Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda CR-V e:FCEV 2025: SUV dengan Enjin Hidrogen dan Boleh Cas!
Roda4

Honda CR-V e:FCEV 2025: SUV dengan Enjin Hidrogen dan Boleh Cas!

Abang HirataBy Abang Hirata18/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA dan Honda begitu komited dengan teknologi hidrogen. Kesungguhan kedua-dua pengeluar itu ditunjukkan melalui Mirai dan Clarity yang turut ditawarkan dalam versi hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik penuh (EV).

Berbeza Toyota Mirai yang ditawarkan hingga kini, pengeluaran Honda Clarity pula sudah ditamatkan pada 2021.

Bagaimanapun, perjalanan kenderaan hidrogen Honda diteruskan menerusi CR-V e:FCEV yang baru saja diperkenal di Amerika Syarikat (AS) sebagai kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) plug-in pertama dikeluarkan di AS.

Ciri utama Honda CR-V e:FCEV ialah jarak pemanduan 434.5km dan sistem pengecas plug-in dengan tenaga elektrik yang boleh dipandu sejauh 46.6km.

Ideanya, tenaga hidrogen digunakan untuk perjalanan jauh, manakala pemanduan elektrik di kawasan sekitar atau bandar. Honda CR-V e:FCEV ditawarkan secara pajakan di California, yang juga menjadi lokasi tumpuan Clarity sebelum ini.

Menjejaki sejarah, pengalaman Honda di pasaran menerusi kenderaan sel bahan api dimulakan FCX yang diperkenal pada Disember 2002. Apakaha FCX?

FCX ialah FCEV sifar emisi pertama dunia yang menerima pensijilan untuk kegunaan harian daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) dan Lembaga Sumber Udara California (CARB). FCX juga FCEV pertama yang ditawarkan secara pajakan kepada pelanggan perseorangan.

Ciri Honda CR-V e:FCEV 2025

  • Dikeluarkan dari Pusat Pengeluaran Prestasi di Marysville, Ohio.
  • Satu-satunya kenderaan penumpang sel bahan api elektrik (FCEV) yang di keluarkan di AS.
  • Model pertama yang menggunakan Modul Sel Bahan Api generasi kedua Honda. Dikeluarkan di kilang Pengeluaran Sistem Sel Bahan Api, LLC (FSCM) di Michigan.
  • Modul Sel Bahan Api Honda dibangunkan bersama General Motors (GM) dengan pengurangan kos hingga 2/3 berbanding sistem sel bahan api digunakan Clarity Fuel Cell.
  • Ketahanan sistem dipertingkat menerusi penggunaan bahan tahan kakisan dan lain-lain.
  • Jarak pemanduan sifar emisi hingga 434.5km.
  • Pengecas Plug-in Tahap II dengan jarak pemanduan hingga 46.6km.
  • Motor tunggal depan berkuasa 174hp dan tork 310Nm.
  • Kuasa Modul Sel Bahan Api: 92.2kW.
  • Kapasiti bateri 17.7kWj.
  • Kapasiti tangki sel bahan api: 4.3kg.
  • Tekanan tangki bahan api: 10,000psi.
  • Jenis bahan api: Gas hidrogen termampat.
  • Ada empat mod pandu: Normal, Eco, Sport dan Snow.

  • Dilengkapi sistem Honda SENSING.
  • Kluster instrumen digital 10.2 inci.
  • Unit infotainment skrin sentuh definisi tinggi (HD) 9 inci.
  • Pengecas wayarles (Qi).
  • Aplikasi HondaLink dengan ciri tambahan seperti maklumat stesen hidrogen.
  • Boleh digunakan sebagai pembekal tenaga elektrik untuk perkakasan rumah seperti alat pertukangan, perkhemahan dan sebagainya.

Dari segi rekabentuk, Honda menggantikan panel badan dari pilar A ke depan dengan bampar yang mengingatkan kepada Acura NSX Type S.

Bahagian sisi dipasang rim 18 inci, manakala bahagian belakang tampak menarik dengan lampu jernih (atau dipanggil albino dalam kalangan peminat modifikasi tempatan).

Ciri aerodinamik diberi perhatian bagi memaksimumkan jarak pemanduan dengan bahagian bawah kereta ditutup sepenuhnya selain spoiler dan jejalur (strake) depan unik.

Berbanding Honda CR-V turbo dan hibrid, ketegaran sisi (lateral) belakang dipertingkat 10 peratus dan sembilan peratus pada bahagian ketegaran torsi belakang.

Suspensi depan MacPherson dan pelbagai pautan di belakang ditala semula dengan spring khas, damper sensitif pada amplitud (julat gerakan) dan stabiliser depan dan belakang.

Honda Honda CR-V Honda CR-V e:FCEV Honda CR-V e:FCEV 2025 Lembaga Sumber Udara California (CARB) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    29/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.