Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CR-V Generasi ke-5 Buka Tempahan, Tampil Ciri Honda Sensing
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi ke-5 Buka Tempahan, Tampil Ciri Honda Sensing

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia semalam secara rasmi membuka tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) popular, CR-V generasi ke-5 bagi pasaran tempatan dan pada masa sama turut mendedahkan perincian SUV segmen-C itu. CR-V baharu kali ini ialah model pertama Honda yang dilengkapkan pakej bantuan pemanduan, Honda Sensing yang terdiri daripada tujuh ciri bantuan pemanduan seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control – ACC)
  • Jejak Kelajuan Rendah (Low-Speed Follow – LSF),
  • Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan (Front Collision Warning – FCW)
  • Sistem Pembrekan Mitigasi Perlanggaran (CollisionMitigation Braking System – CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist System – LKAS)
  • Sistem Mitigasi Tukar Lorong (Road Departure Mitigation – RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning – LDW)

Sistem ACC dan LSF memudahkan pemandu memandu jarak jauh atau santai seperti di lebuh raya. Kedua-dua sistem itu membolehkan CR-V 2017 membrek dan memecut kembali pada kelajuan ditetapkan ACC secara automatik dan boleh berfungsi bermula dari keadaan lalu lintas henti-gerak, hingga kelajuan 180 kmj.

CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Sistem FCW dan CMBS akan membantu pemandu mengelak rempuhan dari hadapan. Sistem FCW akan mengeluarkan amaran jika mendapati ada potensi berlaku perlanggaran dari arah hadapan, manakala CMBS pula berfungsi membrek automatik jika pemandu dikesan tidak memberikan sebarang respon untuk mengelak perlanggaran.

Sistem LKAS, RDM dan LDW disepadukan bagi meminimumkan risiko kemalangan bahagian sisi. Sistem LDW dibina untuk mengesan garisan jalan di kiri dan kanan kereta. Amaran visual dan getaran stereng akan dikeluarkan jika pemandu dikesan melanggar garisan jalan tanpa memberikan lampu isyarat membelok.

Sistem LKAS pula berfungsi membetulkan posisi stereng bagi memastikan pemanduan kereta kekal dalam lorong. Terdapat kamera yang diletakkan di sisi kenderaan bagi mengesan sebarang tanda atas permukaan jalan raya sebagai sensor untuk mengekalkan kedudukan kereta yang tepat.

Sistem RDM pula diaktifkan apabila kereta menghampiri tepi jalan ketika dipandu dalam kelajuan 72kmj hingga 180kmj. Fungsinya, roda stereng akan bergetar sebagai amaran dan jika pemandu tidak memberikan reaksi, kereta akan cuba keluar dari lorong dan sistem VSA akan diaktifkan untuk mengembalikan kedudukan kenderaan.

Setakat ini, Honda Malaysia masih belum mendedahkan jenis varian ditawarkan, cuma mengesahkan CR-V 2017 didatangkan dalam versi pacuan dua-roda (2WD) dan empat-roda (4WD), dengan enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 191hp dan tork 243Nm.

Ciri-ciri lain dilengakpkan adalah seperti 6-beg udara, kamera undur, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), sistem kunci pintar dan punat penghidup enjin adalah standard untuk semua varian. Honda Malaysia turut mengumumkan CR-V 2017 ini akan dipamerkan dalam siri jelajah yang bermula 4 hingga 18 Jun ini di lokasi-lokasi seperti di bawah:

  • 4 Jun – Gurney Paragon, Pulau Pinang; 10am – 10pm
  • 7 – 11 Jun – Mid Valley, Kuala Lumpur; 10am – 10pm
  • 11 Jun – Imago Mall, Kota Kinabalu; 10am – 10pm
  • 16 – 18 Jun – AEON Tebrau City, Johor Bahru; 10am – 10pm
  • 18 Jun – Plaza Merdeka, Kuching; 10am – 10pm

GALERI

Honda CR-V 2017
Auto Terkini Honda Honda CR-V Honda CR-V generasi ke-5 Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.