Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Supra X 125 FI Kini Lebih Mengancam dengan Warna, Grafik Baharu
Roda2

Honda Supra X 125 FI Kini Lebih Mengancam dengan Warna, Grafik Baharu

AryonBy Aryon15/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PT ASTRA Honda Motor (AHM) memperkenalkan Supra X 125 FI (Future FI di Malaysia) versi segar semula menerusi perubahan minor pada kombinasi warna badan dan rekaan grafik strip baharu yang lebih sporty, ringkas dan menarik.

Imej premium Supra X 125 FI versi facelift ini dapat dikesan pada lampu posisi dan lampu dual keen winker (lampu dwi signal) dengan garis reflektor tajam, dan rekaan moden untuk spidometer, odometer, lampu indikator malfungsi (MIL) dan indikator petrol.

BACA >>> Perbandingan Rupa: Ottimo VIZ110 vs Honda RS150R yang Sama Tapi Tak Serupa

Quantum Matte Black
Energetic Red

Supra X 125 FI turut dilengkapkan ciri terbaik seperti kunci penghidup bermagnet yang menutup automatik palam kunci, dan dapat juga digunakan sebaga pembuka pelana. Pemilik juga disediakan soket pencucuh 12V untuk mengecas peranti elektronik seperti telefon pintar.

Kapcai ini masih dijana enjin 4-lejang 125cc SOHC dengan teknologi PGM-FI yang menurut Honda memberikan penjimatan bahan api efisien, iaitu 57.2km per liter (EURO 3) berdasarkan ujian dalaman.

BACA >>> Honda RS150R di Asean – Beza Gaya dan Rupa, Mana Satu Lagi Cun?

Mengenai harga, Supra X 125 FI varian CW dijual pada harga Rp18.1 juta (RM5,180) dengan pilihan warna Quantum Matte Black (hitam) dan Energetic Red (merah). Bagi varian SW pula ditawarkan dalam warna Energetic Red saja pada harga Rp17,050 juta (RM4,880).

SPESIFIKASI

HONDA SUPRA X 125 FI (2019)

ENJIN: Silinder Tunggal 4-Lejang 125cc SOHC Penyejukan Udara
SESARAN: 124.89cc
SISTEM BAHAN API: PGM-FI
TRANSMISI: Rotari 4-kelajuan
KUASA: 9.92hp @ 8,000rpm
TORK: 9.30Nm @ 4,000rpm
KAPASITI TANGKI: 4 liter
RODA: 70/90 17 M/C 38P(depan); 80/90 17 M/C 44P(belakang)
SUSPENSI: Fork teleskopik (depan); Swingarm dengan dual absorber
BREK: CW – Cakera depan dan belakang; SW – Cakera depan, dram belakang

Energetic Red
Quantum Matte Black
Astra Honda Motor (AHM) Honda Honda Indonesia Honda Supra X 125 FI Honda Supra X 125 FI (2019) Indonesia Kapcai Kapcai 125cc roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.