Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Rai Unit Pengeluaran ke-1,000,000!
Auto Terkini

Honda Malaysia Rai Unit Pengeluaran ke-1,000,000!

FarahBy Farah31/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia semalam meraikan kejayaan bermakna dalam sejarahnya apabila mencatatkan pengeluaran yang ke-1,000,000 unit sejak membuka kilang pemasangan di Pegoh, Melaka pada 2003.

Pencapaian unit kesejuta itu diraikan dengan Honda Civic RS serba baharu yang dilancarkan ke pasaran, baru-baru ini.

BACA >>> Honda Civic Generasi Ke-11 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM125k!

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, sudah 20 tahun Honda Malaysia ditubuhkan di negara ini dan berkembang mencatatkan pencapaian ketara sejak itu.

Pada Mac 2021, kami mencapai sejuta unit jualan. Setahun kemudian, saya meraikan satu lagi peristiwa penting dengan anda semua, iaitu unit pengeluaran ke-1 juta, iaitu Civic serba baharu.

“Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua syarikat bersekutu dan pembekal Honda untuk semua usaha dan kerja keras dalam memastikan proses pengeluaran dan operasi rantaian bekalan berjalan lancar walaupun berdepan pelbagai cabaran, termasuk pandemik COVID-19, kekurangan cip di peringkat antarabangsa dan kejadian banjir baru-baru ini.

“Dengan dedikasi mereka, Challenging Spirit dan bekerja ‘Together As One’, kami kini mampu mencapai rekod kejayaan unit produksi kesejuta yang bermakna ini,” katanya.

Madoka turut berterima kasih kepada pengedar, dan pelanggan Honda atas sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Honda Malaysia. Ucapan penghargaan itu juga ditujukan kepada Kerajaan Negeri Melaka atas sokongan berterusan terhadap rancangan Honda di kilang Pegoh.

Sokongan hebat daripada semua pihak berkepentingan membantu Honda Malaysia maju ke depan dan membolehkan kami mencapai posisi No 1 dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional bagi lapan tahun berturut-turut sejak 2014.”

Honda Malaysia membuka fasiliti Line No.1 di kilang Pegoh pada Januari 2003 yang dibina atas tanah berkeluasan 46,543 meter persegi, dengan kapasiti pengeluaran 50,000 unit setahun. Ketika itu, model Honda pertama dihasilkan ialah CR-V generasi kedua.

Pada Oktober 2013, Honda Malaysia mengeluarkan Jazz Hybrid di fasiliti Line No.2 yang dibina atas tanah berkeluasan 49,190.50 meter persegi. Line No.2 tersebut dirasmikan pada Januari 2014 yang jelas meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran di Kilang Pegoh kepada 100,000 unit setahun.

Ini membolehkan syarikat memasang tujuh model seperti City, City Hatchback, BR-V, HR-V, Civic, Accord, CR-V.

Honda Malaysia juga melabur dalam rangkaian teknologi pembuatan terkini di Kilang Pegoh yang setanding kilang Honda di Jepun. Salah satunya, menggunakan aplikasi pembuatan termaju dalam kilang seperti teknologi pematerian laser yang mampu menghasilkan garis bumbung yang licin dan sempurna.

BACA>>> Sony, Honda Jalin Kerjasama Bangunkan EV Menjelang 2025!
BACA>>>
H’ Terpakai untuk Dijual! Honda Malaysia Buka 6 Cawangan Seluruh Semenanjung

Auto Terkini Civic Honda Honda Malaysia kilang honda Kilang Honda Pegoh Madoka Chujo
Farah

    Artikel Berkaitan

    Bikin Auto

    #BikinAuto: Honda Integra Type R DC2 Oleh Tolman Engineering, Konsep Standard Kilang!

    13/04/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Loke: Tidak Perlu Hukuman Mati Bagi Kesalahan Mabuk, Dadah

    13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.