Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Honda C70 – Enjin Kecil Tapi Berkuasa
Bikin Auto

Honda C70 – Enjin Kecil Tapi Berkuasa

Abang GYLBy Abang GYL13/09/20163 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda C70RUANGAN Bikin Kereta kali ini agak menarik kerana menampilkan motosikal Honda C70 sebagai ‘watak utama’. Dari sini dapat dilihat dunia modifikasi bukan saja tertumpu pada kereta, malahan motosikal turut mendapat perhatian sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Sebut saja kapcai Honda C70, kami yakin ramai yang mengenalinya. Sehingga kini, ia tetap menjadi pujaan ramai sehinggakan harga jualan naik secara mendadak.

Bagi jentera Honda C70 milik Nazri Udin ini, ia sudahpun menjalani proses kustom yang agresif dan sudah menelan kos pelaburan sebanyak RM6,000.

Honda C70KUSTOM SEPENUHNYA

Segala peralatan asal Honda C70 diceraikan satu persatu bagi memudahkan proses pembikinan dilakukan dengan lancar. Bahagian belakang badan jentera turut dipotong dan dibentuk semula mengikut kelebaran diinginkan.

Tapak lampu hypermotard belakang juga dilakukan mengikut saiz dikehendaki supaya ia tampak lebih kemas dan bergaya. Tidak terkecuali sepit udang hadapan dilebarkan agar dapat dipasangkan dengan rim dan tayar bersaiz lebar.

Kemudian badan C70 dikemaskan dan digosok rata bagi memudahkan kerja-kerja mengecat. Untuk menjadikan ia lain dari lain, empunya jentera memilih warna ‘Light Pink’. Kata Nazri, ‘jambu sikit motor aku’.

Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70

ENJIN KEKAL TAPI BERKUASA

Biarpun rekabentuk menerima perubahan ekstrem, namun ruangan enjin dikekalkan. Cuma ia menerima beberapa penambahbaikan untuk penghasilan kuasa lebih baik di mana enjin ditenggekan dengan karburator Yamaha RXZ.

Grand shaft dari model EX5 Dream juga digunakan selain memagang piston bersaiz 57mm di dalam blok. Manakala kepala silinder milik Honda EX5 Dream turut dipasang bersama injap bersaiz lebih besar dari Wave 125.

Tidak berhenti setakat itu, tapak handle menggunakan khidmat dari bahan aloi manakala ‘riser’ jenama Racing Boy ditanggungjwabkan untuk memegang hendal basikal fixie.

Pada bahagian kanan, ia dipadankan dengan panel brek basikal yang dikustomkan bersama pemulas minyak dari jenama Daytona. Sebuah meter kelajuan juga turut dipasangkan di bahagian atas tapak hendal tersebut.

Honda C70GARANG

Untuk kestabilan, ruangan suspensi dipadankan dengan ‘Swing arm’ aloi Wave 100 dan diikatkan bersama penyerap hentak KYB.

Rim aloi hitam jenama Racing Boy berkelebaran 4.5 inci bersama tayar Maxxis menghiasi bahagian belakang manakala depan menggunakan rim bersaiz 4-inci dibaluti tayar Pirelli.

Selain itu, unit ekzos OPBR ditempah khas dari Thailand untuk mendapatkan kelajuan lebih maksima. Malangnya, muncung ekzos tampak leboh kecil jika dibandingkan dengan pemilik yang lain.

Bagaimanapun, jangan sesekali pandang rendah terhadap jentera ini. Orang kata, kecil-kecil cili padi. Enjin kecil tapi berkuasa.

SPESIFIKASI

Honda C70
ENJIN C70 3 gear, valve Honda Wave 125, piston 57mm, karburator RXZ, paip ekzos ‘stainless steel’
MODIFIKASI Handle basikal, tapak handle (Udin kustom), riser Racing Boy, meter kustom, Angkup brek EX5, lampu depan & belakang, signal hypermotard, tempat duduk kustom (Sero Kusyen), pemulas minyak Daytona, pemijak kaki kustom, Penegang rantai Kozi, rantai 415
SUSPENSI Swing arm aloi Wave 100, absorber KYB Pink
RODA Rim Racing Boy 4.0 (depan) 4.50 (belakang), jejari stainless steel, gantang krom, Tayar Pirelli (depan) Maxxis (belakang)
KOS MODIFIKASI RM6,000
BENGKEL TMR, Felda Sri Ledang, Segamat, Johor Bahru

GALERI

Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70
Honda C70 Kapcai Modifikasi Honda C70 Nazri Udin TMR Tuner
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Bikin Auto

    #BikinAuto: TRRC Daripada Twisted – Terjemahan Semula Range Rover Classic!

    17/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    06/03/2026
    Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

    04/03/2026
    Ducati Factory Made
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Factory Made – Program Kustom Terus dari Kilang!

    04/03/2026

    3 Comments

    1. rafique on 16/09/2016 08:13

      Crank shaft la bukan grand shaft,harap maklum.

      Reply
    2. Qim on 06/03/2020 19:12

      Kalau c70 standard pakai carburetor ex5 lepas ke

      Reply
    3. faiqhakim on 24/04/2020 10:50

      Lps bos…Cuma minyak lebih…Pastu main jet besau

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.