Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai IONIQ 6 (2023) lancar di Malaysia, Harga Mula RM289,888
Roda4

Hyundai IONIQ 6 (2023) lancar di Malaysia, Harga Mula RM289,888

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/07/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan kereta elektrik baharu paling aerodinamik, Hyundai IONIQ 6 (2023) untuk pasaran Malaysia.

Ada dua varian ditawarkan, iaitu:

  • Hyundai IONIQ 6 Max RWD – RM289,888
  • Hyundai IONIQ 6 Max AWD – RM319,888

Perbezaan ketara dua varian tersebut adalah bilangan motor, yang mana varian Max RWD hanya menerima motor tunggal, sebaliknya Max AWD mendapat motor kembar.

Kedua-dua varian menerima bateri litium-ion polimer berkapasiti 77.4kW yang mampu mencatatkan jarak perjalanan hingga 614km (Max RWD) dan 519km (Max AWD).

Dari segi prestasi motor elektrik, varian Max AWD dengan motor kembar menghasilkan output 239kW (320hp) dan tork 605Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.1 saat. Motor tunggal pada Max RWD pula menghasilkan output kuasa 168kW (225hp) dan tork 350Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 7.4 saat.

Operasi pengecasan pula, kedua-dua varian boleh dicas menggunakan pengecas Type 2 (AC) dan CCS2 (DC). Pengecas AC (11kW) mengambil masa 7.1 jam, manakala DC (350kW) mengambil masa 18 minit.

Luaran

Dinobat sebagai Kereta Terbaik (WCOTY) 2023, Hyundai IONIQ 6 (2023) hadir dengan ciri:

  • Lampu projektor LED kembar dengan Sistem Lampu Depan Pintar (Intelligent Front-Lighting System).
  • Lampu LED piksel parametrik (parametric pixel LED).
  • Lampu siang (DRL) LED.
  • Spoiler belakang dengan lampu brek
  • Lampu kabus belakang
  • Bumbung suria
  • Rim aloi Performance wheels’20 inci (Max AWD)
  • Rim aloi Aero wheels 19 inci

Dalaman

Ruang kabin berbentuk kokun atau bujur memberikan sudut pandang baik buat pemandu. Bahagian dalaman terdiri daripada:

  • Kerusi kulit
  • Kerusi kuasa untuk penumpang depan
  • Lampu ambien 64 warna
  • Kluster instrumen 12.3 inci
  • Penyaman udara dwi-zon
  • Unit infotainmet 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • 8 pembesar suara dengan sistem bunyi Bose
  • Vehicle to load (V2L) @ 3.6kW
  • Punat tekan mula (push start)
  • Pedal syif (brek regeneratif)
  • Paparan dongak (HUD)
  • Pengecas wayarles
  • 5 port USB (1 x USB Type-A, 4 x USB Type-C)

Warna

Ada lima warna pilihan ditawarkan:

  • Abyss Black Pearl
  • Nocturne Gray Matte
  • Biophilic Blue Pearl
  • Dive Blue Solid
  • Gravity Gold Matte

Ciri Keselamatan

Dari segi keselamatan, Hyundai IONIQ 6 (2023) mendapat penarafan 5 bintang Euro NCAP yang hadir dengan ciri 7 beg udara, dan sistem keselamatan aktif, Hyundai SmartSense sebagai standard.

Harga dan Waranti

Hyundai IONIQ 6 (2023) dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM289,888 untuk Max RWD, dan RM319,888 untuk Max AWD.

Setiap pembelian diberikan pakej waranti bateri 8 tahun atau 160,000km. Dengan tambahan RM10,000, waranti dapat ditambah kepada 5 tahun atau 100,000km. Servis percuma 3 tahun atau 50,000km.

BACA >>> Ini Cara Teknologi Lampu Pintar Hyundai IONIQ 6 Berfungsi, Tak Silaukan Pemandu Depan!
BACA >>> Hyundai IONIQ 5 Bangunkan Sistem Roda Boleh Gerak Sisi Macam Ketam?

Hyundai IOINQ 6 2023
Hyundai IOINQ 6 2023
EV Hyundai Ioniq 6 (2023) Hyundai SmartSense Hyundai-Sime Darby Motors Kenderaan Elektrik (EV) Roda4
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.