Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Malaysia Lancar Jazz Mugen dan BR-V Special Edition, 300 Unit Sahaja
Roda4

Honda Malaysia Lancar Jazz Mugen dan BR-V Special Edition, 300 Unit Sahaja

Han OthmanBy Han Othman21/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia memperkenalkan Jazz Mugen dan BR-V Special Edition yang masing-masing dikeluarkan 300 unit sahaja dalam usaha merancakkan lagi jualan dua model popular itu.

Jazz sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2003 sudah terjual lebih 90,000 unit seluruh negara. Sepanjang Januari hingga Disember 2018, jualan Jazz sudah melebihi 13,000 unit atau 13 peratus daripada keseluruhan jualan Honda Malaysia. Pencapaian tersebut secara langsung membantu model itu kekal dalam posisi nombor satu dalam segmen hatchback kompak dengan 86 peratus perkongsian pasaran.

Sementara itu, BR-V yang diperkenalkan pada Januari 2017, sudah terjual lebih 29,000 unit, dan sepanjang tahun lalu hampir 11,300 unit dijual, membabitkan 11 peratus keseluruhan jualan Honda Malaysia. Model ini turut merekodkan 47 peratus perkongsian pasaran sepanjang 2018, dengan terus menjadi peneraju segmen tersebut.

JAZZ MUGEN

Jazz Mugen edisi terhad ini dipasangkan kit badan Mugen untuk rupa luaran lebih sporty dengan bampar depan Aero, lampu kabus depan LED, gril sport dan kemasan belakang hitam menggantikan krom. Kit badan Mugen terdiri daripada skirt sisi, spoiler, dan bampar depan dan belakang yang langsung mengubah penampilan Jazz menjadi lebih sporty.

Menurut Honda, ciri Mugen baharu itu diperkenalkan selepas mengambil kira maklum balas pasaran yang mahukan Jazz versi sporty dan pada masa sama praktikal.

BACA >>> Honda Patenkan Nama Model Baharu, Jazz Versi Lasak Bakal Muncul?

Jazz dikuasakan enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan kotak gear Transmisi Variabel Berterusan (CVT) dengan teknologi Honda Earth Dreams Technology. Jazz ialah satu-satunya hatchback yang memiliki empat mod ULTRA untuk konfigurasi tempat duduk: Utiliti (Utility), Panjang (Long), Tinggi (Tall) dan Segar Semula (Refresh) yang memberikan versatiliti ruang dalaman untuk disesuaikan mengikut kegunaan dan keperluan pengguna tanpa mengabaikan keselesaan pemandu dan penumpang

Jazz turut dilengkapi ciri keselamatan terkini seperti enam beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISOFIX. Dengan segala ciri dan fungsi diberikan, Jazz sesuai untuk pelbagai kumpulan umur dan gaya hidup daripada eksekutif muda hingga keluarga kecil.

Harga Jazz Mugen bermula RM88,600*  untuk warna Modern Steel Metallic (kelabu) dan RM88,720* untuk White Orchid Pearl (putih), serta terhad kepada 300 unit sahaja.

BR-V SPECIAL EDITION

Kepada pelanggan yang sedang mencari crossover 7 kerusi, BR-V Special Edition mungkin boleh dijadikan pilihan anda. Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini diberikan tambahan luaran baharu seperti spoiler, pemijak kaki dan kemasan sisi untuk rupa lebih sporty.

Ruang  kabin dilengkapi sistem infotainment 6.8 inci dengan konektiviti telefon pintar. BR-V ialah crossover yang mampu memuatkan 7 penumpang dewasa, termasuk pemandu dengan selesa, sekali gus memberikan nilai untuk wang dan versatiliti yang diharapkan daripada sebuah kenderaan berstatus famili.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V

BR-V dikuasakan enjina 1.5L i-VTEC yang dipadankan kotak gear CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams Technology. Crossover ini menawarkan kepelbagaian tetapan tempat duduk dengan kerusi baris kedua bercirikan One Touch Tilt & Tumble (condong dan lipat) yang boleh dilaraskan semudah satu sentuhan untuk konfigurasi kerusi 60:40, manakala baris ketiga 50:50 dengan ciri Tilt & Tumble (condong dan lipat).

BR-V juga memiliki jarak tanah tinggi yang memudahkan semua penumpang keluar dan masuk kenderaan dengan mudah. Sistem penyaman udara di belakang memberikan ekstra keselesaan buat penumpang belakang, dan tidak hairan kenapa model ini menjadi antara crossover pilihan keluarga Malaysia.

BR-V Sepecial Edition menampilkan warna Passion Red Pearl (merah) sebagai pilihan warna baharu, menggantikan Dark Ruby Red Pearl (merah tua). Dua warna berani itu memberikan lebih kesegaran dan jiwa muda untuk model kesukaan ramai ini. Selain merah, pembeli juga boleh memilih warna White Orchid Pearl (putih) yang masing-masing berharga RM90,700* dan RM91,000*.

Sama seperti Jazz Mugen, BR-V Special Edition ialah model edisi terhad 300 unit sahaja.


Maklumat lanjut dan tempahan pandu uji bolehlah kunjungi mana-mana 99 pengedar sah Honda Malaysia seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari honda.com.my.

* Harga atas jalan, tidak termasuk insurans

2018 honda br-v Honda Honda BR-V Special Edition Honda Earth Dreams Technology Honda Jazz Mugen Honda Malaysia Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Sukan Permotoran

dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

18/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.