Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CB650R (2019), Sang Naked yang Lebih Agresif dengan Konsep Neo Retro
Auto Terkini

Honda CB650R (2019), Sang Naked yang Lebih Agresif dengan Konsep Neo Retro

AryonBy Aryon15/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA nampaknya bakal menggegarkan segmen naked bike, dan sekalung terima kasih patut diberikan kepada model konsep Neo Sports Café yang kini menjadi ilham kepada banyak model pengeluaran jenama itu.

Bermula 2017, Honda buat kali pertama memperkenalkan konsep Neo yang kemudian menjadi asas kepada pembuatan CB1000R baharu. Kemudian, rekabentuk CB300F juga dirombak semula menjadi model naked serba baharu menggunakan nama CB300R.

BACA >>> Honda CB300R (2018) | 12 Fakta Pantas yang Perlu Anda Tahu

NEO SPORTS CAFE JADI ASAS

Dan tinggallah CB500F dan CB650F yang juga perlu dikemas kini. Akhirnya, konsep  Neo Sports Café (gambar atas) ditayangkan di Pameran Auto Paris 2018 pada Oktober tahun lalu dan kemudian peminat mula tidak sabar menanti model 650 untuk dinaik taraf. Memang tidak lama, hanya selepas Pameran Motosikal Milan (EICMA), CB650R pun didedahkan.

Berdasarkan trend masa kini yang bergaya retro, Honda memberikan lebih sentuhan moden ke atas barisan jentera naked baharu jenama itu. Neo Sports Café nampak lebih klasik, tetapi pada masa sama juga kelihatan moden dengan garisan badan minimalis yang menyerlahkan keanggunan model tersebut.

Hasilnya ialah sebuah jentera slik dan dinamik dengan lampu utama LED bentuk ladam kuda yang diperkenalkan pada model 1000. Rupa baharu itu disempurnakan dengan rim jejari Y yang elegan.

BACA >>> #EICMA2018: Selamat Tinggal ‘F’, Honda Definisikan Semula CBR650R (2019)

LEBIH AGRESIF

Sama seperti model 1000 dan 300 sebelum ini, model 650 dibina atas frem keluli berlian dengan plat swingarm tekan dan spar elips kembar yang ditala untuk memberikan respon dipertingkat. Suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD) Showa, manakala tetapan belakang menggunakan absorber boleh laras 7-tahap yang dipadankan dengan swingarm aluminium tuang.

Berbanding 650F, versi ‘R’ ini memiliki geometri tunggangan lebih agresif. Bar hendal dianjak sedikit ke depan dan ke bawah, manakala peg kaki diposisikan semula ke belakang yang membuatkan posisi penunggang beranjak sedikit ke depan.

Di sebalik frem ialah enjin 4-sebaris 649cc yang juga digunakan F. Bagaimanapun enjin CB650R ditala untuk mendapatkan lebih kuasa, meningkat 5 peratus melebihi 10,000rpm, dengan garis merah tinggi dan nisbah mampatan yang juga tinggi.

Corong udara tengah tunggal daripada generasi sebelum ini digantikan dengan dua tirai udara lateral yang membantu meningkatkan ambilan udara, manakala sistem ekzos kini berakhir dengan lubang paip lebih besar. Transmisi 6-kelajuan dipadankan dengan klac bantu dan sliper (A&S) yang membantu melancarkan penukaran gear. Model versi ABS turut didatangkan dengan kawalan tork.

Honda CB650R (2019) dijual pada harga AS$8,899 (RM36,429), meningkat $600 (RM2,456) melebihi model tahun lalu. Berminat?

GALERI
Honda Honda CB650R Honda Neo Sport Café naked bike retro roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.