Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Kona EV – Cas Penuh Mampu Jelajah 300-500km
Roda4

Hyundai Kona EV – Cas Penuh Mampu Jelajah 300-500km

Han OthmanBy Han Othman28/02/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Kona Elektrik diperkenalkan secara rasmi, sekali gus menambah senarai baharu barisan kenderaan elektrik (EV) keluaran pengeluar automotif dari Korea itu, seperti Ioniq EV.

Kona EV ditawarkan dalam versi pek bateri standard dan besar. Pek bateri standard berkuasa 39.2 kWh yang dipadankan motor elektrik 133hp dengan jarak pemanduan hingga 300km. Pecutan 0-100kmj adalah sepantas 9.3 saat, manakala kelajuan maksimum 167kmj.

Tempoh mengecas daripada kapasiti sifar hingga 80 peratus adalah kira-kira 54 minit, menggunakan pengecas arus terus (DC) pantas. Cas penuh menggunakan kuasa arus ulang alik (AC) mengambil masa 6 jam dan 10 minit.

CAS PANTAS DALAM SEJAM

Versi jarak jauh Kona EV memuatkan pek bateri 64kW dengan motor elektrik 201hp untuk jarak memandu maksimum sejauh 470km. Pecutan 0-100kmj dibuat 7.6 saat dan kelajuan maksimum mencapai 167kmj. Tempoh mengecas juga sama, iaitu 54 minit untuk memenuhkan kapasiti bateri daripada sifar hingga 80 peratus, menggunakan pengecas pantas DC. Cas standard (AC) pula mengambil masa lebih lama, iaitu 9 jam dan 40 minit.

Ciri lain berkaitan trenkuasa Kona Elektrik adalah termasuk sistem brek regeneratif, yakni intensiti yang dapat dilaraskan menggunakan pedal syif di sebalik stereng, dan pemilih gear shift-by-wire yang membolehkan pemandu menukar mod pacuan dengan menekan butang pada konsol tengah. Kluster tolok digital 7-inci berfungsi memaparkan maklumat relevan berhubung keadaan bateri dan motor kepada pemandu,  dan dibekalkan bersama paparan dongak standard.

SMARTSENSE – CIRI STANDARD

Kemasan dalaman menawarkan pilihan upholsteri fabrik hitam dan kulit, atau kulit asli. Standard kerusi depan daripada jenis elektrik boleh laras 8-tetapan dengan 2-tetapan lumbar dan 3-tahap pemanasan termasuk ventilasi.

Sistem audio berjenama Krell dengan 8 pembesar suara, juga ciri standard, manakala roda stereng boleh panas sebagai opsyen. Paling menarik perhatian sudah tentu ciri keselamatan termaju Hyundai, SmartSense yang juga diberikan sebagai standard, terdiri daripada kawalan jelajah dengan kawalan kelajuan adaptif pintar, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki, Amaran Tukar Lorong (LDW), pengesan titik buta (BSD), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan beberapa ciri lain.

Harga dan butiran lain Hyundai Kona EV akan diumumkan dalam masa terdekat. Hyundai juga tidak mendedahkan bilakah tarikh jualan bermula. Kami menjangka pada lewat tahun ini.

GALERI
EV hyundai Hyundai Kona Hyundai Kona Elektrik Hyundai Kona EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.