Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Talon 1000X, 1000R – Model UTV 1.0L dengan Kotak Gear DCT!
Roda4

Honda Talon 1000X, 1000R – Model UTV 1.0L dengan Kotak Gear DCT!

Abang HirataBy Abang Hirata18/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA sebelum ini kami bawakan kepada anda mesin rumput jenama Honda, kali ini giliran side-by-side pula yang juga dikenali sebagai SXS dan SBS buatan pengeluar automotif dari Jepun itu.

SXS berada dalam kategori kenderaan rupa bumi utiliti (UTV) yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada industri atau rekreasi. Malah, SXS turut dipertandingkan dalam perlumbaan seperti Rali Dakar!

BACA >>> Mexico 1000: Vespa Sertai Lumba Rali Sejauh 1,600km di Mexico

Sebagai pembuat kenderaan versatil, Honda mempunyai model SXS sendiri yang dikenali sebagai Talon. Bagi model 2021 Honda memperkenalkan empat varian dalam dua konfigurasi tempat duduk:

  • 1000R dan 1000X – 2-kerusi
  • 1000X-4 dan 1000X-4 FOX® Live Valve – 4-kerusi

Pengenalan tersebut menyusul selepas pelancaran dua model 2-kerusi baharu, FOX Live Valve pada Februari lalu. Honda kali pertama memperkenalkan 1000R dan 1000X dengan 2-kerusi pada 2019 dan sejak itu berjaya menghimpunkan peminat tersendiri.

Ini bukan sekadar SXS biasa kerana akronim R digunakan ialah tanda nama yang biasa digunakan pada kenderaan prestasi.

Berikut ciri 1000R dan 1000X yang dipacu enjin 999cc Unicam® Parallel Twin bersama transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan dengan subtransmisi tinggi/rendah. Turut diperincikan spesifikasi model 4-kerusi 1000X-4 dan 1000X-4 FOX® Live Valve.

BACA >>> Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja

TALON 1000X

  • Lebar 64 inci, jarak travel suspension travel 14.6 inci (depan) dan 15.1 inci (belakang).
  • Suspensi belakang dengan 3 pautan (Link) dan double wishbone di depan.
  • Absorber 2 inci Fox Podium Quick Switch 3 dengan aci (shaft) 5/8.
  • Mod pemanduan Drive, Sport (automatik) dan Manual.
  • Sistem i-4WD.
  • Fungsi Mula Daki (Hill Start).
  • Kombinasi warna Metallic Orange/Metallic Gray.
  • Harga: AS$19,999 (RM83,870)

TALON 1000R

  • Sama seperti 1000X, boleh disesuaikan mengikut pelbagai jenis kondisi rupa bumi. Model R memiliki keupayaan menyerap bonggolan (bump) dan berkelajuan tinggi (high-speed tracking).
  • Keupayaan tersebut disumbang saiz badan lebih lebar iaitu 68.4 inci (+4.4 inci), dan jarak roda 92.7 inci (+5 inci) berbanding 1000X.
  • Turut berbeza, konfigurasi suspensi belakang 4+ Link, absorber Fox Podium QS3 dengan saiz badan 2.5 inci.
  • Travel 17.7inci di depan dan 20.1 inci di belakang, iaitu lebih panjang 3.1 inci dan 5.1 inci daripada 1000X.
  • Warna Pearl White.
  • Harga: AS$20,999 (RM88,060)

TALON 1000X-4

  • Konfigurasi 4-kerusi ala stadium, iaitu kerusi belakang lebih tinggi daripada depan.
  • Absorber Fox Podium Quick Switch 3 sama seperti 1000X, ada tiga posisi boleh laras dengan cepat dan ringkas kecuali saiz badan absorber belakang 2.5 inci.
  • Trenkuasa sama seperti model 2-kerusi, 999cc Unicam, transmisi DCT, pacuan i-4WD, Bantuan Mula Daki (HSA) dan ada Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Warna Mettalic Grey.
  • Harga: AS$21,999 (RM92,250)

TALON 1000X-4 FOX Live Valve

  • Suspensi elektronik semi-aktif yang dibangunkan Honda, dengan Fox dan Bosch.
  • Ini ialah model SXS 4-kerusi perdana (flagship).
  • Mod suspensi Normal dan Sport menggunakan data daripada pelbagai sensor dan mampu melaras keempat-empat absorber sepantas 16 kali sesaat.
  • Memberikan hasil pemanduan dan pengendalian cemerlang dengan olengan badan minimum dan mampu memecut laju atas rupa bumi kasar.
  • Jarak travel 14.4 inci di depan dan 15 inci di belakang dengan saiz badan 2.5 inci.
  • Mempunyai mod luncur (Launch Mode) untuk pecutan tinggi dari mula bergerak.
  • Warna Pearl White/Pearl Red.
  • Harga: AS$23,999 (RM100,640).

BACA >>> Honda Miimo – Robot Pemotong Rumput Dipamer Sempena Pameran Bunga Britain

GALERI
TALON 1000X
TALON 1000R
TALON 1000X-4
TALON 1000X-4 FOX Live Valve
Honda Honda Talon Honda Talon 1000R Honda Talon 1000X Kenderaan Rupa Bumi Utiliti (UTV) Kenderaan Utiliti Rupa Bumi (UTV) Roda4 SBS Side By Side SXS Utility Terrarin Vehicle (UTV) UTV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.