
MUGEN memperkenalkan pelbagai komponen dan aksesori khusus untuk Honda ZR-V 2026 yang diperkenalkan pada akhir Mac lalu.
Pengumuman ini dibuat susulan pengenalan Honda ZR-V 2026 versi dipertingkat oleh Honda Motor Co., Ltd. yang mula menemui pengguna di Jepun pada 27 Mac lalu.
Aksesori Mugen ini dibangunkan berasaskan konsep Emotional Urban Sports bagi menyerlahkan lagi identiti sporty tipikal Mugen, dengan fokus utama diberikan kepada aspek penggayaan serta prestasi pemanduan bagi memenuhi gaya hidup pelanggan yang aktif.
Kemasan Luaran ZR-V CROSS TOURING

Bagi bahagian luaran, Mugen memperkenalkan front under spoiler baharu dengan reka bentuk lebih berani bagi menonjolkan imej SUV lasak ZR-V CROSS TOURING yang baru diperkenalkan.
ZR-V CROSS TOURING ini merupakan edisi khas baharu yang memfokuskan kepada gaya hidup aktif serta aktiviti off-road.

Selain itu, side spoiler dan rear under spoiler kini hadir dengan pilihan warna cat hitam kusam yang memberikan imej lebih lasak.
Walaupun terdapat pengenalan komponen baharu, pelbagai kit aero sedia ada untuk varian X, Z, dan BLACK STYLE masih lagi ditawarkan kepada pelanggan.
Komponen Prestasi dan Pengendalian ZR-V 2026

Mugen turut menambah produk prestasi dengan pengenalan rim aluminium 19 inci CU20. Rim ini menggunakan reka bentuk pentagonal mesh dengan corak geometri yang digabungkan bersama warna gunmetal bagi memberikan penampilan yang lebih mantap.
Selain itu, sistem ekzos sport yang menawarkan reka bentuk menarik dan bunyi ekzos yang mengujakan terus dikekalkan dalam senarai pilihan.
Bagi meningkatkan aspek kestabilan pengendalian, Mugen turut menawarkan Performance Damper yang berfungsi untuk menyerap getaran kecil pada badan kenderaan.

Trenkuasa ZR-V e:HEV
Sebagai makluman, Honda ZR-V 2026 di pasaran Jepun kini hadir eksklusif dengan nadi hibrid dan tidak lagi menawarkan pilihan enjin 1.5L turbo.
Sistem ini tersedia dengan pilihan pacuan depan (FF) atau pacuan empat roda (4WD).
Enjin Pembakaran Dalaman (ICE): Enjin 2.0L DOHC 4 silinder sebaris kitaran Atkinson suntikan terus LFC menghasilkan output kuasa 141ps dan tork 182Nm.
Motor Elektrik: Output kuasa mencecah 135kW (184ps) dan tork 315Nm.
Harga Jualan: Dijual pada harga bermula ¥3,700,000 (RM93,425) sehingga ¥4,700,000 (RM118,675).
Aksesori Mugen untuk Honda ZR-V 2026

Front Under Spoiler (Kod 71110-XNTB-K0S0-ZB): ¥110,000 (RM2,778)
Side Spoiler (Kod 70219-XNT-K0S0-ZB): ¥104,500 (RM2,639)
Rear Under Spoiler (Kod 84111-XNT-K0S0-ZB): ¥88,000 (RM2,222)
Rim aluminium 19 inci CU20 (Kod 42700-XNTB-985G-50): ¥71,500 (RM1,805) setiap unit
Aksesori utiliti lain turut tersedia termasuk ventilated visor, sports mat, scuff plate, dan cermin LED hidrofilik.







