Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Hyundai Elantra (2019) Gaya Baharu Dilancarkan, Harga RM109,888
Roda4

Hyundai Elantra (2019) Gaya Baharu Dilancarkan, Harga RM109,888

Han OthmanBy Han Othman19/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Sime Darby Motors (HSDM) secara rasmi melancarkan Elantra versi dipertingkat (facelift) dengan rekabentuk luaran baharu dan dalaman diperhalusi pada harga RM109,888, atas jalan tanpa insurans untuk varian 2.0L Executive.

Elantra kekal sebagai model paling laris HSDM sejak 2012 dan pelancaran sedan kompak facelift ini diharapkan dapat menguatkan status model tersebut dalam pasaran segmen-C di Malaysia.

BACA >>> Hyundai Elantra (2019) Kini dengan Wajah Diperbaharui dan Ciri Keselamatan Ekstra

LUARAN LEBIH SEGAR

Elantra (2019) baharu memiliki dimensi panjang 4,620mm, lebih panjang 70mm berbanding model terdahulu, dengan jarak roda kekal sama.

Penampilan paling menonjol ialah unit lampu utama segitiga, lampu belakang berserta lampu kabus dan gril radiator baharu. Naik taraf lain ialah bampar belakang dua tona, dan plat nombor diposisikan semula yang diubah ke bawah bampar. Juga rim aloi dwi tona 17 inci dan kemasan krom untuk penampilan lebih superior.

Ruang kabin disegarkan dengan rekaan kluster meter sporty, roda stereng multifungsi dengan butang kawalan, kerusi kulit serba hitam dan papan pemuka dengan material lembut.

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Elantra 2.0 Executive (2017) – Pemanduan Penuh Gaya dan Bersahaja

ENJIN KEKAL SAMA

Trenkuasa Elantra (2019) masih mengekalkan enjin Nu 2.0L MPI berkuasa 150hp @ 6200rpm dan tork 192Nm @ 4000rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Sedan ini turut memperkenalkan sistem mod pacuan pintar, Smart  yang mampu mengenal pasti gaya pemanduan pemandu sebelum menukarnya secara automatik kepada sama ada mod Normal atau Sport, selain mod Eco sebagai standard untuk pemanduan menjimatkan.

Ciri keselamatan standard dilengkapkan dengan 6 beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Sistem Bantuan Brek (BAS), Kawalan Traksi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Brek Turun Bukit (DBC), dan Bantuan Daki Bukit (HAC).

MODEN DAN TERKINI

Juga dilengkapkan ciri kereta moden masa kini seperti Sistem Bantuan Parkir Belakang (RPAS),  kamera pandang belakang dengan Panduan Parkir Dinamik (DPG), dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) serta kunci pintar dengan punat penghidup tekan (start-stop).

Sistem infotainmen memuatkan skrin sentuh LCD 7 inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Juga fungsi konektiviti auksiliari, USB, Blueetooth dengan pengecaman suara..

BACA >>>Hyundai Siar Video Acah Venue (2020), CUV Baharu yang Lebih Kompak dan Trendy

Elantra (2020) ditawarkan dalam lima pilihan warna: Phantom Black (hitam), Fiery Red (merah), Teal Blue (biru), Fluid Metal (perak) dan Polar White (putih). Setiap pembelian dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 300,000km, mana satu tiba dahulu, termasuk bantuan jalanan 24 jam.

GALERI
hyundai Hyundai Elantra (2019) Facelift Hyundai-Sime Darby Motors Roda4 Sedan sedan segmen-C Segmen C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

29/05/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

26/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

25/05/2026
Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie30/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.