Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu
Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata28/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA kembali menceriakan pasaran dengan pengenalan model ikonik Honda Monkey 125 2026 untuk pasaran Eropah.

Motosikal saiz kecil yang sentiasa menceriakan suasana jalan raya ini kini tampil dengan spesifikasi yang dipertingkatkan serta pilihan warna retro yang lebih menarik.

Walaupun saiznya kecil, Honda Monkey 125 dilengkapi teknologi moden seperti sistem brek ABS kawalan IMU, lampu LED penuh dan paparan instrumen LCD.

Gabungan elemen klasik dan moden ini memastikan ia kekal relevan buat peminat motosikal tegar mahupun penunggang baharu.

Sejarah Evolusi Ikonik Sejak 1961

Nama Honda Monkey mula diperkenalkan pada tahun 1961 sebagai jentera permainan 49cc di taman tema Tama Tech, Tokyo.

Disebabkan sambutan yang luar biasa, versi jalanan mula dibangunkan dan dieksport ke Amerika dan Eropah pada tahun 1963 dengan ciri khas seperti tangki krom, bar pemegang boleh lipat dan roda 5 inci.

Pada tahun 2018, Honda menghidupkan semula legenda ini dengan enjin 125cc, diikuti penambahan kotak gear 5 kelajuan pada tahun 2022 untuk kegunaan harian yang lebih praktikal.

Ciri Baharu dan Pilihan Warna 2026

Bagi model tahun 2026, Honda Monkey 125 membawakan kemas kini estetik yang lebih segar melalui pilihan warna retro yang menarik.

Pilihan warna baharu untuk model 2026 adalah seperti berikut:

  1. Mat Gun Powder Black Metallic

  2. Knight Silver Metallic dan Millennium Red

  3. Pearl Himalayas White dengan Banana Yellow

Selain daripada skema warna, model ini juga kini mematuhi piawaian emisi Euro 5+ yang lebih ketat hasil daripada pelarasan pada tetapan ECU, pemangkin sistem ekzos yang dikemas kini, serta penambahan sensor OBD2-2.

Enjin

Monkey 125 dikuasakan enjin 124cc SOHC sejukan udara yang menghasilkan kuasa 9.25 hp pada 6,750 rpm dan tork maksimum 11Nm pada 5,500 rpm.

Laluan udara masuk telah dioptimumkan melalui reka bentuk kotak udara dan tiub penyambung yang memastikan aliran udara lancar untuk penghantaran tork yang lebih fleksibel.

Kawalan transmisi 5 kelajuan memberikan kelebihan semasa tunggangan jarak jauh, membolehkan kelajuan malar yang lebih santai dengan kelajuan maksimum mencecah 91 km/j.

Ia juga merupakan enjin yang menjimatkan dengan kadar penggunaan petrol 1.5 liter bagi setiap 100 km (mod WMTC) melalui penggunaan teknologi geseran rendah seperti silinder ofset dan lengan jumpelang jenis roller untuk gear injap.

Sistem PGM-FI yang canggih memastikan pembakaran yang sangat cekap.

Rekaan Klasik dan Kelengkapan Moden

Gaya klasik Honda Monkey diteruskan melalui penggunaan hendal tinggi, madgad krom, ekzos yang dihalakan ke atas dengan pelindung haba, serta tayar jenis blok yang tebal.

Tangki bahan api bersaiz 5.6 liter dihiasi dengan logo sayap klasik 3D yang ikonik.

Panel meter digital LCD memaparkan maklumat penting seperti meter kelajuan, meter perjalanan, dan indikator tahap bahan api 6 segmen.

Kunci jenis beralur dilengkapi sistem panggilan semula (answer back) yang memudahkan pemilik mengesan kedudukan motosikal di kawasan parkir yang sesak melalui kerlipan lampu.

Semua sistem pencahayaan menggunakan unit LED.

Casis dan Kawalan Tunggangan

Sistem suspensi hadapan menggunakan fork USD dengan kemasan Alumite premium, manakala bahagian belakang dilengkapi dua penyerap hentak dengan spring dua peringkat untuk menyerap hentakan di permukaan jalan yang kasar.

Bagi aspek keselamatan, sistem brek terdiri daripada cakera hadapan 220 mm dan cakera belakang 190 mm.

Ia disokong oleh sistem ABS berasaskan IMU bagi mengurangkan risiko bahagian belakang motosikal terangkat semasa membrek dengan kuat.

Aksesori Tambahan

Honda menawarkan aksesori tulen untuk meningkatkan aspek praktikaliti seperti rak barang belakang krom, beg sisi kanvas sebelah kiri dengan beg dalaman kalis air, sistem penggera imobiliser, pemanas pemegang dan soket USB.

Selain itu, pemilik juga boleh menambah meter tambahan untuk jam dan kedudukan gear.

Spesifikasi Teknikal Honda Monkey 125 2026 Eropah

  • Enjin: 124 cc, OHC silinder tunggal, sejukan udara
  • Kuasa Maksimum: 9.25 hp @ 6,750 rpm
  • Tork Maksimum: 11Nm @ 5,500 rpm
  • Kelajuan Maksimum: 91 km/j
  • Sistem Penghidup: Elektrik
  • Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api PGM-FI
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 5.6 L
  • Penggunaan Bahan Api: 1.5 L bagi setiap 100 km
  • Bateri: AGM 12V 3.7 Ah
  • Transmisi: 5 kelajuan
  • Rangka: Keluli mono-backbone
  • Dimensi (P x L x T): 1,710 mm x 755 mm x 1,030 mm
  • Jarak Roda: 1,145 mm
  • Ketinggian Tempat Duduk: 776 mm
  • Jarak Kelegaan Jalan: 175 mm
  • Berat (kerb): 105 kg
  • Suspensi Hadapan: Fork USD jarak 100 mm
  • Suspensi Belakang: Lengan ayun dua penyerap hentak jarak 102 mm
  • Rim Hadapan: 12 X MT2.75 aluminium tuang 10 jejari
  • Rim Belakang: 12 X MT3.50 aluminium tuang 10 jejari
  • Tayar Hadapan: 120/80-12 65J
  • Tayar Belakang: 130/80-12 69J
  • Sistem ABS: ABS hadapan berasaskan IMU
  • Brek Hadapan: Angkup dua piston, cakera tunggal 220 mm
  • Brek Belakang: Angkup satu piston, cakera tunggal 190 mm
  • Sistem Keselamatan: HISS
26YM Honda Monkey 125
26YM Honda Monkey 125
26YM Honda Monkey 125
Honda Honda Monkey Honda Monkey 125
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Anthony Loke Siew Fook
    Auto Terkini

    MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.