Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Vezel 2024 Rupa Baharu Diperkenal di Jepun, Ada Varian HuNT
Roda4

Honda Vezel 2024 Rupa Baharu Diperkenal di Jepun, Ada Varian HuNT

Abang HirataBy Abang Hirata14/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA HR-V generasi ketiga (global) diperkenal pada 2021 dan memasuki pasaran tempatan pada 2022. HR-V dikembangkan kepada model elektrik e:N1 dan dipasang serta dijual di Thailand.

Sesuai usianya, Honda memperkenalkan model perubahan kecil (MMC) untuk pasaran Jepun yang ditawarkan secara rasmi pada musim bunga 2024 (Mac-Mei).

Honda Vezel Z

Sekali pandang, mungkin anda tercari-cari di mana perubahan model 2024. Dipandang lebih lama, perubahan dibuat adalah pada corak bampar dan gril baharu dengan bilah melintang yang berkurangan.

Frem tepi gril lebih menegak dan tidak condong seperti sebelum ini, manakala rim dan bampar belakang kelihatan sama. Lampu belakang kemas dengan corak nyalaan horizontal.

Bahagian kabin juga tidak banyak diubah dan paling jelas konsol gear baharu dan bahagian bawah panel suis penyaman udara yang ada ruang simpanan. Perubahan ringkas sebegini ialah amalan Honda hingga bertukar kepada model baharu penuh (FMC).

Selari minat aktiviti luar, Honda memperkenalkan varian baharu HuNT Package yang dilengkapi rel bumbung, braket bawah bampar dan warna dalaman khas. Tidak hanya dibawa berkhemah, HuNT Package nampak menarik jika dipandu dalam hutan batu.

Satu lagi varian ditawarkan ialah PLaY Package dengan pilihan pacuan empat roda (4WD) dan bumbung panoramik.

Dari segi trenkuasa, sistem e:HEV mempunyai kawalan tenaga baharu yang mengurangkan bunyi enjin ketika memandu di bandar, lebih responsif, lancar dan berkuasa.

Sistem bantuan pemanduan Honda SENSING turut dipertingkat dengan tiga fungsi, iaitu bantuan kesesakan jalan raya, sekatan pecutan mendadak dan lampu depan adaptif (ADB).

Berikut varian Honda Vezel 2024 pasaran Jepun
  • Vezel e:HEV X HuNT Package pacuan roda depan (FF) dan 4WD
  • Vezel e:HEV Z PLaY Package FF dan 4WD
  • Vezel e:HEV Z FF dan 4WD
  • Vezel e:HEV X FF dan 4WD
  • Vezel G 1.5L i-VTEC 4WD
Honda Vezel e:HEV 2024 Jepun
Honda Vezel e:HEV Z (PlaY Package)
Honda Vezel e:HEV Z (PlaY Package)
Honda Vezel e:HEV X (HuNT Package)
Honda Vezel e:HEV X (HuNT Package)

Honda Vezel e:HEV 2021 Jepun:

Honda Vezel e:HEV Z 2021
Honda Vezel e:HEV Z 2021
Honda Honda HR-V Honda Vezel Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.