Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Generasi Ke-11 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM125k!
Roda4

Honda Civic Generasi Ke-11 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM125k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia sebentar tadi melancarkan Civic Generasi ke-11 ke pasaran tempatan dalam tiga pilihan varian dan buat julung kali memperkenalkan varian RS.

Semua varian menggunakan sistem trenkuasa sama, 1.5L VTEC Turbo dan tiada tawaran enjin 1.8L aspirasi natural (NA) 1.8L.  Berikut perincian sedan segmen-C itu:

VARIAN DAN HARGA

  • Civic E – RM125,634.64
  • Civic V – RM138,043.36
  • Civic RS – RM144,350.09

* Harga atas jalan tanpa insurans. Tempoh Pengecualian Cukai Jualan akan berakhir 30 Jun 2022, tertakluk terma dan syarat.

WARNA 

Ada lima piliha warna disediakan, termasuk dua skema warna baharu:

  • Ignite Red Metallic (merah), warna baharu
  • Meteoroid Gray Metallic (kelabu), warna baharu
  • Platinum White Pearl (putih)
  • Lunar Silver Metallic (perak)
  • Crystal Black Pearl (hitam)

TRENKUASA

  • Semua varian dijana trenkuasa 1.5L i-VTEC Turbo dipertingkat yang menawarkan kuasa 179.5hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,700-4,500rpm, lebih berkuasa berbanding enjin 2.4L.
  • Ada pilihan mod pemanduan baharu: ECON, Normal dan Sport.
  • Mod Sport menawarkan daya tork lebih berkuasa dan pecutan responsif.
  • Sistem transmisi automatik CVT dengan pedal syif (varian V dan RS)

BACA >>> Honda Lancar 3 Varian Civic 1.5L (2022) di Thailand, Harga Mula RM121k!

REKABENTUK

  • Civic meneruskan DNA siri itu membabitkan aspek rekabentuk, pengendalian dan prestasi berkuasa.
  • Varian RS menerima kemasan hitam berkilat pada pintu.
  • Cermin sisi hitam, antena sirip yu (shark fin).

  • Spoiler but, ekzos kembar dengan kemasan krom dan rim aloi hitam kusam 18 inci (varian E – 16 inci, varian V – 17 inci).
  • Rekaan lampu utama LED baharu dengan lampu siang (DRL) LED, manakala lampu belakang jenis kombi, juga LED.
  • Bumbung lebih kemas dengan penggunaan teknologi Laser Brazing buat kali pertama dalam pembuatan sedan segmen-C itu.

BACA >>> Honda Civic Menang Kereta Terbaik Amerika Utara 2022, Kali Ketiga Sejak 2006!

KABIN

  • Honda menambah baik ruang kabin Civic generasi ke-11 dengan memperbaharui rekaan papan pemuka baharu.
  • Fokus rekabentuk adalah mewujudkan ambien lebih terbuka dan pandangan visual cermin depan lebih jelas.

BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Pandu Uji Honda Civic FE (2022) yang Serius Best!

  • Tarikan utama adalah rekaan panel sarang lebah (honeycomb mesh) yang menyerlahkan gaya premium.
  • Rekaan kerusi diperbaharui untuk sokongan postur badan lebih baik ketika memandu.
  • Varian RS menggunakan material kulit pada kerusi dan stereng dengan sulaman benang merah.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

  • Tambahan lain RS ialah bumbung kabin hitam, pedal kaki sport dan pencahayaan ruang kaki.
  • Unit infotainmen 9 inci dilengkapi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, serta disediakan dua port USB di depan.
  • Varian lain menggunakan unit infotainmen 7 inci.
  • Kluster instrumen TFT 7 inci untuk paparan multi-info (MID).
  • Ada dua port USB untuk penumpang belakang, dan pengelap cermin pintar.

BACA >>> Honda Pertingkat Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360

TEKNOLOGI KESELAMATAN

Civic serba baharu ini juga dilengkapi pakej teknologi bantuan pemandu terkini Honda SENSING yang dipertingkat. Buat kali pertama Honda menawarkan Sistem Notifikasi Kenderaan Depan Gerak (Lead Car Departure Notification System).

Ciri lain disediakan ialah:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC)
  • Susur Halaju Rendah (Low Speed Follow, LSF)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System, CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Depan (Forward Collision Warning, FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System, LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (Road Departure Mitigation, RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning, LDW)
  • Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam, AHB)

Pakej keselamatan diberikan ialah:

  • Honda LaneWatch
  • 6 beg udara
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (Vehicle Stability Assist, VSA)
  • Bantuan Mula Daki (Hill Start Assist, HSA)
  • Signal Henti Kecemasan (Emergency Stop Signal, ESS)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (Anti-lock Braking System, ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (Electronic Brake Distribution, EBD)
  • Brek Pegun Automatik (Auto Brake Hold, ABH)
  • Amaran Tali Keledar Penumpang Belakang (Rear Seat Belt Reminder, RSBR)
  • Pemantau Perhatian Pemandu (Driver Attention Monitor, DAM)
  • Kunci Auto Bila Beredar (Walk Away Auto Lock, WAAL)
  • Penghidup Enjin Kawalan Jauh (Remote Engine Start, RES)

BACA >>> Acura Tayang Prototaip Integra (2022), Guna Enjin Honda Civic?
BACA >>> Honda Shogo, Kereta Elektrik Khas untuk Bantu, Ceriakan Pesakit Kanak-Kanak
BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki
BACA >>> Honda Civic Si (2022) Guna Transmisi Manual Teknologi Type R, Kurang Berkuasa?

Honda Civic 1.5L Turbo (2022) Honda Civic Gen-11 Honda Civic Serba Baharu Honda Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda City Turbo II (kiri) dan Honda Super-N 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Kei-car EV, Honda Super-N 2026 Diperkenal, Harga RM106k Sahaja!

    13/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.