Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Hyundai Perkenal Konsep Kokpit Virtual dengan Stereng Skrin Sentuh 3D
Autotainment

Hyundai Perkenal Konsep Kokpit Virtual dengan Stereng Skrin Sentuh 3D

Han OthmanBy Han Othman04/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI kereta sentiasa meningkat saban tahun menjadi semakin moden dan Hyundai tidak terkecuali dalam melakukan inovasi baharu tentang konsep kabin futuristik untuk kereta masa depan.

Seperti apa dapat kita lihat pada konsep kokpit virtual berasaskan i30 ini yang berubah sepenuhnya. Perubahan paling ketara ialah inovasi stereng serba baharu yang menggantikan butang tradisional dan suis rocker dengan dua paparan skrin sentuh.

Direka untuk meminimumkan susun atur stereng yang terlalu kompleks, paparan skrin sentuh itu boleh dikustomkan dan pemandu boleh memilih jenis ikon dimahukan mengikut keperluan. Misalnya, kawalan volum hingga opsyen unik seperti capaian pantas untuk mengaktifkan sistem navigasi.

BACA >>> Hyundai i30 Fastback N – Satu Lagi Magis Hyundai

KOKPIT VIRTUAL HYUNDAI

Skrin paparan pada stereng memiliki modul aktuator yang mampu memberikan maklum balas sentuhan yang kuat dan lebih konsisten. Hyundai menerusi konsep i30 ini turut memperkenalkan kluster instrumen digital dengan ciri paparan berbilang lapis (multilayer), terdiri daripada dua paparan berbeza yang saling berhubungan. Misalnya, perubahan warna latar meter yang ditukar menerusi skrin paparan di konsol tengah dapat dilihat hasilnya terus pada kluster instrumen digital.

Ia juga membolehkan kluster memaparkan grafik 3D realistik yang menurut Hyundai mampu berfungsi sebagai pengingat kepada pemandu tentang maklumat penting seperti had laju.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

Sistem infotainment juga dinaik taraf dengan memuatkan modul sentuhan dan perisian baharu yang dapat dihubungkan kepada kluster instrumen digital dan kawalan stereng. Ini membuatkan pengalaman menggunakan paparan berbilang lapis lebih menyeronokkan dan pantas.

MESRA PENGGUNA, KURANG BAHAYA

Walaupun tiada jaminan Hyundai akan memperkenalkan teknologi ini dalam masa terdekat, tetapi pengeluar automotif Korea itu baru-baru ini menjalankan kajian tentang gangguan terhadap pemandu bagi mengenal pasti keberkesanan dan keselamatan ciri baharu tersebut.

Menurut Hyundai, ujian itu menunjukkan hasil positif dengan tahap gangguan rendah seperti ditetapkan persatuan keselamatan kenderaan bermotor antarabangsa seperti Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA). Malah dalam situasi lebih kritikal, pemandu didapati cuma mengalami gangguan kecil.

BACA >>> Kajian: Ramai Pemandu Silap dan Keliru Tentang Simbol Teknologi Moden Kereta

SUMBER: CarScoops

autotainment hyundai Hyundai i30 Kokpit Virtual Hyundai Konsep Dalaman Hyundai i30 PENTADBIRAN Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) teknologi teknologi kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.