• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Patenkan Nama Model Baharu, Jazz Versi Lasak Bakal Muncul?

Honda Patenkan Nama Model Baharu, Jazz Versi Lasak Bakal Muncul?

February 19, 2019 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


HONDA Jazz (atau Fit di Amerika) bukan saja popular di Malaysia, tetapi juga Eropah dan Amerika, dan boleh dianggap pembelian berbaloi kepada mereka yang mahu memiliki sebuah subkompak baharu.

Namun, Jazz bukanlah alternatif terbaik kepada mereka yang mencari kenderaan bagi tujuan teksi e-hailing seperti GrabCar atau Uber. Kenderaan diperlukan ialah sebuah kereta lasak dengan jarak kelegaan tanah tinggi yang mencukupi.

BACA >>> #GMS2018: Honda Jazz X-Road Tampil Gaya Crossover

Terbaharu, Honda khabarnya sedang membangunkan Jazz versi lasak berdasarkan fail paten ditemui di Pejabat Harta Intelektual Eropah (EIPO) yang mendedahkan nama model itu, 'Jazz Crosstar' dan 'Crosstar'. Honda memang tidak pernah menggunakan nama 'Crosstar', jadi mungkin ada benar juga ia akan digunakan untuk model jenis crossover yang dibina berasaskan Jazz/Fit.

Memandang pengeluar Jepun itu tidak memfailkan nama seperti Fit Crosstar dengan Pejabat Tanda Dagang dan Paten Amerika Syarikat (USPTO), kemungkinan model itu adalah pasaran Eropah sahaja, sebelum menyusul di negara lain. Dan kami jangka Malaysia pasti berada dalam radar pasaran berdasarkan populariti model berkenaan di negara ini.

Adakah paten nama yang dibuat sebelum Pameran Motor Geneva 2019 itu menandakan model tersebut bakal muncul di acara automotif tahunan berkenaan, bulan depan?

* Gambar Honda Jazz terkini, sekadar hiasan

SUMBER: AutoGuide

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Auto Terkini, Eropah, Honda, Honda Fit, Honda Jazz, Honda Jazz Crosstar, Roda4

Comments

  1. Wak says

    February 20, 2019 at 2:18 PM

    Ingatkn HRV itu adalah jazz/fit yg ditinggikn rupanya ada lagi yg lain.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my