Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CR-V Facelift – Mampukah Memikat Hati Anda
Auto Terkini

Honda CR-V Facelift – Mampukah Memikat Hati Anda

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/01/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1260735HONDA Malaysia membuka tirai 2015 dengan melancarkan model CR-V versi dipertingkatkan (facelift) dengan menambah satu lagi varian baharu iaitu CR-V 2.0L 2WD.

Menerusi pengenalan varian baharu itu, model CR-V kini hadir dalam tiga varian berbeza yang terdiri daripada CR-V 2.0L 2WD, CR-V 2.0L 4WD dan CR-V 2.4L 4WD.

P1260785Pengarah Urusan dan ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pihaknya menambah varian 2.0L 2WD selepas menerima maklum balas pengguna.

” Rentetan itu bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi, kami memperkenalkan varian 2.0L 2WD dalam barisan model CR-V baharu.

” Kami menyasarkan penjualan sebanyak 700 unit CR-V sebulan dan dijangkan 50 peratus daripadanya bakal disumbang oleh varian 2.0L 2WD,” katanya.

Persoalannya, apakah keistimewaan Honda CR-V facelift ini dan mampukah ia bersaing dengan pesaingnya yang lain. Pandulaju.com akan rungkaikan satu persatu perihal berkaitan Honda CR-V.

HARGA (atas jalan termasuk insurans)

  • Honda CR-V 2.0L 2WD: RM139,800
  • Honda CR-V 2.0L 4WD: RM150,800
  • Honda CR-V 2.4L 4WD: RM169,800

P1260747

P1260776    P1260779

P1260771    P1260778Interior of the New CR-V is completed with silver coating and chrome platingREKABENTUK: Honda CR-V direka berasaskan kepada konsep ‘Value Up CR-V’ dengan mengekalkan kesemua ciri utama seperti model sebelumnya. Penampilannya tidaklah banyak berubah namun terdapat beberapa penambahbaikan sudah dilakukan pada ketiga-tiga varian.

Hadir dengan rekaan lebih berani dan sporty, CR-V baharu ini diasangkan dengan gril hadapan bersama dua jalur kemasan krom serta bampar hadapan dan belakang baharu.

Untuk tampak lebih garang, CR-V 2.4L dipadankan dengan rim aloi 18 inci manakala varian 2.0L pula hadir bersama rim aloi bersaiz 17 inci.

P1260816P1260819PEMBAHARUAN: Jika dibandingkan model terdahulu, Honda CR-V 2.0L 2WD ini dilengkapi lampu LED nyalaan siang (DRL), kemasukan pintar tanpa kunci, butang penghidup enjin dan tempat duduk pemandu elektrik dengan lapan talaan berbeza.

Bagi memastikan ia mampu menawarkan penggunaan bahan api yang efisien, berat bagi varian 2.0L 2WD adalah 20kg lebih ringan berbanding 2.0L 4WD dan 40kg lebih ringan daripada 2.4L 4WD.

Sudah pasti, ia bakal memberi kesan terhadap penggunaan bahan api. Penggunaan bahan api bagi varian 2.0L 2WD adalah 13km/L , 12.2km/L (2.0L 4WD) dan 11.78km/L (2.4L 4WD)

CIRI KESELAMATAN: CR-V facelift hadir bersama empat beg udara (2.0L 2WD & 2.0L 4WD) ena beg udara (2.4L 4WD), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA), kamera undur bersama sensor parking, Agihan brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ISOFIX.

LANE WATCH: Salah satu ciri baharu adalah Lane Watch di mana ia memaparkan gambaran pandangan bahagian kiri melalui skrin audio.

Honda LANEWATCHKamera yang dipasang pada cermin sisi sebelah kiri memberi pandangan belakang lebih jelas pada pemandu dan secara tidak langsung meningkatkan keselamatan terutamanya ketika memasuki simpang atau selekoh. Akan tetapi, fungsi ini hanya terdapat pada varian 2.4L.

P1260782SPESIFIKASI: Honda CR-V 2.0L / CR-V 2.4L

  • Enjin: 2.0L i-VTEC SOHC/ 2.4L i-VTEC DOHC
  • Transmisi: Automatik 5-kelajuam
  • Kuasa Maksimum: 153hp @ 6,500rpm / 188hp @ 7,000rpm
  • Tork Puncak: 190Nm @ 4,300rpm/ 222Nm @ 4,400rpm

P1260810  P1260809  P1260808  P1260807

P1260759  P1260763  P1260773  P1260791

Honda CR-V 2.0L 2WD Honda CR-V 2.0L 4 WD Honda CR-V 2.4L 4WD Honda CR-V facelift Honda CR-V serba baharu Honda Malaysia lancar CR-V facelift Jualan Honda CR-V Pandu Uji Honda CR-V
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

    04/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.