Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CBR 150R (2019) Kini dengan Suspensi Depan Boleh Laras! – Indonesia Sahaja
Auto Terkini

Honda CBR 150R (2019) Kini dengan Suspensi Depan Boleh Laras! – Indonesia Sahaja

ZYBy ZY19/10/20187 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA ramai peminat FZ150i terkejut menyaksikan nasib model itu yang digugurkan Yamaha Malaysia tanpa pengganti dalam kategori sama, Astra Honda Motor (AHM) di Indonesia pula sibuk menaik taraf barisan jentera sesaran rendah wakil pengedar itu.

Kali ini, sportbike 150cc popular, CBR 150R (2019) dinaik taraf dengan ciri baharu lebih sporty dan moden untuk versi tahun depan yang hanya mampu membuatkan rakan-rakan di Malaysia bermimpi dan berdoa.

Honda CBR 150R 2019 (kiri) vs 2017 (kanan).

Dari segi kosmetik, tidak terlalu ketara perbezaannya dengan model sebelum ini. Masih mengekalkan identiti asal, selain skema warna baru, penambahbaikan boleh dilihat pada kehadiran visor angin bubble dan penggunaan brek cakera petal. Panel meter juga masih mengekalkan unit setaraf, cuma paparan diubah kepada LCD kontras negatif.

BACA >>> Evolusi 16 Tahun Honda CBR 150R, Pernah Menjengah Malaysia Suatu Masa Lalu

Menariknya, CBR 150R (2019) ini diberikan suspensi depan teleskopik boleh laras. Mungkin ada memandang rendah, kerana pesaing terdekat, Yamaha R15 dibekalkan suspensi terbalik (USD). Namun, kami yakin penggemar tunggangan sporty pasti lebih menghargai suspensi yang boleh ditala mengikut cita rasa dan keperluan peribadi.

Mengenai enjin, masih mengekalkan konfigurasi enjin silinder tunggal 150cc DOHC berkuasa 16.9hp dan tork 14.4hp. Masih rendah jika dibanding pesaing seperti Yamaha R15 dan Suzuki GSX-R150 yang mampu mencapai 18hp, tetapi bagi mereka yang mementingkan keselamatan, CBR 150R (2019) baharu ini sebenarnya ada kelebihan tersendiri.

Tidak sekadar lebih sporty, AHM menumpukan kepada soal keselamatan jentera tersebut. Versi ABS (dual-channel) turut ditawarkan (tiada ABS untuk Yamaha R15), malah dipadankan ciri keselamatan baharu, Signal Henti Kecemasan (ESS), sama seperti yang dibekalkan untuk abang besar Goldwing dan kereta Honda moden hari ini.

ESS berfungsi menyalakan kedua-dua belah lampu signal apabila penunggang membrek mengejut. Memandangkan situasi trafik terlampau sesak di bandar-bandar besar Indonesia, ciri keselamatan baharu itu tentunya sangat membantu penunggang di sana.


CBR 150R (2019) ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu untuk versi standard: Matte Black (hitam) dan Victory Black Red (hitam-merah) serta pilihan strip Repsol Moto GP dan Racing Red. Harga bermula Rp33,800,000 (RM9,200) untuk versi paling asas hingga Rp38,700,000 (RM10,580) untuk versi ABS Repsol Honda.

BACA >>> Honda CBR 250RR Custom – Seanggun Salji di Puncak Fuji, Curi Perhatian di Tokyo

Masuk Malaysia atau tidak? Wallahualam, sila ajukan soalan itu kepada Boon Siew Honda.

GALERI
astra honda Boon Siew Honda honda cbr 150r 2019 Honda CBR150R Yamaha R15 V3
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026

7 Comments

  1. Musang on 19/10/2018 20:34

    M’sia boleh…
    Boleh tengok jelaaa…negara jiran launching mcm2 new model..MT15..R225..Cbr15r..dll..
    M’sia puas hati sekadar Ysuku yg mmg tak cukup suku

    Reply
    • Y15 ku di Tapau on 20/11/2019 14:36

      boto tu bro…mampu tgk negaro jiran pakai jor laa…lg kito nak ngaku Msia negaro plg maju

      Reply
  2. Witra on 21/10/2018 19:38

    Ya.. yang sabar ya..
    Sabar itu kan sebagian dari….
    Jangan terlalu mengkeci
    Walaupun kita tak dapat yg pertama
    itu bukan berarti kita tak dapat yang terbaik

    Reply
  3. Idham on 22/05/2019 01:19

    Kalau duit muka berapa

    Reply
  4. Hafiz on 28/08/2019 14:51

    Malaysia dah keluar ke
    Jual kat mane kat Perak?

    Reply
  5. Haqim on 22/09/2019 22:54

    cbr 150r for entry to malaysia

    Reply
  6. Emran on 05/04/2020 15:02

    Saya peminat honda..sya nak beli sebiji cbr150cc kat mana ada jual di malaysia ni.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.