• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CBR150R Mungkin Ada Fork Terbalik (USD)?

Honda CBR150R Mungkin Ada Fork Terbalik (USD)?

February 14, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


KHABAR ini bukan untuk peminat motosikal Malaysia kerana Honda CBR150RR memang tidak dijual di negara kita. Ini berita gembira buat peminat Honda di negara jiran, Indonesia.

Pengedar rasmi Honda di Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM) khabarnya akan memasangkan set suspensi terbalik (USD) untuk CBR150R generasi baharu.

Adakah berita itu sahih atau palsu? Hal suspensi USD untuk CBR150R bukanlah isu baru. Benarkah AHM akan melengkapkan CBR150R serba baharu dengan suspensi USD bagi menggantikan unit teleskopik yang sudah digunakan bertahun lama?

Berita mengenai fork USD ini sudah menular sejak 2018 di Indonesia. Ini kerana pesaing sportbike itu, Yamaha YZF-R15 sudah tampil maksimum dengan ciri hebat seperti klac anti-gelincir (A&S), lampu hazard dan fork USD, tetapi CBR150R masih lagi mengekalkan spesifikasi oldskool

Dari segi kemampuan pengeluaran, Showa sebagai vendor tentunya mampu membekalkan permintaan terhadap komponen USD itu jika itu dimahukan Honda.

Kelahiran semula CBR250RR baharu dilihat penting untuk strategi masa depan Honda kerana produk pengeluaran massa akan memberikan impak besar terhadap kos, sekali gus mengurangkan kos pemasangan. Dari sudut teknikal, apa yang perlu diubah Honda adalah perlu kemas kini bahagian hendal crown ataupun klamp tripel kerana fork USD memiliki tiub yang besar.

BACA >>> Honda CBR 150R (2019) Kini dengan Suspensi Depan Boleh Laras! - Indonesia Sahaja


Bahagian ini memakan proses agak lama. Kemungkinan besar AHM serius menimbangkan menggunakan fork USD pada CBR150R baharu, cuma tidak perlu terburu-buru. Jika perkara itu menjadi kenyataan, pemasangan fork USD hanya akan berlaku untuk model 2021 atau 2022, sebagai model dipertingkat (facelift).

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian!

SUMBER: IwanBanaran

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CBR150R, PT Astra Honda Motor (AHM), sportbike, sportbike 150cc, suspensi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my