Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Tucson 1.6L Turbo, Enjin Kompak Kuasa Besar (176hp, 265Nm)
Roda4

Hyundai Tucson 1.6L Turbo, Enjin Kompak Kuasa Besar (176hp, 265Nm)

Abang HirataBy Abang Hirata18/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TREND industri automotif tempatan kini bolehlah dianggap sebagai musim turbo. Selepas satu pelancaran ke satu pelancaran, kini tiba giliran Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan varian baharu Hyundai Tucson berenjin 1.6L Turbo GDI (T-GDI).

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu dipasarkan pada harga RM145,588 (atas jalan tanpa insurans). Walaupun harga ditawarkan menyamai angka pesaing lain seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail, tetapi SUV buatan Korea itu didatangkan dengan spesifikasi tinggi.

Lebih menarik, saiz enjin Tucson adalah lebih kurang Proton Prevé. Sebagai makluman, ranking enjin paling kecil masih lagi dipegang Volkswagen Tiguan dengan enjin 1.4L TSI. Tidak lama lagi, Honda pula akan melancarkan CR-V baharu bersesaran 1.5L Turbo, sama seperti Civic.

Berikut ialah butiran mengenai Hyundai Tucson 1.6 T-GDI:

Nadi Kuasa
  • Enjin 1.6L Turbo GDI – 176hp @ 5,500rpm dan tork 265Nm (1,500 – 4,500rpm).
  • Transmisi klac berkembar 7-kelajuan (7DCT).
  • Berbanding transmisi variabel berterusan (CVT), DCT mampu menahan lebih tujahan hanya dengan sedikit gangguan kuasa dan memberikan rasa pemanduan lebih natural.
Luaran
  • Direka berasaskan konsep Arca Bendalir (Fluidic Sculpture) Hyundai 2.0 dengan penampilan atletik dan menyerlah.
  • Gril depan heksagon Hyundai bersambung dengan lampu utama.
  • Lampu utama dengan penunjuk LED dan lampu belokan statik.
  • Rim aloi rekabentuk baharu.
  • Rim aloi 19-inci – opsyen.
  • Pintu but pintar.
Struktur Badan dan Sistem Keselamatan
  • 51 peratus struktur badan diperbuat daripada keluli kekuatan ultra tinggi.
  • Sistem Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM).
  • Kawalan Bantuan Turun Bukit (DAC).
  • Kawalan Brek Turun Bukit (DBC).
  • Kawalan Brek Elektronik (EBC).
  • Pegang Kenderaan Automatik (Automatic Vehicle Hold – AVH).
  • 6-beg udara.
Dalaman
  • Kemasan baru dengan material lembut sentuh (soft touch) pada beberapa poin utama.
  • Tombol kawalan mesra sentuhan.
  • Opsyen – Kerusi dan panel pintu balutan kulit dua tona (merah atau putih)
Servis dan Waranti
  • 5 tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Servis percuma hingga 50,000km (sah hingga tiga tahun)
  • Bantuan jalanan 24 jam.

Tidak berhenti setakat Tucson T-GDI, HSDM juga bakal melancarkan varian Tucson lain dalam beberapa bulan akan datang. Menariknya, Tucson ialah SUV segmen-C keluaran Hyundai paling laris dengan jualan global mencecah 238,951 unit pada tahun lalu – 2016, di mana angka tersebut meningkat 9.75 peratus berbanding tahun sebelumnya.

hyundai Hyundai Tucson Hyundai Tucson 1.6 T-GDI Hyundai-Sime Darby Motors Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.