Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda HR-V (2022) Dapat Tempahan Luar Biasa, Masa Menunggu Lebih 12 Bulan!
Auto Terkini

Honda HR-V (2022) Dapat Tempahan Luar Biasa, Masa Menunggu Lebih 12 Bulan!

ShawkathBy Shawkath08/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL terbaharu Honda HR-V (2022) sudah ditayangkan kepada umum dalam siri pratonton istimewa di sebalik tirai gelap bulan lalu.

Hari tayangan pertama menarik ramai peminat hingga memberi petunjuk awal mengenai potensi sambutan luar biasa. Malah ramai juga pengguna tidak melepaskan peluang membuat tempahan awal sebelum tamat insentif pengecualian cukai (SST) pada 30 Jun lalu.

BACA >>> Tiada Lagi Lanjutan Pengecualian SST, Harga Kereta Baharu Naik 1 Julai Ini
BACA >>> Insentif Pengecualian Cukai Kenderaan Bantu Selamatkan Industri Automotif?

Ternyata benar, sambutan terhadap HR-V melangkaui jangkaan ramai. Menurut laporan portal PaulTan, tempoh menunggu untuk menerima tempahan model generasi ketiga HR-V kini mencecah lebih setahun! Malangnya, tiada perincian mengenai jumlah tempahan diterima Honda Malaysia.

Satu memo dalaman bertarikh semalam yang didedahkan portal PaulTan, Honda Malaysia mendakwa tempoh menunggu kini lebih 12 bulan dan wakil pengedar sudah dimaklumkan supaya menjelaskan situasi tersebut kepada bakal pembeli.

Memo sama juga meminta wakil pengedar mengelak berlaku sebarang janji melampau selain cuba memastikan pelanggan kerap dimaklumkan mengenai masa kiriman kenderaan ditempah.

Pelanggan mungkin tidak kisah menunggu menerima model baharu itu, tetapi apa yang menjadi kebimbangan adalah sama ada mereka sempat menerima kiriman HR-V sebelum 31 Mac 2023, iaitu lanjutan tarikh pendaftaran untuk menikmati insentif pengecualian SST sebelum ini.

PERINCIAN HR-V (2022) VARIAN RS

  • Dimensi panjang 4,385mm, lebar 1,790mm lebar dan tinggi 1,590mm.
  • RS ialah varian paling premium HRV (2022) serba baharu dengan dimensi 39mm lebih panjang dan 15mm lebih rendah berbanding model terdahulu.
  • Gaya luaran RS direka eksklusif untuk menonjolkan karaktek solid dan mantap.
  • Rupa depan menampilkan rekaan gril baharu dengan gaya fastback di belakang.
  • RS juga menawarkan beberapa ciri menarik seperti Lampu Signal Belok Sekuensial LED dan strip lampu belakang LED yang menjadi antara ciri rekaan paling menyerlah untuk HR-V.
  • Pembaharuan lain ialah lampu utama LED serba baharu dengan lampu siang (DRL), lampu kabus LED dan rim aloi 18 inci.
  • Varian RS akan dilengkapi teknologi e:HEV dengan sistem Multi-Mod Pemanduan Pintar (i-MMD) untuk janaan kuasa bertenaga dan prestasi enjin responsif.
  • Teknologi e:HEV pada HR-V RS adalah sistem hibrid unik dibangunkan Honda dengan menggabungkan manfaat trenkuasa petrol dan motor elektrik yang menawarkan kuasa 129hp dan tork 253Nm.
  • Ada tiga mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.

CIRI TERMAJU HR-V RS

Honda LaneWatch (HLW)
  • Ini ialah teknologi keselamatan berasaskan sensor kamera untuk menangani masalah titik buta menerusi paparan visual masa nyata pada skrin unit infotainmen.
  • Sistem ini akan diaktifkan automati apabila tuil signal belok kiri diaktifkan, atau tekan saja butang LaneWatch.
Pintu But Elektrik Bebas Tangan dengan Walk Away Close
  • Pintu but akan ditutup automatik sebaik saja mengesan kunci pintar berada jauh meninggalkan kereta.
Pemula Enjin Kawalan Jauh dengan Walk Away Auto Lock
  • Enjin boleh diaktifkan dengan menekan kunci pintar, dan pintu akan dikunci automatik jika pemilik keluar, menutup pintu dan berjalan meninggalkan kereta.

PAKEJ HONDA SENSING

Model HR-V RS didatangkan dengan pakej Honda SENSING iaitu teknologi keselamatan termaju generasi baharu seperti berikut termasuk:

  • Notifikasi Pergerakan Kenderaan Depan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Susur Halaju Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Pergerakan Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

BACA >>> Honda Buka Tempahan HR-V Serba Baharu, Ada Pilihan Trenkuasa Petrol, Hibrid
BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

SUMBER: PaulTan

Crossover Honda HR-V (2022) Honda HR-V Generasi Ke-3 Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.