dengan kehadiran Internet dan teknologi peranti mobil yang memudahkan pengguna mendapat akses maklumat pantas.

Namun, poster bergambar kekal menjadi sesuatu yang ikonik dan seakan menjadi satu kemestian buat pengeluar motosikal sedunia. Jika anda belum lihat artikel Siri 1, sila klik pautan di bawah ini dahulu:

BACA >>> Iklan Motosikal [Siri 1]: Evolusi 100 Tahun Seni Poster yang Unik dan Artistik

ERA 1950-AN

Walaupun penggunaan media baharu seperti radio dan televisyen mula meluas, poster dan media cetak masih memainkan peranan penting sebagai medium pengiklanan pada era 1950-an.

Pengeluar motosikal di Amerika Syarikat (AS) khususnya, selepas tamat Perang Dunia Kedua (WWII), gemar menampilkan imej dan gaya hidup Amerika yang optimistik. Ini boleh dilihat pada penampilan model wanita dan lelaki yang ceria dengan berlatarbelakangkan suasana moden dan menyeronokkan.


ERA 1960-AN

Fenomena baby-boomers (kelahiran bayi besar-besaran), bermula 1946 selepas berakhir WWII, membawa kepada kebanjiran anak-anak muda generasi baharu, khusunya pertengahan dan penghujung era 1960-an.

Budaya hippies yang diperkenalkan anak muda era tersebut, turut mempengaruhi pengiklan. Misalnya, poster BMW di bawah ini menampilkan tema kegembiraan ‘happy for a lifetime’ (gembira sepanjang hayat) ialah contoh paling sempurna.


ERA 1970-AN

Pengeluar motosikal era 1970-an pula tampil semakin berani dalam mengiklankan produk masing-masing. Kali ini menggunakan wanita (biasanya cantik dan seksi, atau kalangan selebriti terkenal) dengan teks besar dan menarik perhatian.

* Kebanyakan imej wanita di bawah terpaksa dihitamkan kerana tidak sesuai untuk tontonan umum 🙂


ERA 1980-AN

Ilustrasi menarik dan teks utama yang kuat menjadi daya penarik pengiklanan era 1980-an. Testimonial dan kelebihan produk itu sendiri diberikan lebih perhatian, sesuai dengan sasaran demografik yang lebih matang dan turut dipengaruhi perkembangan sukan permotoran pada masa itu.

BACA >>> Thierry Henry Kembali dalam Iklan TV Renault untuk Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19


ERA 1990-AN HINGGA MILENIA (2000-AN)

Kelebihan dari segi emosi menunggang masih penting bagi pengiklan penghujung abad ke-20. Industri motosikal dan automotif dekad ini lebih menumpukan kepada keperluan perhubungan atau komunikasi dengan pengguna secara lebih intim dan relevan. Ini kerana pengguna masa kini menganggap iklan sebagai sesuatu yang cuba dielakkan.

Pada masa sama, pengiklanan motosikal menerusi media cetak dan TV perlu bersaing dengan Internet, yang memberikan saingan bukan saja kepada pengiklanan tradisional, tetapi komunikasi semua peringkat.


Bilakah kali terakhir anda lihat poster iklan motosikal?

SUMBER: HalleyAccesories

autotainment Iklan Motosikal Iklan Motosikal [Siri 2] Poster Iklan Motosikal Poster Motosikal roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
KTM 390 Duke | Jepun
Roda2

KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.