Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda HR-V RS Kini Ada Pilihan Kemasan Kulit Coklat Gelap
Roda4

Honda HR-V RS Kini Ada Pilihan Kemasan Kulit Coklat Gelap

Han OthmanBy Han Othman04/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini memperkenalkan tambahan warna dalaman baharu untuk HR-V S, iaitu kemasan kulit Classy Dark Brown (coklat gelap). Jadi pembeli kini boleh memilih antara warna baharu itu dan kemasan sedia ada, iaitu hitam mengikut gaya hidup dan personaliti masing-masing.

BACA >>> 8 Fakta Pantas: Tentang Honda HRV-RS yang Perlu Anda Tahu, Harga RM124,800

Warna dalaman baharu itu disesuaikan pada konsol tengah, panel depan, kerusi pemandu dan penumpang (depan dan belakang, serta pelapik panel pintu. Kemasan kulit coklat gelap itu adalah warna eksklusif diperkenalkan Honda untuk pasaran Malaysia dan kini sedia untuk ditempah di pengedar Honda sah seluruh negara.

Dilancarkan pada 2015, lebih 91,000 unit* HR-V sudah terjual. Model versi dipertingkat (facelift) yang diperkenalkan pada Januari 2019 dijual lebih 19,000 unit dengan varian RS menyumbang 21 peratus daripada jualan keseluruhqn HR-V .

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) kekal popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi SUV kompak bukan nasional nombor satu dengan menguasai 85 peratus** pasaran.

HR-V RS dikuasakan enjin 1.8L SOHC i-VTEC dengan transmisi CVT  dengan teknologi Earth Dreams untuk memberikan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan api. SUV ini juga dilengkapi  ciri menarik seperti sistem stereng Nisbah Gear Variabel (VGR) untuk pengalaman pemanduan responsif dan sporty.

Dengan tambahan kemasan kulit coklat gelap itu untuk ruang dalaman itu, HR-V RS kini tampil lebih menawan dan elegan bersama ciri kenderaan moden masa kini seperti unit infotainment Display Audio 7 inci, pedal syif, dan Honda LaneWatch.

HRV-RS turut menjadi penanda aras bagi segmen SUV subkompak dengan ruang kargo multiutiliti untuk keluasan kabin dan but yang dapat memenuhi  pelbagai keperluan pemandu.

Ciri keselamatan pula terdiri daripada 6 beg udara, Siggnal Henti Kecemasan (ESS), Brek Pegun Automatik (ABH), Bantuan Sabiliti Kenderaan (VSA) dan Bantuan Daki Bukit (HSA) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

Harga HR-V RS dengan kemasa kulit coklat tua ini ialah RM124,800 (atas jalan tanpa insurans), sama seperti varian RS sedia ada. Warna luaran pula kekal tiga pilihan Passion Red Pearl (merah), Modern Steel Metallic (perak) and White Orchid Pearl (putih).

Sebarang maklumat lanjut mengenai HR-V boleh mengunjungi Honda Malaysia, hubungi talian bebas tol di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.
HR-V RS.

* Seperti Mei 2020
** Seperti April 2020

Classy Dark Brown Honda Honda HR-V RS Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV SUV segmen-B SUV subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Auto Terkini

Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

10/04/2026
Nissan Sakura 2026
Auto Terkini

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

10/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

10/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.