Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan
Auto Terkini

iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

SyafieBy Syafie17/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

iCAUR Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting apabila 1,800 unit iCAUR kini berada atas jalan raya Malaysia, sekali gus mencerminkan permintaan kukuh terhadap jenama itu dalam segmen kenderaan tenaga baharu (NEV).

Pencapaian tersebut didorong populariti model seperti iCAUR 03 dan iCAUR V23 yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna tempatan.

Prestasi Kukuh dalam Pasaran EV

Pada Februari 2026, iCAUR V23 muncul sebagai kenderaan elektrik (EV) ketiga paling laris Malaysia dengan 179 pendaftaran, manakala iCAUR 03 berada di kedudukan ketujuh dalam kalangan semua model EV negara ini.

Sebelum ini, iCAUR 03 turut mencatat prestasi memberangsangkan apabila menjadi model EV ke-14 paling laris Malaysia pada 2025, dengan 836 unit didaftarkan dalam tempoh empat bulan pertama jualan.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin berkata, pencapaian tersebut mencerminkan hubungan kuat antara jenama itu dan pelanggan yang menghargai rekabentuk unik serta pengalaman pemilikan lebih ekspresif.

Pelancaran Kelab Pemilik iCAUR Malaysia

Bagi meraikan pencapaian tersebut, iCAUR Malaysia menganjurkan Sesi Penyerahan 1,800 (1,800 Handover Session) yang menghimpunkan pemilik iCAUR untuk meraikan kejayaan tersebut dan menyambut pemilik ke-1,800.

Pada masa sama, jenama itu turut melancarkan Kelab Pemilik iCAUR Malaysia (iCAUR Malaysia Owners Club) sebagai komuniti rasmi pertama bagi pemilik kenderaan iCAUR negara ini.

Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia, Daniel Lai berkata, kelab tersebut diwujudkan bagi memberi peluang kepada pemilik berhubung, berkongsi pengalaman dan membina komuniti lebih erat.

Komuniti, Budaya ‘Born to Play’

Kelab Pemilik iCAUR Malaysia akan menumpukan kepada dua teras utama iaitu:

  • Perjalanan Pengubahsuaian (Customisation Journey): Pemilik boleh berkongsi idea dan menampilkan modifikasi kenderaan masing-masing
  • Pembangunan Komuniti (Community Building): aktiviti pertemuan, rangkaian dan pengalaman gaya hidup bersama

Sejak pelancaran pada September 2025, iCAUR 03 sudah memperkenalkan konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik advencer  jalan lasak, manakala iCAUR V23 yang diperkenalkan pada November 2025 membawa gaya rekaan retro ilham ikon klasik 4×4.

Perkembangan itu terus mengukuhkan kedudukan iCAUR sebagai jenama yang menumpukan kepada EV berorientasi advencer dengan gaya unik dan personaliti tersendiri.

Auto Terkini iCAUR 03 iCAUR Malaysia iCAUR V23 Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.