Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CBR250RR Edisi Terhad, Harga RM23,000 – Bila Tiba Giliran Malaysia?
Roda2

Honda CBR250RR Edisi Terhad, Harga RM23,000 – Bila Tiba Giliran Malaysia?

Abang GYLBy Abang GYL12/08/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN dua roda di Indonesia terus meriah dan kali ini Honda CBR250RR Edisi Terhad hadir dengan penampilan khas menerusi tema ‘The Art of Kabuki’ pada seluruh badan jentera sportbike itu.

Tema ‘The Art of Kabuki’ berasal daripada budaya tradisional ‘Kabukimono’ yang wujud sejak era Sengoku sekitar abad ke-15 hingga 16 Masihi dan turut dikenali sebagai era Samurai, di mana seorang pahlawan sanggup berjuang mengorbankan diri demi mempertahankan rakyatnya. Rekaan ciptaan anak tempatan Indonesia itu turut menampilkan corak grafik berwarna peta republik berkenaan.

HARGA

  • Honda CBR250RR Edisi Terhad ABS – Rp70,825,000 (RM22,745)

BACA >>> Honda CBR250RR Repsol Edition 2017 Tampak Ranggi – Harga RM24k

APA YANG MENARIK?

Terhad kepada 100 unit, Honda CBR250RR Edisi Terhad ini masih lagi dipadankan enjin sama dengan penyejukan cecair 4-injap DOHC bersesaran 249.7cc. Dengan kelajuan maksimum 170kmj, motosikal itu mampu menghasilkan kuasa 36.3hp pada 12,500rpm dan tork 22.5Nm (10,500rpm).

Dari segi penampilan,CBR250RR Edisi Terhad hadir dengan beberapa ciri menarik, antaranya  absorber hitam, rim aloi depan hitam dan bahagian belakang warna putih.

BACA >>> Honda CBR250RR Masuk Malaysia Tahun Depan – Harga Dijangka Lebih RM30,000

Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad

BILA TIBA GILIRAN MALAYSIA?

Menurut ‘orang kuat’ Boon Siew Honda (BSH), kemasukan CBR250RR sedikit lewat memandangkan pihaknya perlu memastikan model berkenaan dibangunkan mengikut spesifikasi Euro. Ini kerana ada lebih 70 komponen perlu ditukar bagi melayakkan model berkenaan menerima piawaian itu.

Bagaimanapun pihak BSH sudahpun menghantar permohonan kepada Honda Jepun untuk membenarkan CBR250RR dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Jangkaannya adalah pada tahun depan!

Sebelum itu, kami juga pernah melaporkan kemungkinan besar harga CBR250RR akan lebih mahal berbanding pasaran Indonesia dan Jepun disebabkan kadar cukai tinggi. Tambah sumber itu lagi, CBR205RR kemungkinan besar berharga lebih RM30,000.

Sebagai perbandingan, Honda CBR250RR di Jepun dijual pada harga serendah RM29,000, manakala harga jualan Indonesia sekitar RM22,000.

BACA >>> Apa, Kelajuan Maksimum Honda CBR250RR 170kmj?

GALERI

Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
cbr250rr Harga Honda CBR250RR Edisi Terhad Honda CBR250RR Edisi Terhad Honda CBR250RR Edisi Terhad Indonesia roda2
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026

    1 Comment

    1. Ahmadnazly on 06/09/2017 14:56

      Lambatnya nk masuk ke malaysia… dh lama tunggu… duut pun dah cukup

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.