Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!
Auto Terkini

Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!

Azizi HBy Azizi H23/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-baru ini tular insiden pemandu Perodua Myvi melanggar Honda Accord hingga menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Johor Bahru. Tertuduh, wanita berusia 23 tahun, dikenakan hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah di mahkamah.

Namun, ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah kerana menganggap tidak setimpal dengan perbuatan dilakukan. Lebih-lebih lagi pesalah memandu di bawah pengaruh dadah, tanpa lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

BACA >>> Myvi Langgar Accord: Kena Penjara 6 Tahun, Denda RM8,000!

Reaksi orang ramai itu mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang tampil mengemas kini status terbaharu Rang Undang-Undang (RUU) jalan raya terbaharu yang baru saja dikuatkuasakan minggu ini dengan pindaan hukuman lebih ketat.

Berikut intipati yang kami petik dan ringkaskan daripada status Facebook beliau pada 16 Oktober lalu:

  1. RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 sudah diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Ogos 2020 dan Dewan Negara pada 22 September 2020.
  2. Setiap RUU yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu dapat perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan Parlimen sebelum boleh diwartakan.
  3. RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 mendapat perkenan DYMM YDPA pada 15 Oktober 2020 dan akan diwartakan minggu depan (~22 Oktober 2020) untuk menjadi sebahagian undang-undang.
  4. Perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan;
    • “Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.”
    • Maka, pihak pendakwaraya dan mahkamah hanya boleh mengguna pakai Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang belum dipinda bagi kes pemandu Myvi.
  5. Seksyen 41 dipinda, iaitu kesalahan menyebabkan KEMATIAN kerana memandu melulu atau membahayakan.
  6. Hukuman sedia ada:
    • Penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 10 tahun.
    • Denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
    • Hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang 3 tahun.
  7. DIPINDA kepada:
    • Penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 10 tahun.
    • Denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM 50,000.
    • Hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang 5 tahun (untuk sabitan pertama).
  8. Seksyen 44 dipinda, iaitu kesalahan menyebabkan KEMATIAN kerana memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.
  9. Hukuman sedia ada:
    • Penjara tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun.
    • Denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000.
    • Hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang 5 tahun.
  10. DIPINDA kepada:
    • Penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun.
    • Denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000 (untuk sabitan pertama).
    • Hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang 10 tahun.
  11. Kenapa hukuman lebih ringan untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah di bawah Seksyen 45 (selepas pindaan)? Pesalah cuma didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000, dan dipenjara tidak lebih 2 tahun? Kenapa hukuman lebih ringan daripada kesalahan memandu melulu di bawah Seksyen 41?
  12. JAWAPAN: Kedua-dua seksyen melibatkan situasi berbeza. Seksyen 45 tidak melibatkan kematian atau kecederaan. Jika berlaku kematian atau kecederaan disebabkan pemandu di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah, Seksyen 44 boleh diguna pakai. Ini diputuskan pihak pendakwaraya mengikut pertuduhan yang sesuai mengikut fakta kes masing-masing.

Wee menegaskan, Kementerian Pengangkutan memandang serius isu keselamatan melibatkan sikap pemandu yang memandu secara melulu, dan di bawah pengaruh minuman memabukkan atau dadah hingga menyebabkan kemalangan jalan raya sampai mencederakan atau meragut nyawa mangsa.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut merayu pemandu supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah, serta meminta menghargai nyawa dan keselamatan diri, terutama pengguna jalan raya lain.

Teks penuh status Wee boleh dibaca di bawah ini:

SUMBER : Facebook Wee Ka Siong

Auto Terkini Datuk Seri Dr Wee Ka Siong RUU Pengangkutan Jalan Undang-Undang Jalan Raya
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.