Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!
Roda4

HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!

ShawkathBy Shawkath09/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model kenderaan utiliti crossover (CUV) elektrik penuh IONIQ 5 iaitu model kedua selepas Kona Electric pada tahun lalu.

Ada tiga varian diperkenalkan iaitu Lite, Plus dan Max sebagai usaha memperhalusi gaya hidup mobiliti elektrik di Malaysia. Berikut ialah perinciannya:

HARGA

  • IONIQ 5 Lite: RM199,888 (58.2kWh)
  • IONIQ 5 Plus: RM229,888 (58.2kWh)
  • IONIQ 5 Max: RM259,888 (72.6kWh)

Harga itu ialah harga atas jalan tanpa insurans dan termasuk pelepasan cukai import dan eksais, cukai jualan dan cukai jalan seperti yang diumumkan menerusi Bajet 2022.

BACA >>> Pemilik EV di Austria Boleh Pandu Laju Tanpa Perlu Risau Kena Saman

PERINCIAN

  • Semua varian menawarkan jarak pemanduan luaar biasa sehingga 481km, pengecasan pantas dan halaju sehinggan 185kmj.
  • Varian IONIQ 5 Lite dan Plus menggunakan sistem pacuan dua roda (2WD) dengan pek bateri 58kWh
  • Versi Max pula dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dengan pek bateri 72.6kWh.
  • Dibina menggunakan arkitektur Platform Modular Elektrik Global Hyundai (E-GMP) untuk Kenderaan Kuasa Bateri.

BACA >>> Askar UK, Australia Uji Motosikal Elektrik Sur-Ron Light Bee X Sebagai Aset Tentera

  • Menyokong sistem pengecasan pantas 400V dan 800V. Platform itu menawarkan keupayaan pengecasan pantas 800V sebagai ciri standard dan 400V yang tidak memerlukan komponen atau adapter tambahan
  • Alat pengecas 50kW DC membolehkan bateri IONIQ 5 dikuasakan semula dari 10 peratus kepada 80 peratus dalam tempoh 47 minit.
  • Jika guna alat pengecas standard 11kW AC di kediaman, masa diperlukan untuk bateri dikuasakan 100 peratus dari 0 peratus ialah 6.1 jam.
  • IONIQ 5 menawarkan rekaan ruang kabin inovatif bertema Living Space dan menggunakan banyak material binaan mesra alam.
  • Ada ciri Vehicle-to-Load (V2L) yang mampu membekalkan kuasa sehingga 3.6kW. Maksudnya, anda boleh gunakan soket 3-pin yang dipasang dalam IONIQ 5 untuk mengaktifkan barangan atau pekakas elektrik atau membantu mengecas kenderaan EV lain termasuk motosikal EV yang kehabisan kuasa.

  • Ada beberapa ciri sambungan termaju dan bantuan pemandu yang akan menambah baik pengalaman pemanduan selain meningkatkan aspek keselamatan.
  • Rekabentuk futuristik yang melangkaui industri. Menggunakan bonet tiram (clamshell) pertama Hyundai bagi mengurangkan ruang kecil antara panel dan meningkatkan aerodinamik kenderaan.
  • Bampar depan bentuk ‘V’ dengan ciri lampu siang (DRL) LED.
  • Ada aksen piksel kecil pada belakang kenderaan.
  • Rekabentuk depan dan belakang nampak seperti disepadukan menerusi pintu kenderaan. (rekaan Parametric Dynamics Hyundai)
  • Hendal pintu jenis auto flush untuk imej sisi lebih kemas dan bersih, selain menambah baik aspek aerodinamik.
  • Pilar-C (belakang) lebih lebar dan besar seperti digunakan model konsep Hyundai 45 EV.
  • Trenkuasa boleh dihidupkan menggunakan alat kawalan jauh, menyejukkan sebelum pemilik masuk ke dalam kabin.

Tempahan IONIQ 5 boleh dibuat menerusi platform atas talian Cl!ck to Buy  atau melawat mana-mana bilik pameran rasmi Hyundai. Pelanggan juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Hyundai: 1300-13-2000 atau melayari laman web www.hyundai.com.my untuk maklumat lanjut.

JAMINAN DAN PAKEJ TAMBAHAN

Semua varian diberi jaminan pengilang standard selama 2 tahun atau 50,000km (mana-mana tiba dulu). Jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 160,000km (mana-mana tiba dulu).

Pakej opsyen yang ditawarkan kepada pelanggan dan anda boleh memilih lebih satu pakej mengikut kesesuaian.

  • Lanjutan waranti dan pakej servis: RM10,000.
    • Pakej ini akan meningkatkan waranti standard kepada 5 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dulu) dan servis penyelenggaraan selama 3 tahun atau 50,000km (mana-mana tiba dulu). Jaminan untuk bateri EV tidak berubah.
  • Stesen pengecas 7kW AC dengan pemasangan standard: RM6,000.
  • Stesen pengecas 22kw AC dengan pemasangan standard: RM7,000.

*Caj tambahan akan dikenakan jika ada tambahan penggunaan wayar semasa pemasangan alat pengecas atau berkaitan.

KEMUDAHAN STESEN PENGECAS

HSDM akan bekerjasama dengan Mecomb (anak syarikat Sime Darby Industrial) untuk membekalkan alat pengecasan di kediaman dan pemasangan. Langkah sama juga diambil bersama firma Yinson Green Technologies untuk menawarkan akses rangkaian ChargEV kepada lebih 400 stesen pengecas di seluruh negara.

BACA >>> SUV Mewah Hyundai Palisade (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM328k!
BACA >>> Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu
BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040
BACA >>> HSDM Bakal Lancar 2 Varian Hyundai Kona Electric, Anggaran Harga RM150k

Hyundai Ioniq 5 (2022) Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) Parametric Dynamics Hyundai Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.