Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Buka Tempahan HR-V Serba Baharu, Ada Pilihan Trenkuasa Petrol, Hibrid
Roda4

Honda Buka Tempahan HR-V Serba Baharu, Ada Pilihan Trenkuasa Petrol, Hibrid

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Malaysia hari ini membuka tempahan model HR-V serba baharu menerusi semua rangkaian pengedar Honda di seluruh negara.

Model HR-V serba baharu dibangunkan menerusi konsep ‘AMP UP YOUR LIFE’, menawarkan gayaan menarik dan rasa premium tanpa mengorbankan sifat pratikal kegunaan harian kenderaan tersebut.

Honda HR-V serba baharu dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dengan pilihan varian berasaskan petrol dan hibrid.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata:

“HR-V mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2015 dan menjadi model jualan paling laris dan model sensasi. Ia cukup unik, sukar ditandingi sifat praktikal dan sarat dengan ciri termaju yang membawa pembaharuan selangkah di hadapan pesaing.”

Honda sudah menjual lebih 111,000 unit HR-V sehingga kini dan model itu mendahului segmen Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kompak Bukan Nasional sejak 2015 hingga 2021.

Varian HR-V dipertingkat tiba pada 2019 dan mencatat jualan hampir 39,000 unit. Ini membuktikan HR-V merupakan SUV kompak yang diminati ramai rakyat negara ini.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Indonesia, Ada Varian Turbo RS, Harga Mula RM104k

PERINCIAN

  • Dimensi 4,385mm panjang, 1,790mm lebar dan 1,590mm tinggi.
  • HR-V RS serba baharu pula 39mm lebih panjang dan 15mm rendah berbanding model terdahulu.

BACA >>> Amerika Perkenal Honda HR-V (2023), Guna Platform Civic FE!

  • Desain luaran HR-V RS bersifat eksklusif untuk menonjolkan gaya teguh dan mantap.
  • Ruang depan didominasi rekaan grill baharu manakala memaparkan gaya fastback di belakang.
  • HR-V RS ada beberapa ciri menarik termasuk Signal Lampu Belik LED Sequential dan jalur lampu belakang LED, antara ciri desain paling menyerlahkan gaya sport serta premium.
  • Pembaharuan lain ialah lampu utama LED serba baharu dengan lampu siang (DRL), lampu kabus LED (depan) dan rim aloi 18 inci.
  • HR-V RS akan dilengkapi teknologi e:HEV dengan sistem Multi-Mode Pemanduan pintar (i-MMD) untuk janaan kuasa bertenaga dan prestasi enjin responsif.
  • Teknologi e:HEV pada Honda HR-V RS adalah sistem hibrid unik Honda yang menggabungkan manfaat trenkuasa petrol dan motor elektrik, menawarkan kuasa 129hp dan tork 253Nm.
  • Tiga mod pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.

CIRI TERMAJU HR-V RS

Honda LaneWatch
  • Sejenis teknologi keselamatan menggunakan kamera untuk mengurangkan zon titik buta dengan paparan visual masa nyata menerusi sistem infotainmen.
  • Sistem akan aktif apabila tuil signal belok kiri diaktifkan atau tekan sahaja butang LaneWatch.
Pintu But Berkuasa Bebas Tangan dengan Walk Away Close
  • Pintu but akan tutup secara automatik sebaik mengesan pemegang kunci kawalan jauh berjalan meninggalkan kenderaan.
Pemula Enjin Kawalan Jauh dengan Walk Away Auto Lock
  • Trenkuasa boleh diaktifkan dengan menekan kunci kawalan jauh dan pintu akan dikunci secara automatik jika pemilik keluar, menutup pintu dan berjalan meninggalkan kenderaan.

PAKEJ HONDA SENSING

Model HR-V RS didatangkan dengan pakej Honda SENSING iaitu teknologi keselamatan termaju generasi baharu dan ini termasuk:

  • Notifikasi Pergerakan Kenderaan Depan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikutan Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Pergerakan Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Tempahan awal HR-V boleh dibuat melalui pautan prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch melalui telefon pintar.

Maklumat lanjut boleh didapati di rangkaian pengedar atau hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau di laman www.honda.com.my.

Hironobu Yoshimura Honda HR-V Serba Baharu 2022 Honda Malaysia Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.