Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Odyssey (2018) Kini dengan Honda Sensing, Harga RM254,800
Roda4

Honda Odyssey (2018) Kini dengan Honda Sensing, Harga RM254,800

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20182 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Odyssey 2018 Malaysia
HONDA Malaysia membuka tirai 2018 menerusi pengenalan model Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Honda Odyssey dengan teknologi Honda Sensing. MPV baharu ini ialah model ketiga selepas CR-V dan Accord baharu yang dilengkapi teknologi keselamatan termaju Honda, sekali gus melengkapkan barisan model Honda Sensing yang terdiri daripada sedan, SUV dan MPV.

Teknologi Honda Sensing terdiri daripada 6 ciri utama: Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Tukar Laluan (LDW), Mitigasi Tukar Jalan (RDM), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS), Amaran Rempuhan Depan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS).

MPV saiz penuh itu dijana enjin Earth Dreams 2.4L DOHC i-VTEC dengan gabungan kotak gear CVT yang menawarkan penjimatan bahan api terbaik. Cuma satu varian ditawarkan, 2.4L EXV dengan Honda Sensing pada harga RM254,800, termasuk GST tanpa insurans. Pilihan warna menampilkan Platinum White Pearl (putih), Premium Twinkle Black Pearl (hitam), dan Super Platinum Metallic (perak).

LUARAN TAMPIL SEGAR

Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia

Odyssey (2018) mengetengahkan banyak pembaharuan supaya tampil lebih segar dan relevan di pasaran menerusi bampar dan gril baharu, rekaan lampu belakang dan kabus LED, rim aloi 17-inci, dan cermin sisi boleh lipat automatik.

BACA >>> Apa Itu ‘Honda Sensing’ Pada Honda CR-V (2017) – ‘Power’ Sangat Ke?

Ruang dalaman pula menampilkan kerusi boleh laras elektrik 4-tetapan, ruang simpanan tambahan, kemasan pintu dan kerusi Premium Captain dengan perehat kepala lebih besar yang kini dipasang pada kerusi barisan kedua.

Dibangunkan berasaskan platform lantai-ultra-rendah menyumbang kepada ruang kabin lebih luas selain posisi pemanduan tinggi dan lantai lebih rendah. Odyssey (2018) turut mengekalkan karakteristik model terdahulu dengan imej siluet tersendiri, tampil cukup kemas dan elegan serta lengkap dengan pelbagai ciri MPV moden.

WARANTI

Tenmpahan Odyssey (2018) serba baharu kini dibuka di semua 93 pengedar Honda seluruh negara dengan waranti 5 tahun dan perbatuan tanpa had, termasuk tempoh selang servis setiap 10,000km. Honda Malaysia menyasarkan 130 unit jualan Odyssey sepanjang tahun ini.

GALERI
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
harga Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Odyssey 2018 Malaysia
Honda Honda Malaysia honda odyssey Honda Odyssey (2018) honda sensing Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Odyssey Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

28/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.